HLB Lantik Lisa Surihani and Alif Satar Sebagai Duta Bank
HLB Lantik Lisa Surihani and Alif Satar Sebagai Duta Bank
Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank mengumumkan selebriti Lisa Surihani dan Alif Satar sebagai duta HLB yang baharu semasa sesi bertemu mesra dengan pelanggan bank dan media di Sofitel, Kuala Lumpur. Duo ini akan menjadi wajah-wajah pelbagai kempen dan inisiatif bank, kepada pelanggan dari semua segmen. Kerjasama menarik ini bertujuan untuk membina hubungan yang lebih mendalam antara Bank dan pelanggan, membantu meningkatkan profil bank dan mengukuhkan komitmen bank untuk menyediakan perkhidmatan kewangan dan produk yang dibina mengikut keperluan dan keutamaan pelanggan.
Lisa Surihani merupakan seorang pelakon terkenal Malaysia yang telah membintangi pelbagai filem dan rancangan TV popular. Beliau juga sering memperjuangkan pelbagai isu sosial dan bersemangat untuk memberi sumbangan kepada masyarakat melalui kerja amalnya.
Alif Satar pula merupakan seorang penyanyi, hos TV dan pelakon Malaysia yang popular yang telah memenangi pelbagai anugerah dan mempunyai pengikut yang besar di media sosial. Beliau juga seorang usahawan dan filantropis yang aktif terlibat dalam pelbagai inisiatif komuniti. Alif yang dikenali sebagai ‘Ironman’ juga konsisten dalam menjaga kesihatan dan latihan untuk memastikan dirinya sentiasa bersedia untuk acara-acara triathlon.
Mengulas tentang pelantikan ini, Zalman Zainal, Ketua Pegawai Pemasaran dan Komunikasi HLB berkata, “Kami gembira untuk menyambut Lisa Surihani dan Alif Satar ke keluarga HLB. Sebagai duta HLB, mereka akan membantu kami menjalin hubungan dengan pelanggan dan komuniti secara luas, dan mempromosikan produk dan perkhidmatan kami dengan cara yang bermakna.
“Sebagai artis dan usahawan yang tulus dan berjaya, mereka sentiasa berbakti kepada masyarakat, dan ini mencerminkan ethos bank yang fokus kepada komuniti. Bagi kami di HLB, produk, perkhidmatan, dan penyelesaian kewangan kepada pelanggan harus sentiasa bertumpu kepada masyarakat dalam memenuhi keperluan dan aspirasi kewangan mereka. Kami percaya Lisa dan Alif akan sepenuhnya mewakili nilai-nilai HLB dan menyampainya kepada audiens yang lebih luas.”
dengan HLB.
Lisa Surihani berkata, "Saya kagum dengan komitmen HLB dalam memberdayakan rakyat Malaysia untuk mencapai matlamat kewangan mereka dengan menjadikan proses perbankan mudah dan lancar, terutamanya melalui platform perbankan digital dan inklusif. Sebagai seorang ibu dengan anak-anak kecil, saya menghargai sumber-sumber celik kewangan dan pemuliharaan alam sekitar yang telah dikumpulkan oleh HLB di laman web mereka yang saya boleh gunakan untuk mengajar anak-anak saya tentang kepentingan pengurusan kewangan dan melindungi planet kita. Saya berharap dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan ini bersama HLB untuk membantu lebih ramai orang, terutamanya keluarga muda, menguruskan kewangan mereka dan membina landasan kukuh untuk anak-anak mereka."
Alif Satar turut menambah, "Sebagai seseorang yang telah mengalami sendiri kepentingan celik kewangan dan keusahawanan, saya bersemangat untuk mewakili HLB dalam usaha berterusan mereka untuk menjadikan produk dan perkhidmatan kewangan mudah diakses oleh semua orang. Akses mudah kepada produk dan perkhidmatan ini adalah penting dalam membantu masyarakat mencapai kebebasan kewangan dan meningkatkan kualiti hidup mereka, dan celik kewangan ini membolehkan mereka untuk merancang masa depan kewangan mereka. Dengan menempatkan keperluan pelanggan di hadapan, HLB dapat membantu ramai lagi orang meningkatkan taraf hidup mereka dan mencapai matlamat
kewangan mereka."
Seiring dengan sambutan Hari Raya yang bakal tiba, HLB juga telah menyediakan video kempen Raya bertajuk "Gaya Raya Kita". Video tahun ini menampilkan kenangan dan pengalaman beraya melalui pandangan kanak-kanak. Mereka berkongsi kenangan mereka yang berharga dalam menyambut Hari Raya bersama orang tersayang, haiwan kesayangan keluarga, dan juga ternakan yang dipelihara oleh datuk nenek mereka. Mereka juga berkongsi bagaimana mereka menggunakan duit Raya mereka: dengan membeli mainan dan pakaian sambil menyimpan baki dalam akaun simpanan.
Untuk menonton video ini, sila layari: https://www.youtube.com/watch?v=r5LZ3FXmjaM manakala untuk maklumat lanjut mengenai promosi Raya Bank ini, sila layari: https://www.hlb.com.my/ms/personal-banking/home.html
No comments
I want you to know how much I value your support.