Rumah Rehat Kerajaan Negeri Teluk Dalam, Pangkor untuk penginapan bak DiRaja.
Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan menjelajah serta meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda dilawati. Perjalanan kami ke Pulau Pangkor dengan pantai yang indah dan pelbagai aktiviti riadah di sana.
Perjalanan mengambil masa sekitar 4 jam menaiki bas dari TBS terminal kuala lumpur menuju ke hentian bas Lumut daerah Manjung, Perak. Jika di Jeti Lumut perjalanan menaiki feri agak lama sedikit berbanding di Jeti Marina.
Penginapan seterusnya kami kongsikan adalah Rumah Rehat Kerajaan Negeri Teluk Dalam, Pangkor.
Rumah Rehat Kerajaan Negeri Teluk Dalam, Pangkor yang cukup istimewa di mana anda boleh menginap di sini degan harga yang cukup murah bak layanan di raja. Suasana damai dan ketenangan yang pasti membuatkan anda hilang stress dengan kesibukan kota.
Suasana tenang dan manis ketika berada di Rumah Rehat Kerajaan Negeri Teluk Dalam, Pangkor untuk penginapan bak DiRaja.
Sementara itu Ombak Cafe sedang mempromosikan hidangan mereka yang cukup sedap dan lazat. Paling menarik sambil makan dapat menikmati pemandangan laut yang luas di depan mata.
Pada sebelah malam pula Ombak Cafe menyediakan hidangan Steamboat dengan harga yang menarik dan mendapat sambutan ramai. Khas kepada yang berbulan madu dan ingin suasana romantik harus la ke sini dan mencuba kesemuanya.
Kepada yang berminat jangan lupa kunjungi lawan web Rumah Rehat Kerajaan Negeri Teluk Dalam, Pangkor
Facebook:
https://www.facebook.com/RRKNpangkor/
#Traveloguemalaysia bersama Borakkita.com dengan kerjasama Tourism Perak menjelajah destinasi Pulau Pangkor.
Sekalung penghargaan tahniah kepada @Majlisperbandaranmanjung dan@Tourismperak kerana menjemput kami datang memeriahkan lagi Pulau Pangkor.
Ikuti perkembangan trip ini dengan mengikuti hashtag #TraveloguePulau . Terima kasih buat para sponsors Perodua Malaysia, Canon Malaysia, 888TeaCoffee, Desa Alam Batek, Mama Mia Skin, Mod Gear kerana telah menaja travelogue trip 5H4M ini.
#traveloguemalaysia #travelogueisland#pangkor #tourismperak #mpm#puteribayu #kejoragarden #dkampung#rrkn #casuarina #pasirsalakecoresort#modgear #mamamiaskin#desaalambatek #888teacoffee#myperodua #canonmalaysia#travelwithcanon #eosM6 #eos80d #80d#dboystudio #Travelblogger #Malaysia#bloggermalaysia #bloggerMy#malaysianlifestyleblogger #jjcm #Travel
No comments
I want you to know how much I value your support.