Terbaru/News

Asean Monsoon Casting Tournament 2017, Tasik Kenyir, Terengganu.



Asean Monsoon Casting Tournament 2017, Tasik Kenyir, Terengganu | Menarik ramai kaki pancing ke Terengganu dan menjalin persahabatan sesama pemancing.

Asean Monsoon Casting Tournament 2017, Tasik Kenyir, Terengganu kembali lagi dengan menjadikan Tasik Kenyir sebagai destinasi eko pelancongan dan lokasi memancing terbaik di dalam negara dan bertaraf dunia.

Setelah lama menanti tarikh keramat ini menjadi penentuan para pemancing bagi menyertai Asean Monsoon Casting Tournament (MCT) pada tarikh 30 November hingga 3 Disember ini dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH). 

Seramai 300 peserta menyertai pertandingan ini dan mendapat penyertaan daripada peserta luar negara iaitu Korea , Singapura , Austri , Indonesia dan Amerika syarikat seramai 16 peserta.

Sebanyak 14 houseboat dan 15 boat fiber kecil di gunakan sepanjang kejohanan ini dan di pantau oleh Polis Marin dan Pihak Bomba. 

Pertandingan kali ini berkonsepkan ' tangkap dan lepas '  bagi menjaga ekosistem marin dan konservasi di Tasik Kenyir. Sebanyak 9 kategori di pertandingkan antaranya adalah King Of AMCT 2017 , King Of Sebarau , Toman , Barramundi , Pemancing terbaik serta banyak lagi. 

Pertandingan kali ketiga itu menawarkan hadiah 
keseluruhan berjumlah RM65,000 termasuk enjin bot, 
bot almunium, bot fibre, motor elektrik dan aksesori memancing sumbangan 47 penaja.


----------------------------------------------------------------


Para peserta telah hadir dari awal pagi lagi menaiki kenderaan dan 4x4 mereka sambil membawa boat fiber menuju ke Pengkalan Gawi. 

Perjalanan jauh mereka tidak mematahkan semangat untuk menyertai pertandingan kali ini. Peserta mendaftar di urusetia yang terlibat dan sedikit jamuan ringan di sediakan. Peserta perlu mendapatkan tag pertandingan serta pita ukur bagi mengukur saiz ikan yang akan di pancing.

Peserta di berikan minyak 2t oleh penaja daripada Mercury sebanyak 3botol setiap boat fiber ketika mendaftar dan mendengar taklimat dari urusetia pertandingan dan etika keselamatan semasa memancing. 

Perasmian kali ini di rasmikan oleh Pengurus Pelancongan Ketengah, Ahmad Fathil Abdul Ghani dan Penasihat MCT, Ibrahim Ujang Anon atau lebih dikenali dengan nama Ujang serta Azri ngah.








Acara pelepasan anak-anak ikan sebanyak 35000 ekor dari pelbagai jenis di Tasik Kenyir kali ini. 

Houseboat turut menuju ke destinasinya di Pulau Mahatdir, Sungai Kelebu dan Pulau Petang yang menjadi destinasi hentian sebanyak 14 houseboat kesemuanya yang berkampung di Tasik Kenyir.










Pelbagai hadiah menarik di sediakan kepada semua 
peserta serta cabutan bertuah pada malam harinya. Keindahan Tasik kenyir tidak dapat di gambarkan jika anda tidak datang sendiri ke sini.







Ujang turut mempromosikan Novel #Jibam.
Jangan lupa ramai-ramai menonton #Filemjibam yang akan di tayangkan serentak di seluruh 
Malaysia pada 7 december 2017.



Pelbagai aktiviti di jalankan termasuk la
accurate casting yang menguji kemampuan peserta kali ini.









Acara melepaskan anak ikan kejo @ Kelah hijau sebanyak 2000 ekor sumbangan casahartamas di anak sungai Tasik Kenyir.

Tahniah kepada semua pemenang!!

Terima kasih kami ucapkan kepada penganjur , penaja, peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Asean monsoon casting tournament 2017 kali ini. 
Tahniah kepada penganjur yang bekerja keras untuk memastikan penganjuran kali ini berjaya dari awal lagi hingga ke hari ini. 


lawati Facebook MCt Official untuk sebarang aktiviti dan informasi terbaru.
-------------------------------------------------------------------------------
Kalau sudah ke Terengganu jangan lupa ke Masjid Kristal dan menikmati keropok losong Terengganu.



Semoga anda dapat melihat dan menikmati pemandangan yang indah di Tasik kenyir bersama-sama saya nanti. Moga Tasik kenyir menjadi destinasi anda suatu hari nanti.

#amazingterengganu #tasikkenyir #ketengah #perhilitan #tourismterengganu #tourismmalaysiaterengganu #visitbeautifulterengganu2017 #mercury #quicksilver #lubukdotnet #knf #idworldsportfishing #bombaterengganu #AMct2017 #PesonaTerengganu #Terengganu #aseanmonsooncastingtournament #monsooncastingtournament #mct2017 #casting #angler #darisahabatuntuksahabat #houseboat #cuticutimalaysia #malaysiatrulyasia #Malaysia #Blooggersmedia #dboystudio


24 comments:

  1. wah..meriah..en.suami saya bukan minat aktiviti memancing ni, hah..kalau peminat confirm dia ajak terjah ke aktiviti ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tenangkan fikiran dan menikmati suasana nyaman kat kenyir pasti best!

      Delete
  2. Tahniah kepada pemenang!! Seronok tengok aktiviti macam ni.

    ReplyDelete
  3. bestnya tengok aktiviti2 kat tasek kenyir ni.. belum berpeluang lagi ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cari time yang sesuai lepas tu santai abis kat sana

      Delete
  4. wah aktviti yang menarik ni. Banyak tak dapat ikan? KawanIka Kaki pancing.taksure dia turut serta ke tak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hope dia tahu dan dapat serta next time pasti best

      Delete
  5. Kaki pancing memang seronoklah dapat join aktiviti ni. Bias amesti buat pertandingan 'tangkap dan lepas' kan? Btw, saya takut kalau dok atas air or laut. Trauma takut jatuh, hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kanlah boat house tu besar tapi safety dia utamakan

      Delete
  6. Tahniah kepada semua pemenang, meriah juga ya aktiviti nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah macam satu kampung dengan 300 peserta katakan.. meriah dan menarik!

      Delete
  7. wah macam best event. I have yet to visit Lake Kenyir

    ReplyDelete
  8. Seem this event is exciting and adventurous. So many people participants.

    ReplyDelete
  9. Sempat lagi Ujang mencelah ek....

    Harap filem Jibam berjaya.. dulu zaman kecil2 suka baca bukunya... 2-3x repeat baca kot... feel dia lain macam sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanyangan jibam dah masuk minggu ke2 hope berjaya pecah panggung juga!

      Delete
  10. Thank you semua yang comment!!
    memang best kalau buat trip memancing macam gini sambil menikmati nature dan keindahan yang ada di negeri Terengganu.

    ReplyDelete
  11. Pernah plan nak memancing dekat Tasik Kenyik tapi tak jadi last minit terpaksa cancel... baca entri ni macam nak plan balik trip memancing ke Tasik Kenyir

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena plan balik la lepas ni sambil cuti-cuti malaysia jgn lupa tapau keropok losong ganu tau!

      Delete
  12. YaAllah cantik nya ciptaan Allah. Teringin nak pegi Tasek Kenyir. Tapi dikepala selalu bermain soalan "ada pacat tak? kehkehkeh dasar penakut..cmne tu

    ReplyDelete
  13. Wah macam meriah and best je...agak2 ikan yang terbesar yang dipancing berapa besar ya ?

    ReplyDelete

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...