Filem Animasi Upin & Ipin, Keris Siamang Tunggal- Untuk tontonan seisi keluarga
Filem Animasi Upin & Ipin, Keris Siamang Tunggal-
Untuk tontonan seisi keluarga.
Kembar animasi no. 1 Malaysia, Upin dan Ipin kembali ke layar perak setelah 10 tahun. Filem terbitan Les' Copaque Production Sdn. Bhd. ini diarah oleh tiga pengarah muda berbakat, Adam Amiruddin (Pengarah siri Upin & Ipin), Syed Nurfaiz Khalid Syed Ibrahim (Pengarah siri Puteri), dan Ahmad Razuri Roseli (Pengarah siri Pada Zaman Dahulu). Ia turut dibintangi oleh Asyiela Putri Azhar, Ahmad Mawardi Abdul Rahman, Mohd Amir Asyraf, Fakhrul Razi, dan Ernie Zakri.
UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL yang mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan ini akan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 21 Mac 2019.
Malam Gala filem UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL yang diadakan di GSC Mid Valley telah dihadiri oleh barisan tetamu kehormat, YB Gobind Singh, Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dr. Mazlee, Menteri Pendidikan, penerbit, pengarah, barisan pelakon suara, para karyawan industri, dan pihak media.
Persembahan mantap Ernie Zakri menyanyikan lagu "Buai Laju-Laju" dan Fakhrul Razi menyanyikan lagu "Keris Sakti" menghiburkan peminat sebelum pelancaran malam gala ini yang dirasmikan oleh YB Gobind Singh.
Kedua-dua lagu ini adalah OST bagi filem UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL. Skor muzik asal dan runut bunyi ini dirakam semula dalam bentuk orkestra di Boston dan Prague. Kos penerbitan yang menelan belanja hampir RM 20 juta ini menggunakan sepenuhnya kepakaran anak-anak tempatan.
Oleh itu, ia diharapkan akan melonjakkan mutu industri animasi tempatan ke satu tahap yang lebih tinggi setanding dengan karya-karya antarabangsa. Memilih tarikh 21 Mac selari dengan musim cuti sekolah, diharapkan filem ini dapat menjadi pilihan tontonan sekeluarga. Ini kerana siri “Upin & Ipin” sendiri diminati oleh kanak-kanak, ibu bapa, sehinggalah atok dan nenek.

Filem UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL mengetengahkan pengembaraan Upin dan Ipin bersama kawan-kawan ke sebuah kerajaan dongeng bernama “Inderaloka”. Mereka akan berjumpa dengan pelbagai watak-watak dongeng popular seperti Mat Jenin, Bawang Merah, Bawang Putih, dan Pak Belalang. Penonton boleh mengimbau kembali nostalgia cerita zaman kanak-kanak dan melihat cerita dongeng nusantara ini dianimasikan dengan perwatakan baharu.
Keris diangkat sebagai tema utama cerita setelah mendapat inspirasi daripada sebuah keris Melayu yang benar-benar wujud dan mempunyai misteri tidak mempunyai bilah.
UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL adalah filem terbitan Les' Copaque Production Sdn. Bhd., penaja utama Citrex Gummy dari Millenium Pharmacon International (MPI), penaja bersama iNEST, edaran GSC Movies, Astro sebagai rakan media, FunNow sebagai rakan digital, dan disokong oleh Perbadanan Kemajuan Multimedia (MDEC) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).
UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada 21 Mac 2019.
Untuk informasi lanjut layari sosial media Upin & Ipin.
No comments
I want you to know how much I value your support.