Promosi Bufet Ramadhan Restoran Rebung Chef Ismail 2018
Promosi Bufet Ramadhan Restoran Rebung Chef Ismail 2018
[ Promosi Ramadhan] Sementara tunggu tibanya Ramadhan apa kata kita intai-intai juadah berbuka puasa, boleh la ke sini nanti bersama keluarga dan kawan-kawan.
.
Pakej Berbuka Puasa Restoran Rebung Chef Ismail yang bertemakan "Bazaar Ramadhan di Restoran Rebung Chef Ismail" .Restoran Rebung menawarkan 80 jenis hidangan bermula dari pembuka selera sehinggakan ke pencuci mulut. Hampir 99% Rempah ratus yang segar digunakan untuk bahan masakan.
Harga bagi buffet :
Dewasa : RM79.50
Kanak-Kanak : RM 53.00 bagi usia 5-11tahun.
PROMOSI MENU BUFET RAMADHAN, REBUNG HARI RAYA OPEN HOUSE & AKTIVITI-AKTIVITI
Terlintas difikiran kita apakah persediaan untuk menyambut kehadiran bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh sekalian umat Islam di seluruh dunia. Bagi Restoran Rebung Chef Ismail, akan memastikan kepelbagaian menu bufet Ramadhan yang pastinya akan membuat anda mengimbau kembali kenangan silam Sejak kecil lagi, kita mengisi perut yang lapar dengan memakan nasi.
Hendak ke sekolah, ibu membekalkan nasi goreng. Balik dari sekolah, tidak ada lagi, terus pergi ke dapur dan membuka tudung saji, ingin tahu apa yang ibu masak pada hari itu. Lebih lagi jikalau ibu memasak masakan kegemaran kita, semakin bertambah seleranya. Itulah penangan masakan ibu yang sering menjadi kenangan kita semua. Itu adalah tema yang akan kami sajikan dalam setiap hidangan bufet Ramadhan Restoran Rebung yang akan mencuit deria rasa para pengunjung Bagi Restoran Rebung.
Peranan harga sangat dititikberatkan kerana seperti tahun sebelumnya, pengunjung yang sama akan datang kembali dan ramai juga pengunjung yang baru, datang untuk mencuba kerana harganya yang sangat berpatutan. Mereka masih mengekalkan harga iaitu RM 79.50 nett untuk dewasa dan RM 53.00 nett untuk kanak-kanak berumur antara 5 hingga 11 tahun, harga yang kami tawarkan untuk lebih daripada 80 hidangan mulai dari hidangan pembuka hingga dessert. 99% Rempah Ratus yang segar digunakan untuk bahan masakan .
Restoran Rebung cukup sinonim dengan masakan tradisional Dapur Melayu selain resepinya diilhamkan oleh pemilik restoran, iaitu Chef Malaysia Selebriti, Dato 'Chef Haji Ismail Ahmad.
Ada diantara menunya sangat jarang dijumpai di mana-mana kedai seperti Rendang Pucuk Ubi, Tempoyak Daun, Aneka Kerabu, dan lain-lain lagi.
Antara hidangan utama yang dihidangkan bermula dari nasi adalah nasi putih, nasi ulam atau nasi tomato atau nasi minyak atau nasi briyani atau nasi hujan panas. Untuk lauk pauk pula, daging salai masak lemak cili api, ikan pari masak assam pedas, ikan patin masak tempoyak, masak lemak rebung dan perut, ayam percik, sambal sambal dan lain-lain masakan rumah Melayu.
Bagi tahun 2018 ini,tema kami kali ini adalah berkonsepkan Bazaar Ramadhan di Restoran Rebung Chef ismail Selain dari hidangan utama, terdapat juga hidangan sampingan yang tidak kurang hebatnya Rebung juga mengenengahkan makanan kaki lima atau "Hawkers Food". Andai anda berkunjung ke bazar Ramadhan, berbagai-bagai menu yang dapat anda lihat antaranya roti jala, murtabak, mee goreng mamak, char kuey tiow, ayam percik, bubur lambuk, buah Melaka atau onde-onde, aneka ikan bakar beserta air asam dan macam-macam lagi Suasana di bazaar ketika itu akan dapat anda lihat di Restoran Rebung.
Terdapat 9 bazaar yang disediakan di mana staf kami akan membuat roti jala, menguli onde-onde, menebar murtabak, memanggang ikan yang kemudiannya dihidangkan bersama sos cicah assam, pisang goreng dan jemput-jemput bawang, dimasak panas dan dihidangkan terus di atas pinggan anda dan keropok lekor. Bagi juadah berbuka pula, kuih muih tradisional seperti seri muka, karipap, apam berlauk, sago gula Melaka, dodol cair, pulut kacau, aneka bubur, dan lain-lain sudah pasti menjadi pilihan sebagai hidangan penutup anda bagi acara bufet tersebut.
DARI MATA, TURUN KE HATI. DARI RASA, TERUS TERMIMPI
"Jangan menunggu, jangan menanti. Kalau terlepas, sendiri yang rugi".
Restoran Rebung telah pun membuka tempahan berbuka puasa. Pakej Bufet Ramadhan Restoran Rebung akan berlangsung sepanjang tempoh bulan Ramadhan, bermula dari 18 Mei 2018 hingga 13 Jun 2018.
Restoran Rebung 5-2, Aras 5, Parkir Bertingkat Bukit Aman, Alamat No. 1, Jalan Tanglin, Taman Botani Perdana, 50480
Kuala Lumpur
+603 2276 3535 No. Restoran +603 2276 2525
#Dboystudio #malaysiatravelblog#bloggerMy #Travelblogger#bloggermalaysia #Malaysia#foodblogger #hotel #Resort #Travel#foodie #ketukketukramadhan#intaiintaiRamadhan#juadahberbukapuasa#promosiramadhan #RestoranRebung#Rebung #Chefismail #bufetramadan#jjcm#BazaarRamadhandiRestoranRebungChefIsmail
No comments
I want you to know how much I value your support.