PROPEL GLOBAL REKOD PENDAPATAN 2Q RM24.5 JUTA
PROPEL GLOBAL REKOD PENDAPATAN 2Q RM24.5 JUTA
Keuntungan dua suku berturut-turut membantu keluar dari status PN17
KUALA LUMPUR, 22 Februari 2023 – PROPEL GLOBAL BERHAD ("Propel Global" atau "Kumpulan"), penyedia perkhidmatan minyak dan gas (“O&G”) serta bahan kimia khusus kepada industri hiliran O&G, hari ini mengumumkan Kumpulan mencatatkan keuntungan 3.81peratus dalam hasil kepada RM24.5 juta bagi suku kedua berakhir 31 Disember 2022 (“S2 TK2023”) berbanding RM23.6 juta bagi suku yang sama pada S2 TK2022 daripada operasi berterusan.
Bagi suku dalam kajian, Kumpulan mencatatkan RM2.59 juta dalam keuntungan sebelum cukai (“PBT”) berbanding PBT sebanyak RM0.6 juta daripada operasi berterusan. Bagi tempoh separuh pertama berakhir 31 Disember 2022 (“1H TK2023”), Kumpulan mencatatkan peningkatan 15.45 peratus dalam hasil kepada RM42.6 juta berbanding RM36.9 juta pada 1H TK2022 manakala PBT meningkat kepada RM5.9 juta berbanding RM0.7 juta.
Berasaskan segmen, operasi O&G Kumpulan mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 35.29% kepada RM11.5 juta pada S2 TK2023 berbanding RM8.5 juta pada suku yang sama tahun kewangan sebelumnya manakala PBT meningkat kepada RM2.3 juta daripada RM0.1 juta. Di bawah perkhidmatan teknikal, Kumpulan mencatatkan penurunan hasil sebanyak 13.91 peratus kepada RM13.0 juta daripada RM15.1 juta manakala PBT bagi suku tersebut meningkat kepada RM2.8 juta berbanding RM0.7 juta.
Peningkatan jualan bagi segmen O&G terutamanya disebabkan oleh pengambilan bahan kimia pengeluaran yang lebih tinggi dan kejayaan menyudahkan pesanan kerja untuk perkhidmatan telaga. Peningkatan segmen dalam PBT terutamanya disebabkan oleh margin yang lebih tinggi yang disumbangkan daripada perkhidmatan obor pemotong jejari. Bagi segmen perkhidmatan teknikal, hasil lebih rendah yang dilaporkan disebabkan oleh penyudahan projek dengan jumlah kontrak yang lebih tinggi pada suku yang sama tahun sebelumnya manakala PBT bertambah baik disebabkan oleh pemulihan pembayaran ganti rugi yang telah ditentukan di atas projek pembinaan bangunan komersial dan margin yang disumbangkan daripada projek pembinaan jalan masuk.
Angeline Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Propel Global berkata, “Prestasi kewangan suku terbaharu adalah berita baik untuk Kumpulan kerana ini merupakan suku kedua keuntungan dan membolehkan kami keluar dari status PN17 tidak lama lagi. Tumpuan strategi kami ialah mencari peluang untuk mencapai prestasi kewangan yang lebih baik telah membuahkan hasil. Kumpulan akan terus melaksanakan inisiatif yang akan meningkatkan lagi prestasi kewangan kami.”
“Tinjauan industri O&G dijangka stabil disokong oleh pemulihan baik harga minyak mentah kerana ini secara langsung memberi manfaat kepada perniagaan yang terlibat dalam penerokaan dengan kesan limpahan positif bagi pihak lain yang terlibat dalam perkhidmatan O&G.”
MENGENAI PROPEL GLOBAL BERHAD
Propel Global Berhad (“Propel Global” atau “Kumpulan”) ialah syarikat tujuan khas bagi penyenaraian awam yang akan mengambil alih penyenaraian Daya Materials Berhad (“Daya Materials”) pada 28 April 2022. Sebagai sebahagian daripada penyenaraian Kumpulan, Propel Global akan memperoleh perniagaan Minyak dan Gas (“O&G”) dan membina aset perkhidmatan teknikal Daya Materials. Aset O&G ini termasuk perkhidmatan dalam pemulihan paip untuk operasi penggerudian, pembalakan dan pemprosesan data lubang bawah tanah serta pengadunan dan bekalan kimia untuk kedua-dua operasi hiliran dan huluan. Perniagaan perkhidmatan teknikal bangunan menyediakan reka bentuk, kejuruteraan, pembinaan, pengurusan projek dan penyelenggaraan & pengurusan bangunan dan kemudahan komersial dan perindustrian pada platform sumber tunggal kepada pelbagai pelanggan industri.
No comments
I want you to know how much I value your support.