Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018 Bersama Pusat Pungutan Zakat Yang Meriah
Hujung minggu anda boleh mengunjungi dan datang beramai-ramai ke Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018 di perkarangan Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju. Meriah dengan jualan, kaunter-kaunter informasi, gerai makanan dan mainan. Karnival YEZ ni diadakan pada 1 & 2 Disember 2018 dari jam 9 pagi hingga 9 malam.
Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menganjurkan Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018. la merupakan satu usaha mempromosikan dakwah zakat dengan lebih meluas di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan agar ia dapat meningkatkan prospek pembayar zakat dan secara tidak langsung meningkatkan kutipan zakat.
Selain itu, ia juga bagi mendekatkan umum tentang kewajjpan berzakat terutamanya tentang zakat harta dan juga sebagai satu landasan kecemerlangan diri umat Islam kepada penghayatan agama dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang disediakan oleh pihak PPZ- MAIWP.
Aktiviti sokongan seperti Karnival YEZ 2018 ini amat perlu dilaksanakan agar ia dapat menarik lebih ramai golongan masyarakat Islam dalam pelbagai lapisan umur dan jantina Pelbagai aktiviti untuk pelbagai lapisan umur dari kanak-kanak hingga ke dewasa. Terdapat 90 booth menarik yang boleh didapati di Karnival YEZ termasuklah booth jualan dari asnaf dan lain-lain lagi adalah aktiviti memanah. pertandingan azan dan pertandingan Masterchef bersama Chef Zubir.
Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali
Perasmian Bulan YEZ 2018 ini dilaksanakan oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali, Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff serta penaja Jom Sertai Kempen Skim Thohir 2018 dan Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my
LIGA QURAN
Ahli Panel 1: PU Rahmat
Ahli Panel 2: Ust Tarmizi Abdul Rahman
Moderator: Man Raja Lawak.
Bagi menarik minat kanak-kanak pula, antara aktivitinya adalah Didi & Friends, Maskot Omar & Hana dan pertandingan mewarna. Antara selebriti-selebriti jemputan yang akarn menyerikan karnival ini adalah Hijaz, Raihan, Ustaz Wan Akasyah dan Ustazah Dato Siti Nor Bahyah, PU Amin, PU Idris dan ramai lagi.
Pihak PPZ-MAIWP menyasarkan seramai 10,000 orang yang akan hadir ke Karnival YEZ 2018 yang dianjurkan. Fokus utama adalah penduduk yang tinggal di sekitar Wangsa Maju, Gombak, Setiawangsa, Keramat dan sekitar kawasan yang lain.
Bersempena karnival juga, PPZ-MAIWP melancarkan Bulan YEZ 2018 dan pengumuman pemenang bagi Jom Sertai Skim Thohir 2018 (Julai - Oktober) yang ditaja oleh Five Estec Travel Services Sdn. Bhd. dan Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my (Ogos -Oktober 2018) yang ditaja oleh SeriGroup Global Sdn. Bhd.
Para pengunjung yang hadir akan menerima cenderhati berupa calendar PPZ 2019 (selagi stok masih ada) juga berpeluang memenangi cabutan bertuah Utama bernilai RM2500 dan 37 cabutan bertuah bernilai RM7500. Jom ramai-ramai kita hadir bersama rakan dan seisi keluarga memeriahkan Karnizal Yez ini. Jumpa anda di sana!m
Maklumat lanjut mengenai aktiviti YEZ 2018,
anda boleh layari:
Facebook
Instagram
#PPZMAIWP #ZakatAkhirTahun #YearEndZakat.
TALIAN ZAKAT: 1 300 88 5757
No comments
I want you to know how much I value your support.