BROMO YANG MENAKJUBKAN
Kali ini saya ingin membawa anda meninjau di sekitar Surabaya, Indonesia.
Tourism Indonesia berkerjasama dengan MATTA (Malaysia Association of Tour and Travel Agents) dan Majalah Santai Travel kali ini bersama dengan agen pelancongan dari Malaysia berpeluang untuk merasai keunikan daya tarikan di Surabaya Indonesia.
Surabaya gah dengan Gunung Bromo yang agung. Ribuan pelancong telah ke sini semata-mata untuk menyaksikan dengan mata sendiri pesona keindahan Gunung Bromo. Pelbagai aktiviti yang unik boleh dilakukan di sini. Menariknya,tempatnya di Jawa Timur dan meliputi empat kabupaten ( daerah ) iaitu Kabupaten Probolinggo, Pasuruan, Lumajang, dan Kabupaten Malang. Gunung Bromo termasuk dalam kawasan Taman Nasional Bromo Tengger Semeru. Ketinggian Gunung Bromo 2.392 meter di atas permukaan laut dan kelilingi lautan pasir seluas kurang lebih sekitar 5.300 hektar. Keindahan alam semula jadi dan suhu sejuk dapat dirasai bila tibanya di Lava View Lodge Hotel untuk bersiap sedia menaiki pacuan empat roda 4x4.
Penanjakan Gunung Bromo adalah lokasi terbaik di Indonesia untuk melihat matahari terbit yang sangat indah dan menawan. Kami menggunakan pacuan empat roda 4x4 untuk menghantarkan kami ke Penanjakan Gunung Bromo. Perjalanan ke Puncak Pananjakan Gunung Bromo harus dilakukan seawal jam 2.30 pagi bagi mendapat tempat yang baik untuk bergambar dan supaya anda tidak ketinggalan melihat matahari terbit. Pemandangan ketika terbitnya sang mentari sangat indah dan mempersonakan degan suhu yang sejuk sekali. Pada waktu matahari terbit terlihat dari puncak penanjakan yang sangat luar biasa. Saya boleh melihat Gunung Bromo yang mengeluarkan asap dari jauh.
Akibat perjalanan yang jauh dan kami kesuntukan waktu kami menunggang kuda untuk ke Gunung Bromo tapi anda boleh sahaja berjalan kaki.
Seterusnya saya menuju ke kaki Gunung Bromo dengan pacuan 4roda 4x4. Sampainya kami di sana kelibat kuda-kuda dan kedai makan kecil sangat banyak. Kawasan tersebuat adalah kawasan tempat letak kereta. Saya terus menyewa kuda untuk menuju ke kawah dengan harga 100 ribu rupiah tetapi jika anda ingin cabaran boleh juga berjalan kaki sekitar 1.5 kilometer. Untuk ke puncak menunggang kuda terpaksa dihentikan dan saya telah mendaki sekitar 250 anak tangga untuk sampai di atas kawah gunung berapi.
Gunung Bromo yang mengeluarkan asap betul-betul di depan mata kami
Gunung Bromo yang mengeluarkan asap betul-betul di depan mata kami
yang menunjukkan keindahan dan kekuatannya. Pemandangan di atas kawah gunung amat cantik seperti sebuah lukisan. Kepulan asap yang keluar membuatkan saya kagum dan bersyukur. Pengunjung dapat juga pergi di sekitar kawasan Gunung Bromo jika mempunyai masa yang banyak seperti di Padang Rumput Savanah, Bukit Teletubies, Pasir Berbisik dan Air Terjun Madakaripura.
Sedikit view dari puncak Sunrise point yang sememangya sejuk.
jadi anda perlu jaket yang tebal di awal pagi ini tapi saya pakai 2 lapis baju sahaja sambil menahan kesejukan thehehehe
Lava View Lodge Hotel
Kami menginap di Lava View Lodge Hotel yang betul-betul mengadap Gunung Bromo sebab di waktu malam kami tidak dapat melihatnya. Kami tiba di sini dengan kabus-kabus dan suasana sejuk. Boleh lihat websitenya di sini.
Perjalanan kami di teruskan menuju ke Kota Malang.
Makan tengahari pula di Ijen Suites Resort Malang yang besar dan cantik .
kami membuat sambil itu kami membuat Hotel inspection dan menikmati makanan yang sedap-sedap.
website Ijen Suites Resort Malang
Bagi yang belum merasai "WonderfulIndonesia " silalah memilih Surabaya destinasi anda.sungguh berbaloi buat anda yang suka akan gunung-gunung alam semulajadi dan sememangnya berbaloi jika anda datang bersama rakan mahupun ahli keluarga.
No comments
I want you to know how much I value your support.