Chicken Cheesy Bite Baru Yang Pasti Terangkat dengan 2 Kerak Cili Istimewa
PIZZA HUT BAWA KESERONOKAN DENGAN CHICKEN CHEESY BITES BARU.
“Letupan rasa tersembunyi” mengeratkan hubungan dengan pengalaman yang lebih lazat dan menyeronokkan
Pizza Hut Malaysia (“Pizza Hut”), rangkaian piza No. 1
Malaysia hari ini kembali dengan piza kegemaran ramai, Chicken Cheesy Bites. Bersama dengan letupan rasa yang tak dijangka, ia pasti menambah keseronokan semasa makan bersama keluarga dan rakan – rakan.
Tersembunyi di antara 18 cheesy bites adalah dua gigitan limpahan keju berperisa cili yang pasti memberi letupan rasa kepada pemakannya! Bertujuan menjadikan Chicken Cheesy Bites sesuatu yang menyeronokkan, Pizza Hut akan menyediakan prop istimewa bagi pelanggan yang bermain permainan “Siapa Kena the Spicy Bites” bersama keluarga dan rakan – rakan seterusnya mengabadikan pengalaman seronok ini di media sosial. Bukan itu sahaja, bagi kelainan rasa, Pizza Hut juga bakal memperkenalkan dua letupan masam di antara 18 bites pada bulan hadapan.
Sebagai tambahan kepada 18 cheesy bites yang dipenuhi dengan limpahan keju cheddar dan mozarella (dan dua gigitan cili pedas), Chicken Cheesy Bites juga didatangkan dengan lapisan sos salsa tomato, ditabur dengan isi ayam carik, bebola ayam serta keju.
Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekuti, Bahagian Restoran QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata, “Setelah hampir 36 tahun menyajikan piza lazat kepada pelanggan, kami lihat mereka teruja apabila disajikan makanan baru yang melangkaui bahan yang digunakan tetapi ditambah dengan pengalaman yang menyeronokkan. Chicken Cheesy Bites baru kami diinspirasikan daripada pengalaman kanak – kanak Malaysia yang menjadikan gurauan sebagai cara berinteraksi dan berseronok dengan sesama lain.
“Kami mewujudkan semula keseronokan ini dengan memberi pelanggan peluang untuk berseronok dengan sesama sendiri dan kena dengan Chicken Cheesy Bites yang dipenuhi rasa letupan mengejut, sekaligus mengeratkan hubungan persahabatan dan berseronok dengan sesama lain. Apa lagi cara yang paling bagus sempena pelancaran piza baru kami adalah bersama barisan pelakon GOL & GINCU Vol.2 – sebuah filem yang sinonim dengan persahabatan!”
Kerjasama Pizza Hut bersama GOL & GINCU Vol.2 adalah bersempena pelancaran Chicken Cheesy Bites baru serta penayangan filem ini pada 25 Oktober. Kolaborasi ini akan turut
melibatkan beberapa kempen serta aktiviti – aktiviti yang bakal menambahkan keriangan dan menjadi platform bagi rakyat untuk menemui semula ikatan hubungan menerusi pengalaman
menyeronokkan.
GOL & GINCU Vol. 2: Membawa Persahabatan ke Realiti
Hadir di majlis pelancaran adalah krew GOL & GINCU Vol.2 yang menampilkan Diana Danielle, Aedy Ashraf dan Jad Hidhir yang bukan sahaja mendemonstrasikan cara menikmati Chicken Cheesy Bites baru, malah mereka bermain dan bergurau sesama sendiri dengan gigitan cili sambil mempamerkan masa riang bersama.
Mari pastikan semua kena!
Bagi menjadikan pengalaman ini lebih luar biasa, Pizza Hut ingin memastikan pelanggan bukan hanya ‘kena’ gigitan cili atau masam, tetapi juga ‘kena’ hadiah yang menakjubkan. Jaminan hadiah sehingga RM 6 juta bakal diberikan kepada pelanggan dengan setiap pembelian Chicken Cheesy Bites sebagai sebahagian dari peraduan “Siapa Kena”. Ia tertakluk kepada pelanggan
yang makan di restoran, bawa pulang dan bagi penghantaran pesanan.
Hadiah yang ditawarkan termasuklah:
● 35 hadiah wang tunai (5 x RM10,000 dan 30 x RM1,000)
● Baucar Pizza Hut (Spageti Creamy Carbonara, Spageti Meatball Bolognese, Deli Wings
(Kepak Ayam), Piza Pan, Minuman Ringan dan Roti Bawang Putih)
● 50 x Barangan Istimewa GOL & GINCU Vol. 2
Piza Chicken Chessy Bites baru kini boleh didapati di semua cawangan Pizza Hut bagi pilihan makan di restoran, penghantaran dan bawa pulang dari 1 Oktober sehingga Disember 2018.
Untuk merasai sendiri letupan Chilli Bites dan untuk menyertai peraduan “Siapa Kena”, layari
www.pizzahut.com.my/en/chickencheesybites.
No comments
I want you to know how much I value your support.