Terbaru/News

SAFI SHAYLA Pakar Rambut Wanita Bertudung.

SAFI SHAYLA AKTIFKAN DIRI ANDA BERSAMA SAFI SHAYLA PAKAR RAMBUT WANITA BERTUDUNG. 

Kini usah risau dan kecewa kerana SAFI yang merupakan rangkaian produk Halal yang terbesar di dunia dalam produk penjagaan diri telah mengeluarkan rangkaian lengkap produk penjagaan rambut wanita bertudung Safi Shayla.
Ramai di antara golongan wanita terutamanya yang bertudung sering menghadapi masalah rambut rapuh dan kegatalan kulit kepala. Pelbagai faktor antaranya tekanan bekerja mahupun kekotoran dan habuk akibat pencemaran. Keyakinan diri adalah kunci utama bagi golongan wanita untuk menjalankan tugasan seharian dengan lebih berkualiti dan bertenaga. 




Produk ini bukan hanya ditambah baik di dalam variasi syampu tetapi SAFI SHAYLA kini memperkenalkan Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab, Serum rambut dan minyak Rambut yang membantu golongan wanita bertudung bagi penjagaan rambut yang rapi untuk memberikan rambut yang sihat dan bersinar.


SAFI SHAYLA kini mempunyai formulasi baru yang mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal, Habbatus Sauda merupakan ekstrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanya, 

SAFI memperkenalkan Habbatus Sauda di dalam produknya kerana ia dapat membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah penghasilan bakteria. Tambahan pula, Habbatus Sauda dapat mengekalkan rambut sihat kerana ia dapat menghindari keguguran rambut dan membuat rambut lebih lembap dan bersinar.


 Micro Bamboo Charcoal membantu menghilangkan toksin daripada kulit kepala mengurangkan rambut berminyak dan memberikan sinar kepada rambut dengan mengeluarkan minyak dan kotoran, Micro Bamboo Charcoal menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama dapat mengawal bau rambut. Bau rambut merupakan sesuatu yang penting untuk golongan wanita bertudung kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri.


Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab boleh disembur terus ke rambut atau hijab kerana sifatnya yang cepat kering. Berbeza dengan produk lain di pasaran yang meninggalkan kesan, jangan khuatir kerana produk ini tidak meninggalkan sebarang kesan ke atas rambut ataupun hijab. 



Bagi wanita moden, SAFI sHAYLA Mist 2 dalam l rambut dan hijab sangat sesuai dalam kehidupan seharian kerana ia meninggalkan haruman yang menyegarkan di mana ia dapat bertahan selama 24 jam. 

Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kelembapan rambut, mengembalikan sinar, memberikan lebih kelembutan, bermaya dan membuatkan rambut lebih ringan. Hasil gabungan ramuan syampu dan serum SAFI SHAYLA ia dapat menghasilkan rambut lebih lembut dan ringan. 







Safi Shayla bersama dengan Media dan Blogger bersama-sama melakukan aktiviti lasak di District 21 Ioi City Mall Resort City Putrajaya bagi memperkenalkan relaunching of Safi Shayla. Tiada halangan untuk wanita bertudung kekal aktif dan melakukan akitiviti lasak.






Tarian zumba bagi menaikan semangat peserta-peserta kali ini dan warm up bagi meneruskan aktiviti lasak.













Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya menghabiskan cabaran dan halangan yang di tempuhi.






Rangkaian produk SAFI SHAYLA adalah dalam lingkungan harga mampu milik dan memiliki sijil halal. 

SAFI SHAYLA boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga di laman web online. 

Untuk keterangan lanjut mengenai produk SAFl. 
Facebook SAFI
Instagram 
Youtube 

6 comments:

  1. da cuba mist safi tak?wangi sgt..jatuh hati da..barang wajib ada dlm beg da mist tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. baru ciba minyak rambut dia dah wangi.memang sedap bau dia..

      Delete
  2. Hai dboy! sukanya gambar kin ada kat sini.. rumah biru terbaik. ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakakakaka tak sia2 kita buat laju2 penatttt..

      Delete
  3. Hai Dboystudion.
    AS singgah sini. AS nak minta izin culik gambar produk safi shayla yang kat district 21 tu boleh?
    Nak letak kat blog. nanti AS letak credit ke blog dboystudio ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup boleh2 nak embed video sekali pun ok.. 👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻

      Delete

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...