Terbaru/News

SEGi Lancarkan Program Diploma Pengurusan Restoran 2U2i Dengan Kerjasama QSR Brands

SEGi Lancarkan Program Diploma Pengurusan Restoran 2U2i Dengan Kerjasama QSR Brands

SEGi Group of Colleges (SGC) hari ini melancarkan
kerjasama dengan QSR Brands (M) Holdings Bhd (QSR Brands) untuk melaksanakan
program akademik 2u2i melalui program Diploma Pengurusan Restoran dalam usaha
menyokong pendidikan fleksibel yang distruktur oleh Rangka Tindakan Pendidikan
Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi) untuk menghasilkan graduan holistik,
berkeusahawanan dan seimbang.

 

Sebagai subset kepada Pembelajaran Berasaskan Kerja (PBK), mod pembelajaran
2u2i menyokong gabungan pengajian akademik dan latihan industri. Kerjasama ini
memberikan peluang kepada pelajar dalam program Diploma Pengurusan Restoran
untuk menerima pembelajaran dan pengalaman melalui latihan industri dengan
restoran KFC selepas dua tahun pengajian.

Kurikulum program ini dirancang di antara Kumpulan SEGi Group of Colleges (SGC)
dan industri (QSR Brands) untuk memastikan kursus, kaedah pengajaran dan
pembelajaran relevan dan sesuai dengan keperluan industri masa kini. Pelajar di
bawah program ini akan menjalani lima modul latihan restoran oleh QSR Brands yang
dilengkapi dengan latihan, penilaian dan pelatih berpengalaman. 



Dengan infrastrukturlatihan bertaraf dunia QSR Brands yang menggabungkan teknik pengajian dan latihan berasaskan kelas, bimbingan, praktikal dan e-pembelajaran, program 2u2i ini
bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran pelajar apabila tamat pengajian.
Selaras dengan majlis pelancaran itu, Memorandum Persefahaman (MOU) Tripartit
juga ditandatangani di antara SGC, QSR Brands dan Majlis Agama Islam Negeri
Pulau Pinang (MAINPP) bagi memperkasakan kategori B40 di Pulau Pinang dan
meningkatkan peluang sama rata serta akses kepada pendidikan dan pekerjaan
melalui inisiatif SEGi SAG (Geran Kemahiran Teknikal dan Vokasional).

Perjanjian itu ditandatangani dan dirasmikan oleh Encik Cheah Teong Keat, Pengetua
SEGi College Penang, SEG International Bhd; Ling Mee Jiuan, Ketua Pegawai
Operasi KFC Malaysia; dan Encik Amran Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif, Zakat
Pulau Pinang, MAINPP; dan disaksikan oleh Encik Daniel Teng, Pengarah Eksekutif
Kanan Kumpulan, SEGi Holdings Sdn Bhd; Dato' Seri Mohamed Azahari Mohamed
Kamil, Pengarah Urusan, QSR Brands; dan Dato' Haji Abdul Malik Abul Kassim, Yang
Di-Pertua MAINPP.



Pelancaran program 2u2i yang pertama dalam program Diploma Pengurusan
Restoran SEGi adalah satu lagi langkah ke depan dalam membina agenda Alam
Sekitar, Sosial dan Tadbir (ESG) untuk masa depan yang mampan melalui
pembangunan tenaga kerja yang berkualiti. Kurikulum yang dirancang dengan
penglibatan kami sebagai pengamal industri dan pembelajaran holistik yang
disediakan melalui infrastruktur latihan terkini, memberi tumpuan pada penghasilan
graduan yang memenuhi keperluan masa kini serta memanfaatkan bukan sahaja KFC
tetapi industri dalam jangka masa panjang. Semasa berkhidmat di restoran kami
sebagai pelatih KFC, pelajar juga akan mendapat manfaat daripada elaun bulanan
sebanyak RM1,000.

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang untuk memperkuasakan pelajar asnaf yang terpilih di bawah program 2u2i dengan peluang pekerjaan selepas tamat pengajian sebagai sebahagian
daripada usaha kedermawanan kami,” kata Dato’ Seri Mohamed Azahari.

Dato' Haji Abdul Malik Abul Kassim, Yang Di-Pertua MAINPP pula mengalu-alukan
kerjasama yang ditandatangani hari ini antara SEGi Group of Colleges (SGC), QSR
Brands (M) Bhd dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP). “Melalui
inisiatif ketiga-tiga pihak, Zakat Pulau Pinang akan menghubungi 500 orang pelajar
dari pangkalan data asnaf yang sedia ada untuk mendaftar masuk ke pelbagai
program diploma yang ditawarkan, seperti Diploma Pengurusan Restoran, Diploma
Pentadbiran Perniagaan, Diploma Seni Kulinari dan Diploma Pengurusan Perhotelan.
SEGi akan menyediakan bantuan kewangan kepada peserta yang menyertai program
ini. Di samping itu, para peserta program juga mempunyai peluang untuk bekerja
dengan QSR Brands setelah tamat pengajian. 

Ini adalah selaras dengan hasrat dan
aspirasi Zakat Pulau Pinang untuk menghasilkan pekerja berkemahiran di kalangan
masyarakat asnaf. MAINPP ingin mengucapkan terima kasih kepada QSR Brands (M)
Sdn Bhd kerana menyediakan peluang kepada para pelajar untuk mengembangkan potensi mereka dan membina masa depan yang lebih baik.”

No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...