KG RAGA, YAN KEDAH menambat hati pengunjung
Pengembaraan kami ke Negeri Kedah bersama Travelogue Malaysia adalah bagi menjelajah destinasi percutian menarik yang membawa kami ke Utara Malaysia. Peluang yang ada ini kami kongsikan bersama anda dengan meneroka tempat-tempat menarik yang boleh anda lawati.
Kami menuju ke satu lagi lokasi di daerah Yan iaitu Kampung Raga. Kira-kira 44 kilometer, lebih kurang 54 minit drive dari bandar Alor Star melalui lebuhraya PLUS.
Kampung Raga ini telah pun dijadikan perkampungan Homestay dan mendapat sambutan yang menarik di kalangan pengunjung dari dalam dan luar negara. Kali ini kami senaraikan beberapa aktiviti yang dapat anda lakukan jika ke sini.
Anda harus ke sini jika berminat menunggang kuda dan terdapat pelbagai aktiviti bersama kuda. Bawa kanak-kanak dan keluarga bersama-sama berkunjung ke Stuff Farm Kampung Raga, Yan Kedah.
Bebearapa Homesatay terpilih dan di iktiraf untuk anda menginap dan kunjungi. Anda pasti gembira menikmati suasana kampung yang jauh dari bandar dan meramah mesra dengan penduduk kampung.
Kami berpeluang mencuba dan mempelajari aktiviti membuat Kuih Karas, Kuih tradisional kedah di Homestay Kampung Raga, Yan Kedah bersama Puan Norfishah.
Geruk adalah sarung dari ayaman daun kelapa untuk di pasang kepada buah nangka atau cempedak yang mengembang mengikut saiz buah. Hasil dari anyaman geruk ini boleh di jual dan mendapat hasil yang lumayan juga.
Jika ingin mandi manda juga anda boleh lakukan di kawasan ini dengan air sungai yang bersih dari pencemaran.
Aktiviti menjala ikan untuk sesiapa yang belum pernah mencuba juga di tunjukan memang pengalaman baru kepada sesiapa yang datang kesini. terutamanya yang duduk di bandar tidak berpeluang lansung mencuba.
Batu batuan sungai yang menarik dan berkilau jika di gosok terdapat banyak di sini. Sungai-sungai yang tak tercemar dan bersih.
Kami sempat juga singgah ke Air terjun Titian Hayun tetapi airnya kurang di sebabkan cuaca yang panas tetapi masih boleh bermandi manda. Terdapat juga Air Terjun Puteri Mandi berdekatan kawasan ini.
Jika berpeluang datang ke sini pastikan anda mencuba pelbagai aktiviti dan meramah mesra dengan penduduk kampung yang mesra.
Pelbagai pilihan homestay untuk anda pilih di Kampung Raga. Penduduk di sini turut membuat program anak angkat bagi pelajar sekolah mahupun mahasiswa yang ingin merasai sendiri kehidupan kampung. Sesuai juga untuk membuat program-program bersama memupuk nilai-nilai murni.
KAMPUNG RAGA
Yan 06900, Kedah Darul Aman
Facebook : Facebook.com/homestaykampungraga
#TOURISMKEDAH #TRAVELWITHME
#TravelogueMalaysia #Jeraigeopark #Dboystudio #malaysiatravelblog#Travelblogger #bloggermalaysia #bloggerMy #malaysianlifestyleblogger#Travel #Kedah #AlorSetar #Yan #GunungJerai
#TravelogueMalaysia #Jeraigeopark #Dboystudio #malaysiatravelblog#Travelblogger #bloggermalaysia #bloggerMy #malaysianlifestyleblogger#Travel #Kedah #AlorSetar #Yan #GunungJerai
Rancang semua perjalanan anda ke utara dan pastikan anda bergambar-gambar di setiap lokasi menarik nanti.
Travelogue Kedah selama 3H3M bersama borakkita.com dengan kerjasama Tourism Kedah dan Jerai Geo Park.
Ucapan terima kasih tak terhingga buat En. Zam yang menemani kami dari hari pertama sehingga hari ketiga kami berada di sana.
Terima kasih buat para penaja trip kali ini, Canon Malaysia dan 888TeaCoffee.
No comments
I want you to know how much I value your support.