Restoran Dapor Warisan
Pengembaraan kami ke negeri Johor #Traveloguemalaysia bersama Borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia menjelajah Selatan Negeri Johor selama 6hari. Perjalanan kami ke Selatan Negeri Johor yang sangat cantik dan pelbagai aktiviti boleh di lihat dan explore.
Kami berterima kasih kepada Tourism Johor yang membantu perjalanan kami dan serta pihak yang menaja perjalanan kami dari Kuala Lumpur. Terima kasih Sitty Travel, Perodua Malaysia, Canon Malaysia, 888TeaCoffee.
Seterusnya perjalanan kami menuju ke Restoran Dapor Warisan di Laman Seni Warisan Johor menjadi pilihan kami untuk hidangan tengahari kali ini.
Bersebelahan dengan padang indoor latihan pemain bolasepak JDT. Restoran ini menawarkan masakan tempatan dan luar daripada Johor untuk anda merasai keenakkannya.
Pelbagai menu yang dihidangkan penuh dengan hiasan dan penuh warna-warni. Rasanya memang sedap sampai bertambah-tambah nasi di pinggan.
Antara menu-menunya adalah Asam Pedas Belangkas, Asam Pedas Ikan Merah, Kari Kepala Ikan Jenahak, Siput Sedut Masak Lemak Cili Api, Daging Salai Cili Api, Siakap Daun Kaduk, Ikan Pari Bakar, Udang Masak Merah.Ikan Singgang Halia dan kuih-muih
Daging Salai Cili Api |
Siakap Daun Kaduk |
Ulam-ulaman |
Udang Masak Merah |
Ikan Pari Bakar |
Kari Kepala Ikan Jenahak |
Siput Sedut Masak Lemak Cili Api |
Asam Pedas Belangkas |
Ikan Singgang Halia |
Uniknya Restoran Dapor Warisan memperlihatkan menu-menu asli masyarakat Melayu. Keazaman Pemilik restoran dan Chef memastikan agar makanan melayu asli lama tidak hilang ditelan zaman dan dapat di rasai oleh generasi ke generasi yang lain.
Pengunjung yang datang ke Restoran Dapor Warisan juga akan dihiburkan dengan penari-penari tradisional Johor, pemain musik angklung dan pelbagai lagi hasil kerjasama dengan #TourismJohor, #YayasanWarisanJohor dan
#MITA di Laman Seni Warisan Johor ini jika kena pada masanya.
Terima kasih En Yusaini kerana sudi menjemput kami mencuba masakan di Restoran Dapor Warisan semoga bertambah maju dan berkembang hingga ke antarabangsa. Pasti ramai lagi penduduk Johor harus singgah ke sini. Anda apa lagi haruslah mencuba suatu hari nanti!
DAPOR WARISAN
Lot 888 Sri Gelam, 80100 Jalan Sungai Chat, Johor Bahru
(Seberang Stadium tertutup JDT)
Tel : 013-705 7301
Dibuka setiap hari
12.00 PM - 12.00 AM
No comments
I want you to know how much I value your support.