OUR SANRIO TIMES DI KUALA LUMPUR PAMERAN TERBESAR DAN EKSKLUSIF HELLO KITTY SERTA WATAK SANRIO DI ASIA TENGGARA.
OUR SANRIO TIMES DI KUALA LUMPUR PAMERAN TERBESAR DAN EKSKLUSIF HELLO KITTY SERTA WATAK SANRIO DI ASIA TENGGARA.
Menampilkan lebih 300 barangan vintaj berharga yang mengamit memori sepanjang zaman.
Diasaskan pada tahun 1960, Sanrio telah mencipta lebih 400 watak comell dengan Hello Kitty menjadi watak paling menyerlah. Sejak berdekad-dekad lamanya, watak ciptaan Sanrio telah memainkan peranan penting ketika zaman kita membesar dan akan terus melakukannya.
\
Mendapat lesen daripada SANRIO dan dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO, Hello Kitty dan rakan-rakan akan datang ke Malaysia untuk Pameran Our Sanrio Times Kuala Lumpur di Dewan 5, Tingkat 5, Quill City Mall Kuala Lumpur dari 24 Novenber 2018 hingga 6 Januari 2019, 11 pagi hingga 9 malam setiap haril Pameran sebesar 1,500 meter persegi menampilkan 13 zon bertemakan Sanrio ini membolehkan pengunjung melihat secara dekat dan merakam foto 100 daripada 400 watak comel berwarna-warni yang menawarkan pengalaman visual menakjubkan.
Pameran terbesar seumpamanya di Malaysia dan Asia Tonggara inl dianjurkan solama tujuh minggu merentasi cuti sekolah, Krismas serta Tahun Baru. la bukan saja menjadi tarikan untuk keluarga dan kanak kanak, malah buat mereka yang berjiwa muda untuk mengimbau kenangan lalu pada masa sama mencipta pengalaman baru.
13 Zon Kenangan dengan 4 Sorotan Istimewa.
Tumpuan utama pameran ini ialah SANRIO VILLAGE di mana 100 watak dari keluarga Sanrio akan berkumpul di sini, termasuk kereta api mainan Sanrio yang sangat nostalgia. Kampung ini dimodelkan berdasarkan Gift Gate di Gotanda, Tokyo yang dibuka pada tahun 1970. Tarikan kedua ialah replika dompet syiling Hello Kitty laitu barangan pertama ciptaan Sanrio yang dipamerkan buat julung kalinya di Malaysia.
Dengan sokongan Sanrio di Hong Kong dan Jepun lebih 300 edisi terhad dan barangan Sanrio vintaj yang jarang ditemul akan dipamerkan di pameran ini. Selain itu, barisan pereka Sanrio Japan akan berada di pameran ini untuk mencipta lakaran eksklusif 9 watak Sanrio terkenal. Peminat Sanrio juga berpeluang belajar untuk melukis watak kegemaran melalui tutorial satu persatu ditunjukkan oleh peroka. Ini akarn menjadi medan pengunjung mencipta semula watak kegemaran masing-masing.
The Plushy World -
Ruangan paling sesuai untuk aksi Instagram di bandar Selain semua itu, pengunjung berpeluang melihat sendiri Hello Kitty gergasi berketinggian 3.5 meter dan lebih 2,000 boneka mewah di dalam sebuah terowong. Pameran ini akan membawa pengunjung dalam sebuah perjalanan merentasi zon tema berbeza termasuk 'Sanio Time Tunnel' yang membawa pengunjung mengenang semula semua watak klasik Sanrio yang dicipta saban tahun; 'Paper Doll Fun' mengingatkan masa yang menyeronokkan untuk memberi sentuhan fesyen pada anak patung.
'Vintage Stationary House pula memaparkan pelbagai alat tulis klasik Sanrio, manakala 'Strawberry Newsroom membenarkan peminat melayari isu eksklusif majalah bulanan Sanrio iaitu Strawberry News. Di 'Strawberry Office', anda boleh menjumpai banyak rahsia Strawberry King.
Pengunjung juga boleh menjadi penghias muka depan majalah Strawberry News di Strawberry Studio! Dianjurkan di ibu negara Malaysia, pemandangan ikonik Kuala Lumpur akan dipaparkan pada pameran ini bagi menonjolkan sentuhan tempatan.
Tiket Our Sanrio Times Kuala Lumpur berharga: Pembelian awal (dari 30 Oktober hingga 20 November 2018): RM25 Warganegara Malaysia: RM33 . Tiket istimewa untuk OKU dan warga emas (dari 21 November 2018 hingga 6 Januari 2019): RM20 . Tiket bukan warganegara Malaysia: RM60 :Kanak-kanak yang ketinggiannya 90cm atau ke atas dikenakan bayaran untuk kemasukan. "Semua harga tiket adalah tidak termasuk RM2 yuran pemprosesan. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Pameran Our Sanrio Times Kuala Lumpur mendapat
lesen daripada SANRIO, dianjurkan oleh ALATA EVENTS dan MACEXPO dengan QUILL CITY MALL KUALA LUMPUR sebagai Lokasi Rasmi, REDBERRY MEDIA GROUP dan NEWAY & CEO KARAOKE BOX sebagai Rakan Promosi.
Tiket boleh didapati menerusi www.ticketcharge.com.my atau di talian +603 9222 8811.
Untuk maklumat lanjut,
layari www.oursanriotimes.my
www.facebook.com/oursanriotimes
Instagram : oursanriotimes.malaysia.
No comments
I want you to know how much I value your support.