Teater Tanah Akhirku | Bulan Kemerdekaan, Istana Budaya
Teater Tanah Akhirku .
Sidang Media bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur .
Menampilkan Aeril Zafril sebagai Tengku Khalis di bawah arahan 2 lelaki berjiwa besar. .
Setelah mengumumkan pementasan Teater "Tanah Akhirku" akan berlangsung pada 28 Ogos hingga 2 September ini bersempena bulan kemerdekaan, kali ini produksi ini tampil dgn pengumuman kedua.
Setelah berbulan mencari dan menanti jiwa & figura seorang Tengku, akhirnya jodoh watak ini disambut baik oleh@aeril_zafrel yg sebelum ini pernah beraksi di pentas yg sama melalui naskhah berbeza.
.
Menariknya penampilan Aeril kali ini membawakan watak Tengku Khalis akan dibimbing oleh 2 nama yg cukup dikenali ramai di kalangan dunia Iakonan pementasan ‘luar kawasan’ komersial iaitu Naque Ariffn dan Aloeng Silalahi. .
Dua nama ini bergabung membuktikan bahawa mereka punya sentuhan dan cara tersendiri dalam membentangkan naskhah Tanah Akhirku kepada khalayak.
Menurut Aeril Zafril, " Kali ke-2 ke pentas Istana Budaya yg berprestij ini tetap sama rasa teruja berbaur gementar, namun kerana kali ini bersama tenaga kerja anak muda yg berjiwa besar bersama sebuah karya.
Teater karya Amar Amir ini akan menemui penonton pada 28 Ogos hingga 2 Sept 2018 pada jam 8.30 malam. .
Antara pelakon yg terlibat adalah
@meifenlim @ermafatima @izzueisslam@nina.nadira @nave_vj Akmal Ahmad, Alfred Loh, lskandar Zulkanain & Angeline Tan.
Mei Fen Lim pernah mementaskan teater ini sebagai salah sebuah penilaian sewaktu bergelar pelajar tahun akhir Fakulti Teater di Aswara.
.
Cerita tentang penghijrahan awal masyarakat Tiong Hua ke Tanah Melayu dipaparkan dgn teliti melalui naskhah ini.
Tanah Akhirku akan dipersembahkan di dlm bahasa Melayu, Cina dan lnggeris dengan sarikata bahasa.
.
Tiket dengan harga RM40, RM60, RM110, RM150, RM200. RM250 & RM350 boleh dibeli melalui mulai 13 Julai 2018 -
.
Http://airasiaredtix.com ataupun di kaunter Istana Budaya.
No comments
I want you to know how much I value your support.