Perasmian RoboThink Malaysia Bertempat di Centrepoint, Bandar Utama.
Grand Opening of RoboThink Malaysia
Program edu-tainment untuk kanak-kanak dari Amerika Syarikat meraikan pembukaan pusat robotık pertama di Malaysia terletak di Centrepoint, Bandar Utama.
Bersempena pembukaan pusat robotik pertamanya di Malaysia, RoboThink Malaysla telah mengadakan acara perasmian yang dihadiri oleh rakan-rakan media dan juga ibubapa menemani anak-anak mereka yang rata-rata tidak sabar untuk cuba membina, mengkod dan bermain dengan robot-robot yang comel dalam pelbagal bentuk.
Pusat robotik yang baru dibuka ini dihiasi dengan perabot minimalis, hiasan dinding berwarna-warni dan set-set robotık yang tersusun rapi. Lokasi strategik pusat robotik pertama Robothink Malaysia ini memudahkan ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka. Banyak kemudahan tersedia di Centrepoint dengan pelbagal aktiviti boleh dilakukan oleh mereka sementara menunggu kelas anak- anak mereka tamat.
Majlis ini turut dihadiri oleh CEO Global RoboThink Mr. Danny Park yang memotong riben simbolik bagi pembukaan rasmi pada hari tersebut. Mr. Park melahirkan rsa teruja bellau dengan pembukaan pusat robotik terbaru ini. "Dengan peredaran ekonomi global masa kini, adalah sangat penting bagi kita untuk mendidik generasi akan datang terutama dari sudut pengetahuan STEM. Kami merancang untuk membuka 50 pusat robotic di Malaysia dalam masa 5 tahun akan datang dan berharap agar 2 dapat mendidik bakal-bakal pemimpin masa hadapan untuk memacu Revolusi Perindustrian Malaysia Ke-4, kata beliau dalam ucapan perasmian pagi itu.
Program RoboThink adalah pengalaman pembelajaran yang membolehkan pelajar-pelajar menggunakan set robotik untuk mereka dan membina robot dalam pelbagai saiz, bentuk dan fungsi Setiap rekaan blok adalah hasil daripada kajian berterusan dalam mempertingkatkan keberkesanan proses pendidikan. Program Robotik dan 'Coding' yang menyeronokkan dengan RoboThink membolehkan jurutera, pakar mekanikal dan jurubina masa hadapan seawal usia 5 tahun dunia STEM yang penuh keseronokan.
RoboThink menyediakan 3 program berlainan untuk pelajar mengikut peringkat umur.
1. RoboThink Junior Programme direka untuk pelajar dari usia 5 ke 7 tahun. la menggabungkan robotik dan coding dengan software yang mudah difahami. Terdapat 3 tahap dengan 12 topik pembelajaran untuk setiap tahap.
2. RoboThink Robotics Programme dikhaskan untuk pelajar 8 tahun ke atas dengan lebih 100 model binaan dalam pelbagai bentuk,saiz, fungsi dan tahap membina sesuatu model lebih dari sekali. Terdapat 6 tahap dalam program ini dengan setiap satunya diisi dengan 12 topik pembelajaran.
3.Pelajar berusia 8 tahun ke atas boleh memilih RoboThink Coding Programme yang merangkumi 'programming' dan bahasa computer. RoboThink Coding Programme ini menumpukan kepada topik 'coding' yang lebih kompleks yang mungkin tidak banyak memerlukan hardware robotik. Walau bagaimanapun, masih ada juga topik pembelajaran coding' yang menggunakan hardware robotik untuk memastikan proses pembelajaran yang menyeronokkan dan praktikal.
Para tetamu di majlis pembukaan rasmi hari ini berpeluang mencuba pengalaman program robotik buat pertama kalinya. Kanak-kanak bersama ibubapa mereka turut sama membina, mengkod dan bermain dengan set robotik yang tersedia dengan bantuan tenaga pengajar bertugas.
Maklumat lanjut boleh layari:
Facebook: facebook.com/robothinkmalaysia
Instagram: @robothinkmalaysia
No comments
I want you to know how much I value your support.