Asia's Kids Star Cungkil Bakat Seni Kanak-Kanak
MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN PERSEFAHAMAN (MOU) DIANTARA NQ CULTURAL COMMERCIAL SDN BHD DENGAN CHINA'S LITTLE KID STARS BAGI PENGANJURAN ASIA'S KIDS STAR DI 'MALAYSIA-CHINA CHILDREN CULTURAL EXCHANGE PROGRAM.
NQ Cultural Commercial telah melancarkan majlis pra-pelancaran Asia's Kids Star yang telah disempurnakan oleh YAM Tunku Muna Najiah Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al Haj. Rentetan dari penganjuran majlis ini, NQ Cultural Commercial sekali lagi menganjurkan satu majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bersama China's Little Kid Stars bagi penganjuran bersama Asia's Kids Star bagi penyertaan kanak-kanak dari Negara China.
Untuk makluman China's Little Kid Stars adalah sebuah institusi yang mencungkil bakat kanak-kanak dibeberapa bandar besar di China untuk diketengahkan hingga keperingkat antarabangsa. China's Little Kid Stars akan membawa lebih 300 penyertaan kanak-kanak dari negara China di dalam penganjuran Asia's Kids Star yang akan diadakan di Malaysia.
Asia's Kids Star adalah satu program mencungkil bakat kanak-kanak pelbagai bidang seni antaranya tarian, nyanyian, peragaan dan lukisan. Asia's Kids Star juga membuka penyertaan kanak-kanak dari beberapa negara lain di Asia.
Pemilihan bagi pencarian kanak-kanak untuk mewakili Malaysia akan diadakan pada bulan Oktober 2019. Penganjur mensasarkan lebih 2,000 kanak-kanak akan menyertai audisi didalam empat cabang seni yang dipertandingkan. Melalui audisi ini, penganjur akan memilih 30 penyertaan setiap kategori bagi mewakili Malaysia kepada pertandingan Asia's Kids Star yang akan berlangsung pada bulan Febuari 2020 yang akan diadakan di Kuala Lumpur.
Sehingga kini, pihak penganjur telah menerima lebih 300 permohonan penyertaan kanak-kanak dari Negara China tidak termasuk penyertaan jemputan dari Negara-Negara Asia yang lain. Penganjur menjangkakan lebih 500 kanak-kanak dari penyertaan kanak-kanak keseluruhan dari penyertaan semua Negara Asia yang dijemput. Antara negara jemputan penyertaan Asia's Kids Star adalah dari China, Taiwan, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Hong Kong.
Penganjur Asia's Kids Star , NQ Cultural Commercial dan rakan strategi China's Little Kid Stars berharap dapat menganjurkan Asia's Kids Star dengan jayanya serta mendapat sokongan dari pelbagai pihak bagi usaha untuk mengembangkan bakat kanak-kanak Malaysia keperingkat antarabangsa.
Untuk maklumat lanjut layari laman sosial Asia's Kids Star :
NQ Cultural Commercial
https://www.facebook.com/NQCulturalProduction/

No comments
I want you to know how much I value your support.