Terbaru/News

Promosi Bufet Ramadhan Bangi Golf Resort 2018

Promosi Bufet Ramadhan Bangi Golf Resort 2018

[ Promosi Ramadhan] Sementara tunggu tibanya Ramadhan apa kata kita intai-intai juadah berbuka puasa, boleh la ke sini nanti bersama keluarga dan kawan-kawan.
.
Pakej Berbuka Puasa Bufet Ramadhan Bangi Golf Resort 2018. BGR Restoran Bangi Golf Resort menawarkan 200 jenis hidangan bermula dari pembuka selera sehinggakan ke pencuci mulut. Ramadhan ini, Restoran Bangi Golf Resort (BGR) akan menggembirakan tetamu dengan hidangan eksklusif di Bufet Ramadhan bermula 19 May sehingga 13 Jun 2018 

Harga bagi buffet :
Dewasa : RM59.00 nett
Kanak-Kanak : RM 28.00 nett




Disahkan HALAL Sejak 2009 lagi, Restoran BGR telah disahkan halal oleh JAKIM. BGR juga telah diiktiraf sebagai Restoran Paling Patuh Halal di Selangor dan menerima anugerah tersebut dari Menteri Besar Selangor pada 2017.

 Terkenal kerana menghidangkan bufet gastronomik yang menawarkan kepelbagaian dan kualiti, Restoran BGR akan sekali lagi menawarkan lebih 200 hidangan mewah dari hidangan Melayu, Barat dan Timur. 






Tetamu boleh nantikan wadah masakan popular yang akan menonjolkan Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak. The stesen ini, cef akan menghidangkan daging panggang dan sup kambing yang baru di masak. 




Tetamu juga boleh menikmati satay ayam dan daging serta Kway Teow goreng dan Mee Mamak yang disediakan secara langsung di depan mereka.


Hidangan Barat Moden.
Nikmati sajian eksklusif restoran BGR di seksyen Barat, yang menyediakan sajian dengan sentuhan gastronomik seperti Sous Vide Eggs dengan Cendawan Espuma.


Untuk hidangan yang lebih tradisional, kegemaran keluarga seperti Lasagna ayam dan Spaghetti Carbonara turut tersedia.





Masakan Melayu dan Tradisional Menonjolkan bahan mentah yang di tanam sendiri di “Kebun dalam Bandar” berlokasi di
dalam premis Bangi Golf Resort sendiri, cef kami akan menuai sayur-sayuran organik dan menghidangnya ketika Bufet Ramadhan. Nantikan Nasi Kerabu, nasi yang dihidangkan dengan ulam yang kami tanam sendiri, ikan masin goreng, keropok ikan dan bahan hiasan lain. Warna biru Nasi Kerabu pula datangnya dari kelopak Bunga Telang yang juga ditanam di kebun kami.



Juga tidak ketinggalan, tahun ini terdapat Laksa Sarawak dan Laksa Singapura yang dibuat dari mula yang kami pasti akan memenuhi citarasa anda.






Sajian Timur Yang Disediakan Sempurna.
Mengguna pakai teknologi terkini dalam menyediakan hidangan Timur, Restoran BGR telah menguasai teknik penyediaan Nasi Ayam Hainan. Setiap ketulan ayam telah
dimasak secukupnya, memberikan rasa empuk dan berjus.


Tidak dilupakan juga,
kegemaran ramai, Daging Masak Lada Hitam dan juga rekaan baru kami Filet Ikan Goreng dengan Sos Mentega.




Pelbagai Pencuci Mulut mesti anda nikmati di sini seperti Churros Sepanyol, Tiramisu Itali, seleksi kuih muih Melayu, puding, agar-agar , buah-buahan dan gelato kami yang disediakan segar dengan perasa durian dan bungan kantan.



Pelbagai kek pencuci mulut yang menarik seperti seperti Salted Caramel Brownies, Bandung Lychee Cheese Cake, Pina ColadaCheese Cake, Blueberry Crème Brulee Cake, Talas Salted Corn, The Patissier Mocha ,Fudge Cake, Red Velvet Durian Mousse, Pandan Gula Melaka Mousse dan Cendol
Mousse.


Persembahan Secara Langsung
Untuk memeriahkan suasana, persembahan secara langsung akan diadakan bermula 6.30pm hingga 9.30pm.
Tempat letak kereta percuma
Lebih 800 lot parkir disediakan Restoran BGR buat tetamu.
Surau di sediakan ruang solat .


Harga istimewa untuk durian!
BGR akan menerima tempahan untuk durian Musang King (RM110/sekotak) dan D24 (RM55/sekotak) daripada tetamu yang ingin membelinya untuk Iftar dan Hari Raya.
Tempahan pra majlis durian boleh dibuat di https://www.bgrrest.com/product/durian/.

Sepanjang Ramadhan al Mubarak tahun ini, Restoran BGR akan menyumbang 1% dari keuntungan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk memperkasakan komuniti dan memberi bantuan kemanusian kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Memenuhi janji kami kami untuk sentiasa menambah hidangan dan memastikan sentiasa ada di meja bufet sehingga majlis selesai namun bekerja dengan konsep sifar pembaziran, 
Restoran BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatakan mana-mana lebihan makanan dari Bufet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.


Harga untuk tempahan dalam talian di laman web.
https://www.bgrrest.com/product/buffet-ramadhan/ 
Dewasa : RM59.00 nett
Kanak-Kanak : RM 28.00 nett




#BGRbuffetramadhan18 #bangigolfresort #makansedap

No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...