Terbaru/News

Mueang Kao Thai Cuisine, Damansara Jaya

Mueang Kao Thai Cuisine, Damansara Jaya
Malam ni kami mencuba makanan Thailand.  Lama mencari Meang kam akhirnya jumpa juga kat sini. Jom kita tengok apa yang ada di Mueang Kao Thai Cuisine di Damansara Jaya (Berdekatan dekat Uptown Damansara)

Mueang Kao Thai Cuisine baru sahaja di buka pada februari 2018. 

Mueng Kao Thai Cuisine merupakan restauran makanan Thailand di mana chef mereka berasal dari Thailand dan berpengalaman selama 20tahun bagi mengekalkan menu asli dan citarasa Thai. 


Sawadeekap! Mueang Kao akan memulakan promosi ikan talapia pada hari Isnin 12 Mac 2018 hingga 31 Mac 2018 dengan harga MYR 29.99 untuk sebarang masakan.



Antara menu Mueang Kao yang popular.


Appetizers 
Meang Kam RM13
Prawns Cake RM19

.

Main Course 
BBQ Talapia RM40 (promosi Talapia RM29.90)
Pad Ped with Petai RM25
Dry Curry Chicken RM18
Pha Ban Suan
Deep Fried Kangkung RM15 
Tomyam Seafood RM15
Thai Style Coconut Seafood Otak-Otak RM25
Thai Style Lemon Steamed RM38



Lama sangat dah mencari meang kam ini sampai ke selatan thailand travel hari tu pun payah nak jumpa . Memang sedap dengan sos pedas dia tambah lagi pelbagai jenis isi boleh letak.



Pad Ped with Petai RM25

Udang petai ini bertambah sedap dengan biji petai yang banyak sampaikan habis sekejap sahaja thehehehe

BBQ Talapia RM40 (promosi Talapia RM29.90)
Memang segar ikan yang di masak dan ikan segar ini di hasilkan dengan makanan palet dan makanan bersih.



Deep Fried Kangkung RM15 

Masakan ikan tu anda boleh lihat kacang apa tu? kacang biji gajus memang sedaplah tambah lagi ikan pun segar-segar.




Masakan sotong bersama lemon stim nie memang sangat-sangat sedap dan lembut . Jangan lupa pilih thai green milktea sekali tau memang sedap sungguh.





Desert 
Mango Sticky Rice
Coconut Ice Cream
Red Ruby
Coconut Tapioca


Semua desert sedap dan menawan hati abam, sampaikan tak cukup kena tambah lagi. pilihan abam ais krim kelapa.
hari-hari dikatakan menu ini menjadi hidangan popular di sini. So korang kena la cuba jugak tau!










FEEDBACK DARIPADA KAMI

RESTORAN: Restoran nice! sangat-sangat selesa dan bersih. Ruang kedai telah menyedikan tempat duduk bersila sesuai untuk family dan kanak-kanak.

MAKANAN: Kami suka plating makanannya. Kemas, cantik dan nampak menyelerakan siap ada ukiran arnab dan angsa lagi pada lobak putihnya. Korang kena cuba Meang kam sebab susah nak dapat.


HARGA: Harga kat sini standard dengan kualiti yang di berikan. sementara ini ada promosi ikan talapia rm 29.99.


SERVIS: Pelayan kat sini cepat dan makanan pun tak lambat sampai . 


Kami kongsikan info terkini Mueang Kao Thai Cuisine  untuk lebih lanjut lagi anda boleh klik laman Facebook dan laman social mereka.


Kami merasakan pengalaman makan malam yang hebat di Mueang Kao Thai Cuisine. Makanan yang disajikan sangat sedap, dan mempunyai rasa yang sama seperti di Thailand. Pasti akan datang kembali ke sini lagi!

Mueang Kao Thai Cuisine

Add: No. 21, (Ground Floor),
Jalan SS 22/11, Damansara Jaya,
Petaling Jaya, Selangor
Tel: 0142731512
Opening hours: Daily 11am - 3pm, 5pm - 11pm

2 comments:

  1. setuju ! suka cara dorang palying makanan. Kreatif sangat siap ada angsa dan arnab ukir2. Pokoknya, makanan dekat sini memang best. Tomyam dan ais krim kelapa dia best gila. Recommended !!!

    ReplyDelete

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...