Terbaru/News

KUCING YOYO MENERIMA ANUGERAH PENGIKTIRAFAN ‘MALAYSIAN MOST PRECIOUS CAT’ SEMPENA MERAIKAN MALAM GALA DAN PERASMIAN ‘PRECIOUS OF MALAYSIA’

KUCING YOYO MENERIMA ANUGERAH PENGIKTIRAFAN ‘MALAYSIAN MOST PRECIOUS CAT’ SEMPENA MERAIKAN MALAM GALA DAN PERASMIAN ‘PRECIOUS OF MALAYSIA’


Penaung Precious of Malaysia, YM Tengku Dato’ Dr. Hishammudin Zaizi Bin YAM Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj, dengan bangganya merasmikan "Festival Precious of Malaysia" 2022, yang dianjurkan oleh FM Group dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) dan Muzium Tekstil Negara.



Festival 7 hari ini meraikan nilai-nilai tradisi, budaya dan warisan Malaysia melalui tekstil, fesyen, dan kemasyarakatan. Festival yang julung-julung kalinya diakan ini, menghidangkan para pengunjung dengan keunikan dan kepelbagaian etnik negara kita.




Bersempena dengan acara tersebut, FM Group dan UM turut menganjurkan pertandingan rekaan, fesyen melalui Cultural Fashion Week untuk menghargai pereka fesyen yang masih kukuh mengekalkan tradisi dan budaya Malaysia dalam rekaan mereka.


Antara senarai VIP yang turut hadir adalah YM Tengku Dato' Dr Hishammuddin Zaizi Tengku Azman Shah Alhaj (penanung Precious of Malaysia) YM Tengku Intan Rahimah bt. Tengku Mat Saman (Pengarah Muzium Tekstil Negara), Dato’ Kevin Lee (Penanung Charity Precious of Malaysia) , Datin Maylene (President Style Icon), Dato’ AJ Ubrani (Pengarah Maya Silk), Puan Zaharah Binti Abd Samad (Ketua UTHM), Encik Mahbob Yusof (Penolong Ketua Library UM), Puan Ratnawati Sari Mohd Amin dan Puan Koh Ai Peng


Disokong sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), festival ini menzahirkan usaha dan sumbangan penganjurnya untuk mempromosi budaya Malaysia kepada pengunjung dalam dan luar negara, disamping menjadi platform kepada masyarakat dari pelbagai lapisan dan latar belakang untuk bersama meraikan keistimewaan budaya dan khazanah Tanah Air.



Penaung Precious of Malaysia, YM Tengku Dato’ Dr. Hishammudin Zaizi Bin YAM Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj berkata, “Festival Precious of Malaysia‟ 2022 akan menjadi contoh terbaik sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara untuk menghayati dan menghargai kepelbagaian budaya Malaysia - semuanya di bawah satu acara. 



Pada malam gala ini juga terdapat pelbagai syarikat-syarikat koprat yang menyokong bersama menjayakan kempen Precious of Malaysia untuk mengingatkan dan mendidik masyarakat tentang kepentingan memelihara budaya dan warisan kita untuk generasi akan datang”.


Antara senarai nama pemenang adalah :
1)Best collection- Giat Mara
2)Borneo rising fashion designer - Dian and Norole
3) Best cultural inspiration - Jay K
4) Up coming fashion designer - Afiq Sha
5) 2nd runner up - Afiq Sha
6)1st runner up - Jay K
7)Winner Dian and Norule
8)icon fasholion designer - Kenny Loh



Para pengunjung dapat merasai pengalaman kebudayaan yang menyeluruh dari 5 - 11 Disember 2022 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukkan fesyen yang pertama diadakan di dalam perpustakaan, aktiviti-aktiviti karnival & food truck , pameran tekstil dari Muzium Tekstil Negara, persembahan kebudayaan, gerai-gerai jualan, batik zumba, kunjungan bersama anak-anak dari rumah kebajikan, pendekar berselawat (maulid), persembahan silat, persembahan artis, pertandingan makan, pesta durian dan banyak lagi.


Pengerusi ‘Precious of Malaysia’, Farel Mikhail berkata, “Kami percaya festival ini melambangkan identiti Malaysia, semuanya dalam satu acara. Kami juga mengenengahkan juga budaya masyarakat Malaysia dimana selain dari seni tekstil dan fesyen dibawakan, kita juga menghidangkan keramaian dan makanan yang menjadi sinonim dengan masyarakat kita. 


Selain itu, kami juga membawa sekali program kebajikan (Kiwanis Klang dan Rumah Nur Hati Ampang) supaya golongan kurang bernasib baik tidak dilupai, serta memberi penganugerahkan kepada wanita sebagai ikon, ibu tunggal yang cekal dan usahawan muda yang berjaya iaitu diberikan kepada artis Zoey Rahman (Entrepreneur of the year 2022) .




Paling istimewa penganugerahan( Malaysia Most Precious Cat) kepada kucing bernama Yoyo, dimana beliau telah menjadi viral di serata dunia, sekaligus membawa nama baik Malaysia. Penganugerahan ini diberikan sempena menghargai individu-individu yang hebat sekaligus mengharumkan nama Malaysia. Inilah antara yang dikatakan Precious bagi Malaysia yang mewarnai budaya dan masyarakat kita.”



MOTAC, FM Group dan UM amat teruja dengan sambutan luar biasa yang diberikan dan ingin terus menganjurkan Precious of Malaysia menjadi acara tahunan untuk berkongsi kebudayaan dan warisan Malaysia dengan dunia. 



Berharap agar festival ini dapat menggalakkan lebih ramai orang untuk mengunjungi tarikan-tarikan di Malaysia dan merasai sendiri pengalaman kemasyarakatan pelbagai kaum yang harmoni - satu nilai yang tidak didapati di tempat lain.

No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...