Tulus Kembali Gamatkan Peminat Di Istana Budaya
AURA TULUS CUKUP MEMBUATKAN PEMINAT TIDAK SABAR LAGI ALBUM SETERUSNYA.
Penampilan sulung Tulus di Istana Budaya semalam (18 September) benar benar mendapat sambutan diluar jangka dari peminat-peminat aliran muziknya di Malaysia.
Konsert yang berlansung selama 1 jam 30 minit itu benar benar memukau semua penonton yang hadir bagi menyaksikan konsert Tulus Live At Istana Budaya yang julung kali diadakan di Malaysia.
Membuka pentas seawal jam 9 malam, Tulus memulakan persembahan beliau dengan menyampaikan lagu ‘Baru’ dipetik dari album keduanya, Gajah (2014), diikuti Kisah Sebentar dari album sulungnya, Tulus (2011) dan ‘Tukar Jiwa’ dari album ketiga Monokrom (2016). Momentum persembahan Tulus diteruskan lagi dengan dendangan rangkaian 12 lagu yang diambil dari ketiga-tiga albumnya termasuk single terbaharu yang baru lancarkan Ogos lalu.
Rata-rata penonton yang hadir begitu teruja bukan sekadar dapat menonton malah turut sama berduet dan bergoyang dansa bersama-sama Tulus di sepanjang konsert berlansung.
Tulus juga turut merasakan keterujaannya apabila hampir keseluruhan penonton menghafal kesemua lirik lagu yang disampaikan. Lebih manis baginya apabila single baharu beliau “Libirin” yang baru 3 minggu dilancarkan, turut dinyanyikan bersama oleh peminat-peminatnya. “Secara keseluruhan dari aspek teknikal saya amat berpuas hati kerna semuanya berjalan lancar, secara anergi pula sejujurnya ekspaktasi saya tidak sebesar ini walaupun saya diberitahu jualan tiketnya habis. Itupun melalui teman teman lewat sosial media. Akan tetapi energi yang diterima pada malam ini sememangnya diluar jangka”. Ujar Tulus sewaktu ditanyakan wakil media selepas selesai persembahannya semalam.
Konsert Tulus Live at Istana Budaya semalam yang dibawakan oleh Shiraz Projects, turut dihadiri artis-artis tempatan seperti Dato Sri Siti Nurhaliza dan suami, Dato’ Afdlin Shauki, Misha Omar, Nabila Huda, Sherry Al-Hadad, Dayah Bakar serta ramai lagi sebagai tanda sokongan.
No comments
I want you to know how much I value your support.