Pemenang HONOR Talents Global Design diumumkan, 6 pereka Malaysia berbakat terima Anugerah Antarabangsa
Pemenang HONOR Talents Global Design diumumkan, 6 pereka Malaysia berbakat terima Anugerah Antarabangsa
Pertandingan HONOR Talents Global Design telah tamat selepas menerima ribuan penyertaan di seluruh dunia. Membanggakan apabila enam karya hasil pelajar universiti Malaysia berjaya memenangi 6 Anugerah Antarabangsa. Salah seorang pemenang, pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Hoh Sheng Yue merangkul tempat pertama dalam Kumpulan Rekaan Terbuka menerusi karya berjudul In The Heart of Nature.
Inspire The Future memberi pengiktirafan global kepada bakat muda
Pertandingan HONOR Talents Global Design bertujuan mengangkat rekaan artistik perintis muda dengan matlamat menggerakkan sumber jenama HONOR, menyokong, memperkasa dan memelihara keaslian rekaan inovatif.
Bertemakan Inspire the Future, perkataan Future mewakili anak muda dan inovasi, mengimplikasikan golongan tersebut mempunyai bakat dalam meneroka dan mencipta kecantikan menerusi karya seni. Pertandingan berperingkat global ini dinilai barisan panel yang terdiri daripada jurugambar terkenal antarabangsa dan golongan profesional dalam industri. Barisan juri menilai hasil seni bagi wallpaper, foldable wallpaper, jam tangan, rekaan terbuka, rekaan seni interaktif AR, dan rekaan pemasangan seni interaktif.
HONOR Talents bekerjasama dengan universiti dan kolej tempatan bagi membuka peluang untuk bakat muda
HONOR Talents merupakan pertandingan peringkat global, manakala seni reka menekankan tema meneroka. Dengan ini, HONOR Malaysia bekerjasama dengan beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan, antaranya Era Technology Communication Art & Design, Universiti Multimedia (MMU); Universiti Taylor, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) bagi memberi motivasi kepada industri kreatif Malaysia serta pelajar-pelajar untuk menghasilkan karya seni paling innovasi.
Peserta boleh menghasilkan seni abstrak, warna komplimentari, gouche, grafik, kinetik, mozek, atau apa-apa sahaja corak seni yang asli dan bebas ditonjolkan dalam dunia prinsip seni reka.
Berikut hasil karya pemenang pelajar universiti yang membanggakan:
Semua rekaan ini telah mewakili Malaysia untuk bersaing dengan karya terbaik di seluruh dunia selain merebut hadiah kategori Anugerah In-School bernilai sehingga RM70,000. Hadiah merupakan produk terbaharu HONOR iaitu HONOR 70, HONOR MagicBook 14 2022, HONOR Pad 8 dan HONOR Earbuds 3 Pro.
Senarai penuh pemenang boleh dilihat di https://www.hihonor.com/honor-talents/my/
No comments
I want you to know how much I value your support.