TMT oleh Thundermatch (TMT), kedai rasmi pasaran onlinenya bersama Shopee Malaysia
TMT oleh Thundermatch Bakal Menggegarkan dengan Pelancaran Mega Berbelanja di Gedung IT Dalam Talian Terbesar di Malaysia dan berpeluang memenangi wang tunai hingga RM100,000
Thunder Match, Gedung IT dalam talian terbesar di Malaysia melancarkan TMT oleh Thundermatch (TMT), kedai rasmi pasaran sosialnya di Shopee hari ini. Sempena meraikan pelancaran ini, TMT mengadakan pertandingan Beli & Menang dari 20 Ogos hingga 19 September 2018 yang membolehkan 9 pembeli tertinggi di gedung TMT Shopee berpeluang memenangi wang tunai berjumlah sehingga RM100,000.
Sebagai platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee dan Thunder Match akan menawarkan Jaminan Harga Terendah (LPG) atas 2,400 produk dari kedai TMT di Shopee yang mempunyai 3,000 produk elektronik. Pengguna Shopee yang mencari gajet elektronik dan kelengkapan permainan seperti komputer riba, skrin monitor, alat dengar, komponen komputer, telefon pintar dan pelbagai lagi pasti teruja dengan ganjaran segera berbentuk baucar RM50 bagi setiap perbelanjaan minimum berjumlah RM1500 dan baucar RM100 bagi setiap pembelian minimum berjumlah RM2500 sepanjang tempoh kempen.
Pelancaran ini sejajar dengan pelan transformasi digital TMT dan strategi jangka panjang untuk mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peruncit IT terbesar di Malaysia tidak kira bagi pasaran dalam talian dan luar talian. Pelancaran TMT di Shopee menjadikan kedai IT tersebut yang terbesar di sebuah platform e-dagang sekaligus kedai Jenama SIS pertama di Shopee Mall.
Jangan lupa untuk meninjau kedai rasmi TMT di Shopee untuk melihat papan tanda dalam talian yang akan dikemaskini dua kali seminggu untuk menyenaraikan 9 pembeli tertinggi yang berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM100,000.
Layari https://shopee.com.my/thundermatch untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Thunder Match dan promosi mereka di Shopee. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA di Apple App Store atau Google Play Store.
Mengenai TMT
TMT (Thunder Match Technology) merupakan peruncit terbesar bagi produk pengguna berasaskan teknologi informasi dan komunikasi dengan 95 cawangan di seluruh negara yang menawarkan pelbagai pilihan komputer, gajet, produk elektronik dan aksesori.
Dalam bulan Julai 2018, Thunder Match Techonology telah dijenamakan semula sebagai TMT sejajar dengan perubahan hala tuju perniagaan dan jenama syarikat tersebut secara keseluruhan. Dengan TMT, syarikat tersebut mensasarkan untuk menjadi pemimpin pasaran yang mendahului transformasi digital dalam pasaran dan menawarkan lebih daripada sekadar komputer kepada pengguna generasi akan datang yang semakin moden dan bijak.
Untuk itu, syarikat tersebut telah menjalani perubahan demi perubahan untuk menawarkan pengguna pelbagai produk gaya hidup berasaskan digital dan dalam masa yang sama, meluaskan rangkaian mereka menerusi usahasama dengan pasaran sosial dalam talian terkemuka untuk menembusi pasaran di dalam dan luar talian.
Mengenai Shopee
Shopee adalah platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Platform ini direka khusus untuk rantau ini, memberikan pengguna pengalaman membeli-belah yang mudah, selamat dan cepat dengan sokongan pembayaran dan logistik yang kukuh.
Shopee akan terus meningkatkan prestasi platformnya dan menjadi destinasi e-Dagang pilihan di rantau ini. Shopee mempunyai pilihan produk yang pelbagai dari kategori seperti elektronik, perkakas rumah, kesihatan & kecantikan, bayi & permainan, fesyen dan peralatan kecergasan.
Shopee, sebuah syarikat Sea, mula dilancarkan di Singapura sejak 2015 dan telah berkembang ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Sea merupakan peneraju dalam industri hiburan digital, eDagang dan perkhidmatan kewangan digital di rantau Asia Tenggara dan Taiwan. Misi Sea adalah untuk menaiktaraf kualiti kehidupan pengguna dan perniagaan kecil menerusi penggunaan teknologi dan telah disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) dengan simbol SE.
No comments
I want you to know how much I value your support.