JOM KE LANGKAWI BERSAMA ETS KTMB
Pengalaman menaiki Keretapi Ets Ktmb menuju ke Alor Setar dan kemudian menaiki feri ke Langkawi.. Jom ke Langkawi.. bersama Ets.
Seterusnya kami menaiki Bas InterCity ke Jetty untuk ke Langkawi.
buat mereka yang tidak tahu bas ini boleh terus dari stesen Alor Setar ke Dannok dan Hatyai.
Tambangnya begitu murah dan bolehlah shopping di sana nanti.
Seterusnya kami menaiki Feri ke Langkawi.
Kemudahan Feri cukup selesa dan mempunyai Tv jadi tak la bosan ketika menaiki feri.
Setelah tiba di Langkawi kami terus di bawa ke Ayer Hangat Spa Village.
Ayer Hangat Spa Village spa terbaik di Langkawi. Tempat ini popular bagi mereka yang datang untuk menyegarkan badan dan berehat dengan jakuzi semula jadi. Airnya sememangnya panas dan asli jadi Ayer Hangat Spa Village adalah lokasi yang ideal.
Konsep Ayer Spa Village Resort adalah untuk memberi tetamu dengan kesegaran dan kecantikan ritual tradisional orang-orang Melayu, terkenal dengan pusat refleksologi panas, herba taman juga sudah biasa digunakan oleh penduduk tempatan sebagai penawar semula jadi untuk penyakit kulit dan bahagian pencernaan.
Spa terbaik di Langkawi package, boleh hubungi Ayer Hangat Spa Village
Mukim Ayer Hangat
Tel: +604 959 1357, +6 019 577 4501 (Siti), +6019 553 6907 (Bob)
Masa : 11.00 am every day - 8.00 pm
http://naturallylangkawi.my/portfolio/ayer-hangat-village/
Sebelum kita pergi mencari batik-batik Langkawi kita harus ke sini dahulu.
Kompleks Kraf Langkawi menyediakan ruang niaga bagi usahawan-usahawan menjual pelbagai produk kraf buatan Malaysia kepada pengunjung dari dalam dan luar Negara yang berkunjung ke Langkawi. Kompleks ini terletak kira-kira 21km perjalanan dari Bandar Kuah dan 24 km dari Lapangan Terbang Padang Mat Sirat yang menjadi pintu masuk utama ke Pulau Langkawi.
Pelbagai aktiviti promosi diadakan setiap tahun bagi menarik minat pengunjung untuk datang ke Kompleks Kraf Langkawi dan membeli kraftangan buatan Malaysia. Selain itu, ia dapat memupuk dan menanam sikap mencintai seni warisan budaya kraf Malaysia. Promosi Kraf Langkawi pada bulan Disember setiap tahun merupakan acara kemuncak kepada program Promosi yang dijalankan, di mana pelbagai produk dan hasil kraf Malaysia akan dijual oleh pengusaha /usahawan dari semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Singgah sat kat kedai Pasembor dan Laksa langkawi
sementara meneruskan perjalanan. Laksa memang popular kat Langkawi ni dan anda wajib mencubanya.Terdapat banyak kedai-kedai menarik di tepi-tepi pantai sambil layan bayu-bayu laut.
Kehadiran kami di sambut Pegawai dan kumpulan Gamelan Kota Mahsuri Langkawi yang sememangnya sedap di dengar apatah lagi paluan dan musik gamelan yang asyik di telinga kami. Mereka juga sempat menguji kepakaran kumpulan tersebut dengan permintaan lagu-lagu negeri lain yang sememangnya kumpulan ini pakar dan hebat.
Perigi Mahsuri
Langkawi memang popular dengan makanan laut jadi kami berpeluang merasai makanan laut yang sedap di tepi laut sambil melihat matahari terbenam.
Kompleks Kraf Langkawi

Kompleks Haji Ismail
Kalau tak membeli belah kat Pulau Langkawi memang tak sah orang kata sebab barangannya murah sedikit dari Kuala Lumpur tapi memang kena bawa mereka kaki shopping kat sini agar dorang tersenyum sedikit. Sempat lagi kami membeli coklat dan barang keperluan lain. Masa ni la yang biasa ke langkawi sibuk dengan pesanan kawan-kawan dan dah tahu mana satu coklat dan barangan pilihan yang menarik. Kompleks baru HIG ni lagi besar dan luas Mak cik kiah mesti rambang mata kalau datang sini.Singgah sat kat kedai Pasembor dan Laksa langkawi
sementara meneruskan perjalanan. Laksa memang popular kat Langkawi ni dan anda wajib mencubanya.Terdapat banyak kedai-kedai menarik di tepi-tepi pantai sambil layan bayu-bayu laut.
Kota Mahsuri @ Makam Mahsuri
Kalau ke Langkawi pasti teringin nak tahu sejarah Langkawi yang sememangnya pernah lihat di siaran cerita-cerita tv lagenda yang lama-lama dulu. Kota Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat. Makam Mahsuri telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika itu, dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri turut terdapat dalam kompleks tersebut.
Kehadiran kami di sambut Pegawai dan kumpulan Gamelan Kota Mahsuri Langkawi yang sememangnya sedap di dengar apatah lagi paluan dan musik gamelan yang asyik di telinga kami. Mereka juga sempat menguji kepakaran kumpulan tersebut dengan permintaan lagu-lagu negeri lain yang sememangnya kumpulan ini pakar dan hebat.
Perigi Mahsuri
Satu kemestian jika datang kesini untuk merasai air perigi yang sejuk ini. Sambil cuci muka boleh melihat sawah padi di kawasan tersebut. Anda juga boleh menyaksikan pementasan teater Lagenda Mahsuri jika anda datang pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sekitar pukul 3 petang.
Langkawi memang popular dengan makanan laut jadi kami berpeluang merasai makanan laut yang sedap di tepi laut sambil melihat matahari terbenam.
No comments
I want you to know how much I value your support.