Terbaru/News

Berbasikal di Program Jelajah Rahmah @ Ambang Ramadhan 2019.

Berbasikal di Program Jelajah Rahmah @ Ambang Ramadhan 2019.

Pengalaman pertama dapat berbasikal bersama-sama dengan kehadiran tetamu diraja iaitu Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang telah berkenan mencemar duli menyertai program ini bersama 100 orang peserta  





Program yang diadakan besempena Ramadan itu menyaksikan
MAIWP buat julung kalinya mengadakan program berbasikal ke rumah-rumah asnaf menerusi program Jelajah Rahmah Asnaf @ Ambang Ramadan 2019.









Perlepasan pertama di sempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi konvoi berbasikal kumpulan pertama.

Konvoi berbasikal ini bermula dari Taman Tasik Datuk Keramat dan berbasikal menuju ke Masjid Al-Akram. Sepanjang perjalanan, para peserta telah singgah menziarahi 5 orang asnaf yang tinggal di Lorong Keramat 8, Lorong Keramat 5, Lorong Keramat 1 dan dua asnaf yang tinggal di Lorong Kiri 16, Kampung Datuk Keramat.







Bagi mengiringi DYTM Tuanku adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia, YB Datuk Seri Rina binti Mohd Harun. Turut bersama adalah Pengerusi MAIWP, Dato Sri Syed Hussein Alhabshee, ketua-ketua agensi pengurusan Islam dan tetamu kehormat yang lain serta peserta MAIWP Cycling Club.

Tibanya konvoi berbasikal ke rumah asnaf pertama, peserta dan penduduk menyambut ketibaan Raja Muda Perlis dengan gembira kerana sudi berbual bersama dan menyampaikan sumbangan.
Rumah asnaf pertama mempunyai 5 tanggungan iaitu isteri dan 4 anak. Bekerja sebagai kontraktor penyelenggaraan manakala isteri pembantu kedai. Dengan gaji yang hanya "sekadar cukup makan" dan anak anak yang bersekolah.






Lokasi terakhir program iaitu di Masjid Al-Akram Kampung Datuk Keramat diadakan pula penyampaian bantuan tunai dan bantuan berbentuk barangan keperluan harian kepada 100 orang asnaf yang hadir.





Program yang diadakan ini bertujuan menyatakan kepada masyarakat bahawa Pentadbir negara kita dan kerajaan sangat prihatin dan peka dengan denyut nadi rakyat khususnya golongan asnaf. Tidak perlu mempercayai dengan dakwaan/ persepsi  yang mengatakan pegawai agihan zakat MAIWP tidak buat kerja mereka. 


"Pertama Tahniah kepada MAIWP yang berperanan menguruskan hal ehwal berkaitan zakat di Wilayah Persekutuan ini Justeru, Saya amat berharap agar lebih banyak lagi program-program agihan dapat dirangka dan dilaksanakan dengan lebih menyeluruh dalam usaha membantu mereka yang layak dan memerlukan", Titah Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail




Dengan perkembangan teknologi maklumat hari ini, agensi-agensi yang menguruskan zakat juga haruslah lebih bersifat proaktif dan kreatif dalam menyebarluaskan maklumat tentang aktiviti dan program-program yang dilaksanakan dan usaha memberikan kesedaran dan kepentingan berzakat kepada masyarakat umum harus terus dipergiatkan lagi dari masa ke semasa walaupun Alhamdulillah kini didapati kesedaran terhadap tanggungjawab berzakat ini sudah mulai meningkat di kalangan masyarakat di negara ini. 







Agensi zakat harus mewar-warkan segala aktiviti, program serta perancangan yang mereka laksanakan melalui hasil zakat ini agar sampai kepada pengetahuan para pengeluar zakat.











Golongan asnaf penerima bantuan zakat Baitulmal MAIWP juga disyorkan agar memanfaatkan dengar sebaiknya bantuan yang diterima dan tidak digunakan untuk tujuan lain atau yang sia-sia. Pada masa yang sama juga, berusahalah untuk mengubah taraf kehidupan diri dan keluarga dengan keluar daripada 'kepompong kemiskinan dan InsyaAllah, suatu masa nanti anda juga mampu menjadi pembayar zakat dan membantu di jalan Allah Subhanahu Wa Ta'ala.








Menerusi program ini juga, MAIWP berharap agar dapat menyampaikan mesej bahawa zakat yang dikutip daripada para pembayar zakat di Wilayah Persekutuan menerusi Pusat Pungutan PPZ MAIWP telah diagihkan semaksimum mungkin kepada golongan asnaf. 

Ucapan tahniah dan rasa bangga dapat bersama-sama pada program berbasikal kali ini yang membantu golongan asnaf. Terima Kasih pihak MAIWP, peserta-peserta yang menjayakan program kali ini antaranya Pihak Polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Kerja Raya, Pihak Rela, Pihak Jawi, Masjid Al-Akram, Qsr Brands Holdings, Keramat Gardenia, PPZ Maiwp, Kolej Universiti Antarabangsa Picoms Maiwp, Pusrawi Maiwp dan semua yang terlibat.

Untuk maklumat lanjut layari:



No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...