Terbaru/News

KONVENSYEN MIVAS 2018 BERJAYA MENGUMPULKAN LEBIH 80,000 PENGUNJUNG E-ELEKTRONIK.

KONVENSYEN MIVAS 2018 BERJAYA MENGUMPULKAN LEBIH 40,000 PENGUNJUNG E-ELEKTRONIK.

Kuala Lumpur Buat julung kalinya, 
konvensyen MIVAS 2018 atau Malaysia International Vape Summit 2018 telah berjaya mengumpul lebih 150 usahawan-usahawan vapor seluruh Malaysia yang telah diadakan pada 22-23 September 2018 bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur dari pukul 12 tengahari hingga 10 malam..




Konvensyen selama 2 hari ini yang telah dianjurkan 
oleh OMGFest bersama media vapor pertama di Malaysia iaitu Vape News Malaysia dan dibantu bersama-sama Persatuan Belia Progresif telah berjaya menarik lebih 80,000 pengunjung tempatan termasuk luar negara seperti Indonesia, Thailand, Filpina, UK, USA dan juga dari negara timur tengah.








Konvensyen yang telah dirasmikan penutupan oleh Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, YB. Dr. Afif Bahardin dan Adun Gombak Setia, YB Hilman Idham telah menyatakan Vape atau lebih dikenali dengan panggilan rokok elektronik ini tidak pernah diluluskan sebagai alat untuk perokok untuk berhenti merokok Sehingga 2015, sekitar dua pertiga negara-negara utama dunia telah mengendalikan rokok elektronik ini dibawah beberapa akta dan undang-undang yang sedia ada.




Walaubagaimanapun regulasi penggunaan rokok elektronik dan vape ini berbeza-beza di antara negara-negara dunia dan tiada peraturan melarang penggunanaan rokok elektronik ataupun vape sepenuhnya. Antara negara-negara yang mengharamkan penggunaannya adalah Brazil,Uruguay dan juga Singapura negara jiran kita. Di Kanada pula, secara teknikalnya vape dan rokok elektronik tidak boleh dijual tetapi penguatkuasaan terhadap larangan itu tidak ketat dan produk vape boleh didapati secara umum di Kanada. 



Di Malaysia pula penggunaan dan penjualan vape dan rokok elektronik adalah dibenarkan sama seperti di UK dan juga di US dan Malaysia walaupun penggunaan dan penjualan vape dibenarkan di negara ini ianya masih tertakluk di bawah Akta Racun 1952 di mana cecair nikotin yang dijual dikawal di bawah akta itu. Hanya ahli farmasi yang berlesen saja dibenarkan membekalkan produk nikotin untuk vapers.Tiga kementerian yang bertanggungjawab mengawal selia penggunaan rokok elektronik dan vape ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI).



KPDNKK dipertanggungiawab untuk mengawal selia dan menguatkuasakan Peraturan Standard Keselamatan bagi bateri dan peranti rokok elektronik dan vape di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599). Selain itu, kementerian itu juga akan mengawal selia dan menguatkuasa penandaan maklumat berkaitan pada label peranti dan cecair tanpa nikotin rokok elektronik dan vape melalui akta sedia ada seperti Akta Perihal Dagangan 2011 (Akta 730); Akta 599; Akta Kawalam Harga dan Anti Pencatutan (Akta 723) dan Akta Timbang dan Sukat 1972 (Akta 71).



Aktiviti perlesenan, pengeluaran, pengedaran termasuk import, eksport dan peruncitan peranti serta cecair tanpa nikotin rokok elektronik dan vape di bawah akta baharu akan dikawal selia oleh KPDNK. Kementerian itu juga bertanggungjawab mengawal selia penjualan promosi dan pelabelan yang berkaitan dengan kesihatan bagi cecair tanpa nikotin rokok elektronik dan vape selain larangan merokok termasuk larangan penggunaannya bagi orang di bawah umur.



Adalah penting pengusaha vape supaya mematuhi undang-undang sedia ada dan juga mendapatkan kelulusan ujian verifikasi daripada SIRIM serta memberi jaminan bahawa barangan berkenaan selamat untuk digunakan sebelum diedar atau dijual kepada pengguna.



Di negara kita industri vape telah bermula sejak tahun 2009 dan ia telah berkembang dengan pesat sehingga Malaysia kini terkenal sebagai pengeluar no.3 e-jus terbaik di dunia. Malah industri ini telah melahirkan ribuan usahawan-usahawan muda tempatan malah antaranya sudah bergelar jutawan.



Konvensyen MIVAS 2018 telah berjaya menarik ramai pemain besar industri ini seperti penaja utama dari Vape Empire yang telah dinobatkan sebagai syarikat vapor terbaik di seluruh asia dimana mereka juga adalah pemain besar yang banyak membantu usahawan vapor dan juga persatuan seperti Persatuan Peruncit Rokok Elektrik Malaysia (MRECA) dalam menaikkan industri vapor di Malaysia. 





Antara jenama-jenama besar lain yang bersama-sama di dalam konvensyen ini adalah seperti Vaporboy, Gadget Union,Vape 69 dan ramai lagi yang telah banyak menaikkan jenama-jenama e-jus Malaysia keseluruh dunia dan dengan MIVAS 2018 ini juga diharap dapat membantu lebih kepada industri vapour dimana ia dapat menolong usahawan-usahawan vapour terutamanya di Malaysia untuk mempromosi dan mengembangkan jenama produk mereka keseluruh Malaysia malah dunia.



Dengan adanya juga konvensyen seperti ini juga berharap inisiatif ini juga dapat membantu dalam membina kesedaran jenama produk (brand awareness) serta menjadi platform terbaik untuk usahawan-ushawan vapour untuk bergerak lebih jauh dindustri ini.





Pelbagai jenis bau dan rasa yang terdapat di sini dan para pengunjung dapat merasa sample yang ada untuk membeli. Pengunjung juga berpeluang menemui beberapa artis kesayangan mereka dyang turut serta memeriahkan Mivas 2018.













Sebahagian daripada hadiah untuk pengunjung yang hadir turut di berikan kepada mereka. Beberapa pertandingan turut juga di adakan bagi memeriahkan suasana yang menarik.








Menjadi harapan semua usahawab-usahawan agar MIVAS 2018 dapat menjadi HUB utama di Asia untuk mengembangkan rangkaian (networking) serta menaikkan nama Malaysia sebagai pengeluar e-jus terbaik dan berkualiti di dunia. 


FB : @mivas
Ig : @official.mivas
#mivas2018 


#vape #vapelife #vapedaily #vapepics #vapelifestyle #vapecommunity #vapeon #vapefam #vapefamily #vaporlife #vapour #vmog #vapemalaysia #vapeindonesia #vapeuk #vapejuice #vapetricks #worldwidevapers #ejuice #vapekualalumpur #vapeshahalam #omgvapefest #vapekl #vapenoob #callingforvendor#vapenation #vapemalaya #vaper #vapershouts

No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...