10 TEMPAT MENARIK YANG HARUS ANDA PERGI JIKA KE JAMBI, INDONESIA
10 TEMPAT MENARIK YANG HARUS ANDA PERGI JIKA KE JAMBI, INDONESIA.
Provinsi Jambi adalah salah satu wilayah yang terletak di pesisir timur di bagian tengah Pulau Sumatera.Provinsi Jambi memiliki pelbagai tempat menarik untuk di lawati oleh pengunjung di 11 wilayah kabupaten atau kota mereka.
Provinsi Jambi memiliki 4 Taman Nasional ( Taman negara ) antaranya adalah Taman Nasional Berbak, Taman Nasional Kerinci Seblat, Taman Nasional Bukit 12, Taman Nasional Bukit 30. Taman Nasional yang dimaksudkan mempunyai pelbagai fauna dan flora yang sangat diminati oleh pelawat yang mencintai alam semualajadi. ( ecotourism.)
Tapak percandian ini terletak di Kecamatan Muaro Sebo, Kabupaten Muara Jambi, Jambi, Indonesia, di tepi sungai Batanghari, sekitar 26 kilometer arah timur Kota Jambi.
Tapak Candi telah berusia dari abad ke-11 M. Candi Muara Jambi merupakan kawasan tapak percandian yang terbesar di pulau Sumatera. Sejak tahun 2009 Kompleks Candi Muara Jambi telah dicalonkan ke UNESCO untuk menjadi tapak warisan dunia.
Candi Muara Jambi merupakan tapak candi peninggalan Abad 7 Masehi dengan 82 Menapo dan 11 candi yang telah dibaik pulih antaranya Candi Kembar Batu, Candi Gumpung, Candi Tinggi I dan II, Candi Astono, Candi Kotomahligai, Candi Kedaton, Candi Gedong I dan ll, dan Telagorajo.
Jika berkunjung ke sini anda dapat menyaksikan sendiri sejarah dan senibina yang yang cantik dan menarik. Apa yang menariknya anda dapat mempelajari bagaimana ia dibina cuma hanya menggunakan batu-bata bercampur putih telur.
Salah satu candi berhampiran dengan pokok tualang yang sangat besar dan berusia beratus tahun. Pengunjung dapat menyewa basikal atau motosikal beca bagi bersiar-siar melihat kawasan yang sangat luas ini. Kawasan ini memang cantik untuk bergambar jadi pastikan kamera anda berfungsi dengan baik.
Anda juga berpeluang ke Muzium Gentala Arasy untuk melihat koleksi tinggalan sejarah dan budaya Islam yang berasal dari Provinsi Jambi.
4. MUZIUM SIGINJEI
Muzium Siginjei yang pada awalnya bernama Muzium Negeri Jambi dibina pada awal tahun 1981. Muzium Siginjei menyimpan pelbagai jenis sejarah, seni budaya, dan ilmu yang merupakan warisan budaya daerah Jambi.
Koleksi Muzium telah mencapai 4.000 buah koleksi yang memiliki pelbagai nilai sejarah tersimpan dan antara koleksi utama muzium antaranya adalah 2 arca Avalokiteswara dari Tapak Rantau Kapas Tuo, medal emas segi tujuh tahun 1298 Hijriah hadiah dari Kerajaan Turki Utsmani kepada Sultan Thaha Syaifuddin, rantai emas dan tali pinggang emas serta 100 seramik kuno China yang ditemukan di perairan antara Jambi dan Riau,
Anda akan melalui hamparan ladang Teh Kayu Aro yang merupakan salah satu lokasi terbaik bagi anda untuk bergambar dengan latar belakang Gunung Kerinci dan ladang teh.
Ladang Teh Kayu Aro adalah ladang teh yang terluas di Asia Tenggara dan menjadikannya sebagai ladang nombor 2 tertinggi di dunia setelah ladang Teh Darjeling di Himalaya.
Antara menu istimewanya seperti Ikan Rayo Gulai, Pucuk ubi, Sambal Tomat, Ikan Seluang sambal, Jengkol dan tempe. Salah satu penempatan yang menyediakan makanan dan pengalaman berkunjung ke rumah penduduk setempat. Pasti menjadi kenangan manis jika anda juga berkunjung ke sini.
6. RAWA BENTO
Rawa Bento terletak di Desa Kersik Tuo, Kecamatan RAWA Kayu Aro, Kabupaten Kerinci. Lokasi Rawa Bento ini mengambil jarak sekitar 44 kilometer dari Kota Sungai Penuh. Lokasinya berada pada ketinggian lebih dari 1,300 meter diatas permukaan laut, menjadikan Rawa Bento ini menjadi rawa tertinggi di Sumatera.
7. AIR TERJUN TELUN BERASAP
Merupakan kawasan pelancong alam semualajadi yang terdapat di Kabupaten Kerinci yang bersempadan dengan Kabupaten Solok Provinsi Sumatera Barat.
8. AIR PANAS SEMURUP, KERINCI JAMBI.
Air Panas Semurup, Kerinci Jambi adalah kolam air panas yang terhasil di semulajadi di Kerinci yang memang cukup popular. Mandian air panas ini dikatakan boleh merawat penyakit kulit.
Terdapat tiga bahagian kolam, tetapi kolam paling panas yang ditutup menyalurkan air panas keluar ke kolam kecil dan kolam mandian. Apa yang menarik anda berpeluang merebus telur ayam dan telur puyuh di kolam ini dan makan panas-panas.
9. MASJID PONDOK TINGGI
Masjid yang terletak di tengah Kota Sungai Penuh ini dibangun tahun 1874 tanpa menggunakan paku dan besi, tetapi menggunakan pasak yang terbuat dari kayu. Masjid ini memiliki seni bina nusantara, beratap tumpang dan mimbar tempat duduk Khatib yang sangat unik.
Tersimpan sebuah beduk raksasa yang dinamakan Tabuh Larangan dengan panjang 7 meter yang terbuat dari kayu utuh jenis suhin (surian). Menurut adat masyarakat Kerinci, beduk ini dibunyikan sebagai komunikasi untuk berkumpul atau peristiwa-peristiwa tertentu.
10. BUKIT KHAYANGAN
Bukit Khayangan merupakan rangkaian dari bukit barisan yang mengelilingi sebuah daerah iaitu Kota Sungai Penuh di Desa Renah Kayu yang bersempadan dengan Taman Nasional Kerinci Seblat dan berada di ketinggian 2000 meter di atas permukaan laut.
MASYARAKAT KAMPUNG
Persembahan tarian ditarikan bagi menyambut kehadiran kami dan juga menghiburkan penduduk kampung dengan 4 jenis tarian iaitu tarian selamat datang, tarian perperangan, tarian tuai padi dan tarian ngagah harimau. Persembahan ini dilakukan jika terdapat festival dan hari-hari tertentu dengan memakai baju custom menarik mereka.
Pilihan Penginapan Kota Jambi dan Kerinci.
1. Grand Hotel, Kota Jambi
Salah satu hotel penginapan kami di Kota Jambi. Hotel ini berada si tengah-tengah Kota Jambi dan berhampiran shopping mall.
2. Bintang Kerinci Hotel
Bintang Kerinci Hotel bersebelahan dengan hamparan kebun teh nombor dua di dunia dan nombor satu Asia Tenggara. @Bintang Kerinci Hotel Anda dapat menikmati pemandangan Gunung Kerinci.
Gunung kerinci, merupakan salah satu gunung aktif dan tertinggi di Indonesia yang memiliki ketinggian 3805Mdpl yang lebih tinggi daripada Gunung tertinggi di pulau jawa iaitu Gunung Mahameru 3676Mdpl.
3. Homestay di Kayu Aro
Salah satu penginapan swarga lodge @ Homestay di Kayu Aro, Kerinci. Suasana indah di kelilingi pohon teh hijau dan di bawah kaki Gunung Kerinci. ( Room inspection)
MAKANAN DAN KULINAR
1. Warung Abdel
Salah satu kedai makan yang menarik yang menyajikan masakan istimewa Indonesia, nasi ayam penyet dan sampal yang pedas menjadi hidangan kami.
2. Kedai Makan Sederhana, Kota Jambi.
Kami sempat menikmati makanan nasi padang di rumah makan Sederhana yang mempunyai pelbagai jenis lauk -pauk. Pelbagai susunan lauk di susun atas meja dan jika anda mengambil sedikit tetap harus dibayar. Pilihan di tangan anda.
3. Restoran Saleha Kayo
Sarapan pagi di Saleha Kayo salah satu tempat makan yang pernah di kunjungi mantan presidennya. Apa yang menarik kami dapat merasai nasi bersama dendeng batoko dan gorengan yang dikatakan makanan khas Kerinci.
Cuma ada satu pesawat setiap pagi dari Jambi ke Kerinci menaiki pesawat. Moga berjaya hendaknya penerbangan terus Air Asia ke Kota Jambi pada tahun 2020. Semuanya pasti terbaik!

PINTU MASUK KE JAMBI
Lapangan Terbang Sultan Thaha Syaifuddin yang hanya sejauh 7 km dari pusat Kota Jambi, merupakan lapangan terbang utama di Provinsi Jambi, dengan masa lebih kurang 1 jam dari Jakarta.
Antara penerbangan lain yang menuju ke Jambi seperti Batam, Palembang, Bungo, Dabo Singkep, Kerinci, Medan, Pekanbaru dan Bengkulu.

Terdapat juga 2 pelabuhan di Provinsi Jambi iaitu Pelabuhan Kuala Tungkal dan Pelabuhan Samudera. Kedua pelabuhan ini menghadap Laut China Selatan melalui Batam dan sekaligus pintu keluar masuk Singapura dan Malaysia.
1. Candi Muara Jambi.
Kawasan sejarah tapak percandian Candi Muarajambi merupakan sebuah kompleks percandian agama Hindu-Buddha yang terluas di Asia Tenggara, dengan luas 3981 hektar dan diperkirakan kemungkinan besar adalah peninggalan Kerajaan Sriwijaya dan Kerajaan Melayu.
Tapak percandian ini terletak di Kecamatan Muaro Sebo, Kabupaten Muara Jambi, Jambi, Indonesia, di tepi sungai Batanghari, sekitar 26 kilometer arah timur Kota Jambi.
Tapak Candi telah berusia dari abad ke-11 M. Candi Muara Jambi merupakan kawasan tapak percandian yang terbesar di pulau Sumatera. Sejak tahun 2009 Kompleks Candi Muara Jambi telah dicalonkan ke UNESCO untuk menjadi tapak warisan dunia.
Candi Muara Jambi merupakan tapak candi peninggalan Abad 7 Masehi dengan 82 Menapo dan 11 candi yang telah dibaik pulih antaranya Candi Kembar Batu, Candi Gumpung, Candi Tinggi I dan II, Candi Astono, Candi Kotomahligai, Candi Kedaton, Candi Gedong I dan ll, dan Telagorajo.
Jika berkunjung ke sini anda dapat menyaksikan sendiri sejarah dan senibina yang yang cantik dan menarik. Apa yang menariknya anda dapat mempelajari bagaimana ia dibina cuma hanya menggunakan batu-bata bercampur putih telur.
Salah satu candi berhampiran dengan pokok tualang yang sangat besar dan berusia beratus tahun. Pengunjung dapat menyewa basikal atau motosikal beca bagi bersiar-siar melihat kawasan yang sangat luas ini. Kawasan ini memang cantik untuk bergambar jadi pastikan kamera anda berfungsi dengan baik.
Muara Jambi Tour.
Kami sempat menaik beca motor pusing-pusing di sekitar MuaraJambi dan kawasan kampung di sebalik Sungai Batang Hari. Cuaca agak hujan tidak menghalang kami untuk menyelusuri kawasan bersejarah ini.

POJOK KOPI DUSUN
Pojok kopi dusun salah satu tempat rehat yang sedang di usahakan bagi menjadikan homestay yang menarik di dalam kebun getah berdekatan dengan MuaraJambi.

2. MASJID AGUNG AL-FALAH.
Masjid Agung Al- Falah yang popular dengan nama Masjid Seribu Tiang ini di dirikan pada Januari 1971 dan dirasmikan oleh Presiden RI (Alm) Jend. HM. Soeharto pada 29 September 1980.
Masjid yang menjadi salah satu kebanggan Kota Jambi ini berada di Jl. Sultan Thaha Svaifuddin, Kota Jambi yang berdekatan dengan pusat aktiviti pasar tradisional dan Muzium Perjuangan Rakyat Jambi.
Keunikan Masjid Agung Al- Falah mempunyai 256 tiang dan tidak mempunyai dinding, kecuali bagian barat dan mihrab, dihiasi ornamen kaligrafi Atsmaul Husna, ayat-ayat Al-quran, dan lainnya.
Kubah megah diatasnya mengingatkan anda kepada Masjid Taj Mahal di India serta dilengkapi beduk besar dibahagian depan masjid.
3. MENARA GENTALA ARASY
Gentala Arasy dibangunkan di pinggir Sungai Batanghari dengan ketinggian 80 meter. Pada puncak menara terdapat jam di setiap sisinya sebagai penunjuk waktu solat umat Islam.

Titian Arasy adalah jambatan pejalan kaki bagi menghubungkan Tanggo Rajo ke Jambi Kota Seberang yang berbentuk berliku menyerupai huruf S yang akan menghubungkan kawasan Taman Tanggo Rajo ke lantai menara.
Anda juga berpeluang ke Muzium Gentala Arasy untuk melihat koleksi tinggalan sejarah dan budaya Islam yang berasal dari Provinsi Jambi.
Apa yang menariknya jika azan berkumandang Menara Gentala Arasy turut sama berkumandang azan dari sambungan azan dari Masjid Agung Al Fallah.
Pemandangan Sungai Batanghari dari Jambatan Titian Arasy memang cantik dan anda dapat menyaksikan boat dan kapal mengambil penumpang ke seberang Sungai Batanghari
4. MUZIUM SIGINJEI
Muzium Siginjei yang pada awalnya bernama Muzium Negeri Jambi dibina pada awal tahun 1981. Muzium Siginjei menyimpan pelbagai jenis sejarah, seni budaya, dan ilmu yang merupakan warisan budaya daerah Jambi.
Koleksi Muzium telah mencapai 4.000 buah koleksi yang memiliki pelbagai nilai sejarah tersimpan dan antara koleksi utama muzium antaranya adalah 2 arca Avalokiteswara dari Tapak Rantau Kapas Tuo, medal emas segi tujuh tahun 1298 Hijriah hadiah dari Kerajaan Turki Utsmani kepada Sultan Thaha Syaifuddin, rantai emas dan tali pinggang emas serta 100 seramik kuno China yang ditemukan di perairan antara Jambi dan Riau,
PERJALANAN NAIK BAS 9 JAM KE KERINCI ATAU ADA PENERBANGAN 1 KALI SEHARI.
KAPUPATEN KERINCI
5. GUNUNG KERINCI
Puncak tertinggi di Pulau Sumatera dan salah satu gunung berapi aktif tertinggi di Indonesia dengan ketinggian 3.805 mdpl ini menjadi daya tarik tersendiri bagi pencinta alam. Untuk mencapai puncak Gunung Kerinci memerlukan masa 8 hingga 11 jam dengan berjalan kaki dari Desa Kersik Tuo.
5. GUNUNG KERINCI
Puncak tertinggi di Pulau Sumatera dan salah satu gunung berapi aktif tertinggi di Indonesia dengan ketinggian 3.805 mdpl ini menjadi daya tarik tersendiri bagi pencinta alam. Untuk mencapai puncak Gunung Kerinci memerlukan masa 8 hingga 11 jam dengan berjalan kaki dari Desa Kersik Tuo.
Anda akan melalui hamparan ladang Teh Kayu Aro yang merupakan salah satu lokasi terbaik bagi anda untuk bergambar dengan latar belakang Gunung Kerinci dan ladang teh.
Ladang Teh Kayu Aro adalah ladang teh yang terluas di Asia Tenggara dan menjadikannya sebagai ladang nombor 2 tertinggi di dunia setelah ladang Teh Darjeling di Himalaya.
Ladang teh ini terletak di kaki Gunung Kerinci dan memiliki pemandangan yang sangat indah dan nyaman. Terdapat juga beberapa homestay di sekitar kawasan ladang teh untuk anda bermalam dan kunjungi.
Penanaman kopi juga terkenal di kawasan kaki Gunung Kerinci ini yang menghasilan kopi dengan kualiti pertanian terbaik seperti kopi Arabika. Penanaman kopi dengan kualiti terbaik menjadikan permintaan kopi ini hinggakan ke luar negara.
Kami juga berpeluang melawat serta menuai hasil tanaman di ladang kentang dan cili tidak jauh dari kawasan Kayu Aro. Apa yang menarik terdapat tanah yang subur di bawah kaki Gunung Kerinci yang dapat menjana ekonomi penduduk setempat.
Memang sangat menarik dan teruja dapat makan bersama dan meramah mesra bersama penduduk tempatan di sini. Kami berpeluang untuk menikmati makanan khas Kerinci yang sedap.
Antara menu istimewanya seperti Ikan Rayo Gulai, Pucuk ubi, Sambal Tomat, Ikan Seluang sambal, Jengkol dan tempe. Salah satu penempatan yang menyediakan makanan dan pengalaman berkunjung ke rumah penduduk setempat. Pasti menjadi kenangan manis jika anda juga berkunjung ke sini.
6. RAWA BENTO
Rawa Bento terletak di Desa Kersik Tuo, Kecamatan RAWA Kayu Aro, Kabupaten Kerinci. Lokasi Rawa Bento ini mengambil jarak sekitar 44 kilometer dari Kota Sungai Penuh. Lokasinya berada pada ketinggian lebih dari 1,300 meter diatas permukaan laut, menjadikan Rawa Bento ini menjadi rawa tertinggi di Sumatera.
Luasnya mencapai 1.000 hektar yang di penuhi air tawar dan sekitar rawa juga terdapat banyak rumput Leerxia Hexandra dan Eugenia Spicata. Terdapat juga kerbau-kerbau yang meragut rumput yang segar dan spesis burung bangau yang tinggal di sekitar Rawa Bento. Pengunjung berpeluang menaiki boat atau sampan menyelusuri keindahan sekitar yang di sewakan kepada pengunjung.
7. AIR TERJUN TELUN BERASAP
Merupakan kawasan pelancong alam semualajadi yang terdapat di Kabupaten Kerinci yang bersempadan dengan Kabupaten Solok Provinsi Sumatera Barat.
Perjalanan sejauh 60 km dari Kota Sungai Penuh. Sumber air terjun ini berasal dari Danau Gunung Tujuh yang mengalir melewati tebing terjal dengan ketinggian lebih kurang 50 meter.
Apa yang menarik wap-wap air dan percikan yang menyerupai asap menjadikan air terjun ini bertambah menarik, cantik dan sejuk. Jika anda bernasib baik, anda akan dapat melihat pelangi di sebalik cahaya matahari bersinar.
8. AIR PANAS SEMURUP, KERINCI JAMBI.
Air Panas Semurup, Kerinci Jambi adalah kolam air panas yang terhasil di semulajadi di Kerinci yang memang cukup popular. Mandian air panas ini dikatakan boleh merawat penyakit kulit.
Terdapat tiga bahagian kolam, tetapi kolam paling panas yang ditutup menyalurkan air panas keluar ke kolam kecil dan kolam mandian. Apa yang menarik anda berpeluang merebus telur ayam dan telur puyuh di kolam ini dan makan panas-panas.
9. MASJID PONDOK TINGGI
Masjid yang terletak di tengah Kota Sungai Penuh ini dibangun tahun 1874 tanpa menggunakan paku dan besi, tetapi menggunakan pasak yang terbuat dari kayu. Masjid ini memiliki seni bina nusantara, beratap tumpang dan mimbar tempat duduk Khatib yang sangat unik.
Tersimpan sebuah beduk raksasa yang dinamakan Tabuh Larangan dengan panjang 7 meter yang terbuat dari kayu utuh jenis suhin (surian). Menurut adat masyarakat Kerinci, beduk ini dibunyikan sebagai komunikasi untuk berkumpul atau peristiwa-peristiwa tertentu.
10. BUKIT KHAYANGAN
Bukit Khayangan merupakan rangkaian dari bukit barisan yang mengelilingi sebuah daerah iaitu Kota Sungai Penuh di Desa Renah Kayu yang bersempadan dengan Taman Nasional Kerinci Seblat dan berada di ketinggian 2000 meter di atas permukaan laut.
Bukit Khayangan merupakan salah kawasan yang mempunyai panorama yang indah. Melalui Puncak Bukit Khayangan anda dapat melihat keindahan Kota Sungai Penuh, dan Danau Kerinci dari Puncak Bukit Khayangan. Jika bernasib baik anda akan melihat kabus yang cantik seperti anda berada di atas awan.
MASYARAKAT KAMPUNG
Sebelum berangkat ke Kota Jambi kami disambut mesra oleh penduduk Desa Koto Tuo Pulau Tengah, Kabupaten Kerinci, Jambi.
Tarian daripada Sanggar seni telaga biru Pulau Tengah dan sambutan yang cukup meriah kami di jamu dengan makanan dan minuman tradisi mereka. Antaranya adalah kopi daun, ubi keledek rebus, jagung rebus, kacang tanah rebus dan durian.
Tarian daripada Sanggar seni telaga biru Pulau Tengah dan sambutan yang cukup meriah kami di jamu dengan makanan dan minuman tradisi mereka. Antaranya adalah kopi daun, ubi keledek rebus, jagung rebus, kacang tanah rebus dan durian.
Persembahan tarian ditarikan bagi menyambut kehadiran kami dan juga menghiburkan penduduk kampung dengan 4 jenis tarian iaitu tarian selamat datang, tarian perperangan, tarian tuai padi dan tarian ngagah harimau. Persembahan ini dilakukan jika terdapat festival dan hari-hari tertentu dengan memakai baju custom menarik mereka.
Bagi yang ingin berkunjung ke Jambi anda akan dapat merasai keramahan dan sambutan yang terbaik di semua destinasi mereka bagi merakamkan memori terindah anda.
Bagi yang ingin berkunjung ke Jambi anda akan dapat merasai keramahan dan sambutan yang terbaik di semua destinasi mereka bagi merakamkan memori terindah anda.
Bagi yang ingin berkunjung ke Jambi anda akan dapat merasai keramahan dan sambutan yang terbaik di semua destinasi mereka bagi merakamkan memori terindah anda.
Pilihan Penginapan Kota Jambi dan Kerinci.
1. Grand Hotel, Kota Jambi
Salah satu hotel penginapan kami di Kota Jambi. Hotel ini berada si tengah-tengah Kota Jambi dan berhampiran shopping mall.
2. Bintang Kerinci Hotel
Bintang Kerinci Hotel bersebelahan dengan hamparan kebun teh nombor dua di dunia dan nombor satu Asia Tenggara. @Bintang Kerinci Hotel Anda dapat menikmati pemandangan Gunung Kerinci.
Gunung kerinci, merupakan salah satu gunung aktif dan tertinggi di Indonesia yang memiliki ketinggian 3805Mdpl yang lebih tinggi daripada Gunung tertinggi di pulau jawa iaitu Gunung Mahameru 3676Mdpl.
3. Homestay di Kayu Aro
Salah satu penginapan swarga lodge @ Homestay di Kayu Aro, Kerinci. Suasana indah di kelilingi pohon teh hijau dan di bawah kaki Gunung Kerinci. ( Room inspection)
MAKANAN DAN KULINAR
1. Warung Abdel
Salah satu kedai makan yang menarik yang menyajikan masakan istimewa Indonesia, nasi ayam penyet dan sampal yang pedas menjadi hidangan kami.
2. Kedai Makan Sederhana, Kota Jambi.
Kami sempat menikmati makanan nasi padang di rumah makan Sederhana yang mempunyai pelbagai jenis lauk -pauk. Pelbagai susunan lauk di susun atas meja dan jika anda mengambil sedikit tetap harus dibayar. Pilihan di tangan anda.
3. Restoran Saleha Kayo
Sarapan pagi di Saleha Kayo salah satu tempat makan yang pernah di kunjungi mantan presidennya. Apa yang menarik kami dapat merasai nasi bersama dendeng batoko dan gorengan yang dikatakan makanan khas Kerinci.
4. Rumah Makan Minang Sepakat.
Cuma ada satu pesawat setiap pagi dari Jambi ke Kerinci menaiki pesawat. Moga berjaya hendaknya penerbangan terus Air Asia ke Kota Jambi pada tahun 2020. Semuanya pasti terbaik!
Membeli belah di Toko Pak DJ.
Pelbagai barangan cenderahati terjual di sini termasuklah kopi dan Teh kayu Aro. Pelbagai jenis kerepek kentang yang popular turut terjual termasuklah dodol kentang.

Jangan lupa plan percutian anda bersama orang tersayang. Untuk maklumat lanjut layari laman web Tourism Jambi untuk lebih maklumat lagi.
Hi...saya suka tengok gambar awak, semua ceria je
ReplyDeleteTerima kasih support.. tak sabar nak travel lagi :) :)
Delete