Terbaru/News

AirAsia BIG lancar BIG Xchange, platform penukaran mata ganjaran penerbangan pertama di dunia

AirAsia BIG lancar BIG Xchange, platform penukaran mata ganjaran penerbangan pertama di dunia.


Kenyataan Gambar: (Tiga dari kiri) Ketua Kad Kredit & Pengguna Citi Malaysia, Federico Grigera, Ketua Perniagaan Pengguna Citi Malaysia Elaine Fan, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia BIG Loyalty Sereen Teoh dan Ketua Pegawai Komersial AirAsia BIG Loyalty Victor Kaw di pelancaran AirAsia BIG Xchange hari ini.

AirAsia BIG Loyalty hari ini melancarkan BIG Xchange, platform penukaran mata ganjaran penerbangan pertama di dunia, untuk Ahli BIG menukar Mata Ganjaran BIG dan mata ganjaran daripada rakan niaga terpilih dengan mudah dan segera.




Bermula 25 September 2018, Ahli BIG boleh menghubungkan akaun program kesetiaan mereka dengan rakan niaga yang mengambil bahagian melalui BIG Xchange - yang tersedia di aplikasi mudah alih AirAsia BIG Loyalty - menjadikannya lebih mudah untuk menukar Mata Ganjaran BIG dalam satu platform. 




Dengan rakan niaga pertamanya Citi Malaysia di platform BIG Xchange, pemegang kad kredit Citi kini boleh menukar mata ganjaran Citi Rewards atau PremierMiles ke Mata Ganjaran BIG dan nikmati Promosi Final Call bulanan dengan diskaun tambang sehingga 90 peratus yang eksklusif untuk ahli sahaja. Kerjasama ini juga bakal disertai oleh Citi Thailand, serta beberapa rakan niaga lain yang mempunyai program kesetiaan dalam beberapa bulan yang akan datang.




Sempena pelancaran BIG Xchange, pemegang kad kredit Citi yang menukar Mata Ganjaran Citi atau PremierMiles ke Mata Ganjaran BIG akan mendapat bonus 50 peratus daripada Mata Ganjaran BIG bermula 25 September hingga 15 Oktober 2018 dan seterusnya bonus 30 peratus hingga akhir tahun ini. Di samping itu, pemegang kad kredit Citi yang mendaftar kad mereka di platform BIG Xchange dalam tempoh promosi ini akan menerima ganjaran berupa 200 Mata Ganjaran BIG untuk satu kad kredit Citi.







Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia BIG Loyalty Sereen Teoh berkata, “Penukaran mata ganjaran adalah cara terpantas untuk Ahli BIG mengumpul mata ganjaran mereka. Dengan membenarkan para ahli untuk menukar mata ganjaran antara Program Kesetiaan BIG dan rakan niaga kami, mereka mempunyai lebih banyak kebebasan untuk membelanjakan mata ganjaran mereka, tanpa mengira dari mana ia diperolehi.”



Ketua Perniagaan Pengguna Citi Malaysia Elaine Fan berkata, “Citi adalah rakan pertama AirAsia dalam platform digital inovatif untuk pemegang kad kredit dan kerjasama ini meletakkan Citi di barisan hadapan dalam melaksanakan inovasi strategi perhubungan pelanggan melalui pendigitalan. Citi dan AirAsia mempunyai semangat yang sama untuk terus maju. 

Revolusi digital kini mengubah keutamaan pengguna dan interaksi perniagaan. Justeru, kami teruja untuk melihat keutamaan pengguna yang lebih luas terutamanya di kalangan generasi Millennial yang semakin meningkat bagi kategori penyelesaian dan perkhidmatan kewangan digital. Citi merupakan peneraju utama bagi bank digital global dan memanfaatkan kelebihan hubungan global, kerjasama dalam bidang e-dagang dan kuasa keupayaan digitalnya untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik.”





Kini, rakan dalam kategori kewangan BIG Loyalty termasuklah Maybank, Public Bank, UOB, CIMB, Standard Chartered Bank di Malaysia, Citi Thailand dan KBank Thailand di Thailand, serta Bank Negara Indonesia dan Bank Central Asia di Indonesia dan banyak lagi.

AirAsia BIG Loyalty juga telah mencapai 20 juta ahli, dan untuk meraikannya, BIG Loyalty menawarkan sejumlah 20 juta Mata Ganjaran BIG untuk ahli yang paling aktif bermula 1 September hingga 30 November 2018 sebagai sebahagian daripada peraduan #WeAre20MilBIG.

Ahli BIG yang mengumpul, menebus dan menukar mata ganjaran terbanyak dalam tempoh ini akan berpeluang untuk memenangi 20,000 Mata Ganjaran BIG setiap minggu, dan hadiah utama berupa 200,000 Mata Ganjaran BIG pada akhir bulan ketiga. Ahli BIG yang menukar Mata Ganjaran BIG terbanyak daripada kad kredit atau rakan niaga yang mengambil bahagian juga berpeluang untuk memenangi 50,000 Mata Ganjaran BIG semasa kempen ini.


 

Ahli AirAsia BIG boleh mengambil bahagian dengan mengumpul Mata Ganjaran BIG daripada penerbangan terpilih AirAsia, BigPay atau di lebih 160 rakan niaga di 6 pasaran utama di Asia Pasifik, atau dengan menukar mata ganjaran dari bank dan rakan niaga yang lain. Para ahli juga boleh menebus penerbangan AirAsia, penginapan hotel dan aktiviti pelancongan yang menarik untuk meningkatkan peluang mereka untuk menang. 

Maklumat lanjut boleh didapati di 
www.airasiabig.com.

Follow AirAsia BIG on 
Facebook, Twitter dan Instagram.

No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...