Terbaru/News

8 Tempat menarik di TAITUNG, TAIWAN yang harus anda lawati.

Penerbangan mengambil masa selama empat jam setengah dari Kuala lumpur ke Kaohsiung International Airport, Taiwan. Kali ini kita akan menjelajahi bahagian pesisiran pantai Timur Taiwan. Antara tempat menarik  dan makanan halal yang ingin kami kongsikan adalah di Kaohsiung, Taitung, Hualien dan Yilan.





Kaohsiung Airport terletak di selatan Taiwan jadi untuk menuju ke pantai timur Taiwan kami menaiki keretapi menuju ke Taitung. Untuk perjalanan muslim friendly travel kali ini akan kami kongsikan kepada anda apa yang menarik dan popular menjadi yang tarikan tumpuan pelancong ke sini.

Taitung City ( Taitung Station. )

Kami tiba telah malam dan melihat sendiri Taitung station yang besar dan menonjolkan lukisan dan arca dari seni tribe orang asli mereka.






1. Etaiwan Halal Restaurant

Singgah menikmati makan malam setelah tiba di Taitung station dari Kaohsiung. 
Restaurant eTaiwan , Tacos House menjadi pilihan dengan pelbagai hidangan menarik dan menjadi hub halal di sekitar Taitung dan seluruh Taiwan.







Lawati website bagi menjual dan membeli product halal di Taiwan. 


2. Yes Hotel.

Penginapan pertama kami adalah di Yes Hotel yang betul- betul berada di town city Taitung. hotel ini terkenal dengan salad bar dan daging di gantikan dengan makanan laut. 

Hotel muslim friendly tourism. Hotel ini mempunyai bilik muslim friendly dan makanan sarapan halal dengan pilihan pelbagai hidangan menarik.







3. Tiehua Village dan Pasar malam

Artis tempatan, usahawan dan orang asli di tempatkan di sini bagi membudaya seni kreatif buatan tangan dan produk Taitung tempatan.







Sebahagian kedai cenderahati yang menonjolkan tribe orang asli di Taitung. Kesemuanya nampak menarik dari hasil tangan dan lukisan hasil seni budaya mereka.

Cara-cara pengurusan pembuangan sampah mereka di Taiwan. Setiap malam ada jer lagu macam org jual aiskrim tapi sebaliknya adalah lori sampah. Memang terbaik bersih dan tak ada bau pun.




Pelbagi jenis buah-buahan turut di jual dan kesemuanya nampak segar dan sedap. Anda boleh berjalan di sekitar pasar malam dan membeli belah.


4. Taitung Railway Museum.

Sebelum bertolak kami singgah ke kawasan peninggalan keretapi lama yang masih di jaga rapi dan juga muzium keretapi yang terdapat di sini menjadi tarikan para pengunjung.





5. Jialulan.

Kawasan hentian rehat yang mempunyai kawasan padang rumput yang luas menghadap ke Lautan Pasifik, Kawasan rekreasi Jialulan terdapat banyak karya seni kayu sepanjang pantai. Sesuai untuk beriadah dan bergambar untuk instagram anda. Pasti teruja melihat ombak yang memukul pantai.






6. Fushan fisheries resources conservation area.

Memang menarik bagi membuka satu kawasan pelindungan dan penjagaan ikan yang semakin tidak terkawal penangkapannya. Kawasan ini dibuka bagi menjaga kawasan bagi membantu menjaga habitat ikan dan kawasan batu karang.







Pengunjung boleh bermain dan dan memberi makan kepada anak-anak ikan. Bayaran masuk adalah sebanyak NT 40 dan makanan ikan yang di perbuat dari rumpai laut berharga Nt 25.

Alamat:
No.58-1 Shanyuan,13 Lin, Fushan Village,
Beinan Town.


7. East Coast National Scenic Area.

Taiwan mempunyai 16 tribe orang asli yang kesemuanya di beri peluang untuk mempersembahkan bakat kretif dan karya seni mereka. Persembahan Amis tribe ini menjadi daya penarik kebanyakkan pelancong dari Jepun dan Korea yang turut sama-sama menonton.









Antara di sebut adalah persamaan tribe orang asli yang berasal dari tanah selatan atau nusantara. Perkataan dan bahasa hampir sama dengan tribe orang asli Amis ini seperti lima, mata, telinga dan lain-lain. Tiupan Seruling melalui hidung juga terdapat disini yang dikatakan popular di Malaysia.

Alamat:
No. 25, Xincun Road, Xinyi Village, Chenggong Township, Taitung County
https://www.eastcoast-nsa.gov.tw/en


Kawasan hentian rehat bagi perjalanan ke Hualien dari Taitung, Taiwan. Siap ada butang kecemasan dalam setiap bilik air. Penat memandu boleh santai layan cuaca sejuk bayu laut sambil berehat. Memang sesuai juga untuk bersenam dan bergambar.


Perjalanan dari Taitung menuju Hualien melalui laluan tepi pantai dengan pemandangan yang cantik dan ombak yang kuat ketika masa kami ke sini. Terdapat juga kawasan bermain papan luncur laut di kawasan ini.

8. Xingang (New Port).

Jom tengok bagaimana mereka menjual hasil ikan kepada peraih dan peniaga di sekitar new port fish market. Pelbagai jenis ikan yang ada dan segar seperti tuna, tenggiri dan ikan layar.

Struktur ekonomi bandar utama adalah pertanian dan perikanan. Aktiviti ekonomi utama di kawasan itu dikumpulkan di sekitar pelabuhan nelayan xingang. Xingang adalah pelabuhan terbesar di Pantai Timur. Rekabentuk yang menaik seperti sebuah kapal.

Alamat:
No.19, Gangbian Rd., Chenggong Township, Taitung
https://www.eastcoast-nsa.gov.tw/en/attractions/detail/77




Perjalanan di teruskan melalui lebuh raya baru di kawasan Pergunungan Jade yang dapat memendekkan masa perjalanan dan lebih mudah melalui terowong baru.

Gunung Jade akan bersalji ketika musim sejuk di bahagian puncak. Sepanjangan laluan sejauh 16.22km selama 30minit ini anda akan melalui perjalanan di dalam terowong sejauh 2 kilometer. Terowong ini akan mengeluarkan air jika kawasan terowong itu panas.





Sepanjang perjalanan kami melalui laluan lebuhraya No 9 terdapat banyak tanaman bunga canola yang dapat menghasilkan minyak masak. Pemandangan di sini sangat cantik dengan pemandangan gunung dan batuan sungai yang kelihatan ketika musim sejuk. Peminat alam semulajadi pasti teruja!

Taiwan mempunyai lebih dari 16 etnik orang asli yang menjadi daya tarikan pelancong ke sana untuk melihat sendiri keunikan mereka.

Jom ikuti perjalanan kami #SalamTaiwan dan #HalalTaiwan yang telah saya kongsikan di sosial media Facebook dan Instagram.

Boleh follow instagram saya untuk lebih banyak travel tips www.instagram.com/dboy_studio
Boleh juga baca blog di : www.dboystudiomy.com

No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...