The Wetlands Kampung Belukar Durian yang Istimewa
Pengembaraan kami ke negeri Johor #Traveloguemalaysia bersama Borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia menjelajah Selatan Negeri Johor selama 6hari. Perjalanan kami ke Selatan Negeri Johor yang sangat cantik dan pelbagai aktiviti boleh di lihat dan explore.
Kami berterima kasih kepada Tourism Johor yang membantu perjalanan kami dan serta pihak yang menaja perjalanan kami dari Kuala Lumpur. Terima kasih Sitty Travel, Perodua Malaysia, Canon Malaysia, 888TeaCoffee.
Perjalanan di teruskan menuju ke The Wetlands Kampung Belukar Durian. Kelihatan rumah-rumah chalet tepi tebing sungai hutan paya bakau.
Mesti menarik untuk memancing udang kami pula semua tak sabar-sabar nak mencuba memancing.
The Wetlands Kampung Belukar Durian sesuai untuk dijadikan tempat membuat aktiviti kem motivasi. Penginapan, Dorm dan dewan tersedia ada untuk mereka malah padang yang cukup luas untuk perkhemahan.
Penginapan termasuk dengan pendingin hawa dan kipas syiling . Memang selesa dengan kesunyian desa dan jauh dari bandar.
Senarai harga penginapan mengikut jenis bilik :
Chalet A : RM 120
Chalet B : RM 150
Chalet C : RM 100Dorm : RM 400
Dorm boleh memuatkan seramai 20 orang.
Chalet A : RM 120
Chalet B : RM 150
Chalet C : RM 100Dorm : RM 400
Dorm boleh memuatkan seramai 20 orang.
Semua sibuk untuk memancing dan mencuba sampai lupa nak makan petang yang di sediakan. Dari beranda bilik pun boleh memancing terus ke sungai.
Terdapat pelbagai fasiliti seperti tempat memasak di sini serta dewan makan yang besar.
Tempat Penternakkan dan Penetasan Belangkas.
Terdapat package tour yang di sediaka iaitu melawat kawasan penternakkan dan penetasan belangkas. Kami menaiki boat untuk menyelusuri sungai menuju ke sini.
Pelbagai informasi mengenai belangkas anda boleh ketauhi di sini dan melihat dengan lebih dekat lagi. Terdapat belangkas dari kecil hinggakan yang besar dan boleh di pasarkan.
Terima kasih atas inisiatif mewujudkan tempat ini untuk meneruskan kelangsungan hidup spesis belangkas.
Ada sesiapa minat telur belangkas?
Hasil dari nelayan yang memukat di jual di sini dengan harga mengikut saiz. Seekor boleh mencecah RM 18 untuk saiz belangkas dewasa .
Selepas ke Pusat Ternakan dan Penetasan Belangkas, kami pulang semula ke The Wetlands untuk mencari lokan sekitar hutan paya bakau berhampiran chalet.
Aktiviti mencari lokan memang patut di cuba oleh semua orang kerana ia menyeronokan. Ada juga di antara kami belum pernah mencuba dan tidak tahu apa itu lokan.
Kesabaran di perlukan mencari lokan ini dan perlu berhati-hati kerana cengkerangnya agak tajam. Akhirnya satu besen lokan dapat kami tuai hasilnya.
Lokan harus di cuci bersih jadi kami cuci dengan air sungai. sambil kami mencuci kaki kami yang penuh dengan lumpur.
Sebelum Pulang kami sempat membakar lokan yang di cari tadi memang sedap jika di makan dengan sambal panas-panas.
KEJORA adalah Lembaga Kemajuan Johor Tenggara, yang banyak membantu dan membimbing ekonomi yang berasaskan pelancongan desa.
The Wetlands Kampung Belukar Durian telah bermula semenjak tahun 2008 dan pihak KEJORA telah banyak membantu membangunkan beberapa projek infrastruktur pelancongan supaya kampung Belukar Durian ini menjadi salah satu Kampung Pelancongan Desa yang menjadi pilihan pelancong-pelancong. Pengalaman manis di sini tidak dapat kami lupakan.
Kami terpaksa meneruskan perjalanan dan meninggalkan The Wetlands untuk bergerak ke destinasi seterusnya. Tapi sebelum itu kami memberikan sedikit buah tangan, produk-produk dari 888 Tea Coffee, kepada pihak Wetlands Sedili dan juga KEJORA.
THE WETLANDS KAMPUNG BELUKAR DURIAN
Kompleks the Wetlands, Kampung Belukar Durian
Sedili Kecil, 81910 Kota Tinggi Johor.
Tel : 013-702 6327 / 019-738 0372
(Kamal) / 019-730 0058 (Pak Wan Zaili)
pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika di sini. Best cari lokan !
ReplyDeleteKenyang betul makan lokan bakar sedap-sedap..
Delete