Terbaru/News

Pelancaran direct flight dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc, Vietnam. JOM TRAVEL!

 AirAsia terus mengukuhkan hubungan Asean dengan pelancaran laluan baharu terus dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Phu Quoc, Vietnam. Penerbangan empat kali seminggu tersebut akan bermula pada 2 November 2018.




Phu Quoc merupakan pulau terbesar di Vietnam yang mempunyai pelbagai landskap menakjubkan seperti hutan hijau, pantai yang jernih dan gunung-ganang.





Ketua Komersial AirAsia Malaysia Spencer Lee berkata, “Kami berbesar hati kerana menjadi syarikat penerbangan pertama yang melancarkan laluan terus dari Kuala Lumpur ke salah satu permata tersembunyi Asean, Phu Quoc. Sebagai syarikat penerbangan Asean, kami komited untuk membawa lebih ramai pelawat ke rantau ini. Para tetamu kami kini boleh terbang terus ke Phu Quoc melalui Kuala Lumpur dari 20 buah bandar di 10 buah negara, termasuklah China, India, Australia, Indonesia, Jepun, Korea, Filipina, Thailand, Singapura dan Malaysia. Para pelancong dari semua negara juga boleh melawat Phu Quoc dengan pengecualian visa sehingga 30 hari, menjadikan pulau ini lebih mudah untuk dilawati.




“Kami juga berharap untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Phu Quoc melalui rangkaian yang luas dan harap dapat bekerjasama dengan kerajaan tempatan bagi membangunkan Phu Quoc untuk menjadi sebuah destinasi pelancongan bertaraf dunia.”


AirAsia kini menawarkan tambang istimewa termasuk semua dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc daripada RM90*. Tambang ini tersedia untuk tempahan di airasia.com dan aplikasi AirAsia bermula 8 Ogos hingga 19 Ogos 2018 untuk tempoh perjalanan antara 2 November 2018 dan 29 Mac 2019. Ahli BigPay boleh menikmati caj pemprosesan sifar apabila mereka membayar menggunakan kad BigPay. Selain itu, ahli BIG juga boleh menebus penerbangan sehala dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc dengan hanya 100 Mata Ganjaran BIG (tambang asas sahaja).



Phu Quoc menandakan laluan unik ke-59 AirAsia Malaysia dan laluan kelima ke Vietnam. Selain Phu Quoc, AirAsia juga terbang ke empat destinasi lain di Vietnam termasuk Bandar Ho Chi Minh, Da Nang, Hanoi dan Nha Trang dari Malaysia.



Pelbagai tarikan menanti di Phu Quoc termasuklah pantai sepanjang 150 km serta tiga kawasan utama di daerah tersebut iaitu pulau Phu Quoc, Hon Thom dan An Thoi. Ia adalah pulau terbesar di Vietnam yang merupakan sebahagian daripada Wilayah Kien Giang yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai Rizab Biosfera Dunia pada tahun 2006.

Selain itu, terdapat banyak lagi pantai yang indah seperti Pantai Long Beach, Ong Lang, Ganh Dau, dan Starfish, yang menawarkan pemandangan matahari terbenam dan air jernih yang mempesonakan. Antara aktiviti lain yang harus diikuti adalah meneroka pulau-pulau; melawat Kampung Ham Ninh untuk melihat kampung nelayan tempatan; Air Terjun Suoi Tranh yang dikelilingi kawasan hijau, gua dan kolam batu; menikmati makanan laut segar dan hidangan tempatan Vietnam di Pasar Malam Dinh Cau; dan banyak lagi.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).



*Promosi tambang termasuk semua yang tercatat adalah untuk perjalanan sehala sahaja. Tambang yang dipaparkan hanya untuk Ahli BIG sahaja. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Jadual Penerbangan untuk Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) – Phu Quoc, Vietnam (PQC):



No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...