Terbaru/News

2 Tempat menarik di KAOHSIUNG, TAIWAN yang harus anda lawati.

Penerbangan mengambil masa selama empat jam setengah dari Kuala lumpur ke Kaohsiung International Airport, Taiwan. Kali ini kita akan menjelajahi bahagian pesisiran pantai Timur Taiwan. Antara tempat menarik  dan makanan halal yang ingin kami kongsikan adalah di Kaohsiung, Taitung, Hualien dan Yilan.


Kaohsiung Airport terletak di selatan Taiwan jadi untuk menuju ke pantai timur Taiwan kami menaiki keretapi menuju ke Taitung. Untuk perjalanan muslim friendly travel kali ini akan kami kongsikan kepada anda apa yang menarik dan popular menjadi yang tarikan tumpuan pelancong ke sini.


Sebelum ke Taitung menaiki keretapi kami singgah di Restaurant Jawawa salah satu kedai masakan halal dari indonesia di sini.






Selain daripada makanan Indonesia yang terdapat di sini untuk anda cuba jangan lupa merasai gula-gula asam jawa dan durian.

Alamat:
No. 168, Minghua 1st Rd ., Zuoying Dist., Kaohsiung City 813, Taiwan
Tel : 07-5509889 HP : 0921238282


2. Masjid Kaohsiung.

Sebelum ke Taitung kami singgah ke Masjid Kaohsiung iaitu masjid ke 2 selepas Masjid Agung Taipei di Taiwan. Masjid ini di bina pada tahun 1949 dan di perbesarkan lagi pada tahun 1992.



Masjid ini berdekatan dengan MRT Weiwuying Station dan hanya 10minit berjalan kaki. Jangan lupa singgah ke restaurant halal di sebelah masjid.

Alamat:
No. 11, Jianjun Road, Yuya District, Kaohsiung City
Tel: 07-7496812
http://www.kh-masjid.org.tw



Antara mural yang anda boleh lihat di sekitar Masjid jika ingin ke Mrt station. Kaohsiung Station menempatkan train mrt dan keretapi. Masih ada proses kerja-kerja pembikinan tetapi tetap nampak cantik dan besar.






Perjalanan ke Taitung menaiki keretapi mengambil masa lebih kurang 3jam dengan tiket NT dollar 351. Anda boleh melihat jadual keretapi di sini.

http://twtraffic.tra.gov.tw/twrail/EN_QuickSearch.aspx


Keindahan alam semulajadi, kebudayaanya atau senibina banggunan mereka yang popular. Taiwan mempunyai lebih dari 16 etnik orang asli yang menjadi daya tarikan pelancong ke sana untuk melihat sendiri keunikan mereka. 

Jom ikuti perjalanan kami #SalamTaiwan dan #HalalTaiwan yang telah saya kongsikan di sosial media Facebook dan Instagram

Boleh follow instagram saya untuk lebih banyak travel tips www.instagram.com/dboy_studio
Boleh juga baca blog di : www.dboystudiomy.com

No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...