PAK JOHN STEAMBOAT DI IOI CITY MALL PUTRAJAYA HIDANGAN TERBAIK
Pak John IOI City Mall Putrajaya yang mempunyai lebih 160 menu panggang dan rebus menjadi pilihan kami pada kali ini. Restoran pak John IOI City Mall Putrajaya terletak di pusat membeli-belah IOI City Mall yang terbesar di Malaysia.
Pak John IOI City Mall Putrajaya ini merupakan cawangan kedua pak John steamboat dan BBQ yang beroperasi di Malaysia.
Dekorasi dan susunan tempat makan yang cantik dan kemas membuatkan pengunjung rasa selesa untuk menikmati lebih 100 menu yang ditawarkan di sini.
Susunan kemas dan menarik menu-menu membuatkan pengunjung tak sabar untuk memasak makanan mereka sendiri. Hidangan makanan laut yang segar bersama ais batu disusun kemas bersebelahan dengan sayur-sayuran.
Ada peminat yong tau fu terdapat pelbagai pilihan yang menarik termasuklah cendawan, sayur-sayuran dan juga makanan yang digoreng. Juga mi ramen dan mee Jepun untuk anda cuba merasainya sendiri.
Selain daripada anda boleh merebus atau memanggang ayam daging makanan laut sayur dan lain-lain terdapat juga menu lain yang telah siap di masak.
Pelbagai Jenis Sayur-sayuran
Abalone slice New Zealand, lamb slice Australia, beef slice dan Smoke Duck breast Premium item ini memang terbaik dan sangat sedap lembut untuk anda rasai.
Terdapat terdapat juga hidangan pemanis mulut seperti buah-buahan kek cendol ais kacang dim sum waffle dan aiskrim serta minuman yang menarik. Kebersihan kedai juga sentiasa dijaga dan jalinan mesra oleh pekerja-pekerja yang pantas dan membantu.
Pelanggan di ingatkan agar tidak membazir makanan denda akan di kenakan jika berlakunya pembaziran.
Pada pendapat kami harga mereka sangatlah berbaloi untuk anda nikmati bersama seisi keluarga. Sebarang maklumat dan tempahan boleh layari laman web
Pak John IOI City Mall Putrajaya
Web : http://www.pakjohn.com
Facebook : www.facebook.com/pakjohnioicitymall/
Pak John Steamboat
Lot GE-11, Ground Floor,
IOI City Mall Putrajaya
Putrajaya
03-8957 1128
No comments
I want you to know how much I value your support.