Terbaru/News

Maybank QRPay bakal dilancarkan di restoran KFC seluruh negara

Maybank QRPay bakal dilancarkan di restoran KFC seluruh negara. Rintis aspirasi transaksi tanpa tunai negara.

Maybank dan KFC Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama bagi menyediakan pembayaran menggunakan Maybank QRPay di restoran KFC, sekaligus menjadikan jenama tersebut sebagai rangkaian restoran terbesar di Malaysia yang menawarkan kemudahan pembayaran menggunakan kod QR menerusi aplikasi Maybank. 








Kerjasama berkenaan telah dilancarkan oleh Presiden Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Abdul Farid Alias bersama Pengarah Urusan OSR Brands, Dato' Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil di dalam sebuah majlis istimewa yang diadakan di KFC The Curve, Petaling Jaya. Turut hadir di dalam majlis berkenaan adalah Dato' Kamaruzzaman Abu Kassim, Presiden & Ketua Eksekutif Johor Corporation merangkap Pengerusi QSR Brands serta Dato' John Chong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Perkhidmatan Kewangan Komuniti Maybank.

Sistem pembayaran digital ini telah dilancarkan di 11 buah restoran KFC iaitu KFC Puduraya, Pavilion 2, Bukit Bintang, KL Sentral, Mid Valley Megamall, KLIA2 Arrival dan Departure, Sunway Pyramid, Shah Alam Section 7, The Curve dan VSQ. lanya bakal disediakan di semua titik jualan KFC seluruh negara menjelang suku pertama 2019.

Dengan perkhidmatan terbaru ini, pelanggan yang menggunakan Maybank QRPay di restoran KFC akan meníkmati kemudahan membuat pembayaran dengan hanya membuka ciri QRPay di dalam aplikasi Maybank. Pelanggan kemudian perlu memilih fungsi "Bayar untuk menghasilkan kod QR pada telefon bimbit mereka untuk diimbas oleh pengimbas terminal kad pada titik jualan. Jumlah pembelian kemudiannya didebitkan dari akaun deposit pelanggan sebelum transaksi selesai. 




Selain kemudahan yang dinikmati oleh para pelanggan, servis terbaharu ini turut menjanjikan peningkatan kecekapan buat peniaga runcit kerana transaksi QRPay diintegrasikan ke dalam titik jualan mesin daftar tunai bagi memberikan peniaga butiran lengkap daripada setiap pembayaran. 

Maybank merupakan bank pertama di Malaysia untuk menawarkan kemudahan pembayaran tanpa tunai melalui kod QR apabila perkhidmatan ini diperkenalkan pada Januari tahun iní. Setakat ini, Maybank telah mengumpul lebih daripada 160,000 peniaga yang menawarkarn pilihan pembayaran ini, yang terdiri daripada peniaga kecil, cawangan restoran, serta peniaga runcit dan pusat kecantikan. 

Di bawah kerjasama dengan KFC Malaysia ini juga, platform Maybank akan menyediakan keupayaan pembayaran QR melalui Alipay dan WeChat, dengan tujuan utama untuk membolehkan pelawat dari China membuat bayaran dengan lancar di outlet KFC di Malaysia.

No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...