Terbaru/News

69,000 Pelajar Mengatasi Setiap Halangan Ke Arah Hidup Sihat Bersama Gardenia Breakthru

69,000 Pelajar Mengatasi Setiap Halangan Ke Arah Hidup Sihat Bersama Gardenia Breakthru.


Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. menggalakkan pelajar-pelajar sekolah untuk mengamalkan budaya pemakanan yang lebih sihat dan melakukan aktiviti fizikal melalui Program Kecemerlangan “Nutrisi Seimbang, Murid Cemerlang” Bersama Gardenia Breakthru. Majlis pelancaran program itu diadakan di Victoria Institution, di sini hari ini dan disaksikan oleh Dr. Zalina Binti Mohd Tahir, Timbalan Pengarah, Sektor Perancangan Dan Pengurusan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersama warga Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., Derrick Khoo, Pengurus Besar Kanan Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, dan Ena Suhaila Abas, Pengurus Pemasaran.


“Salah satu kerangka Malaysia Madani di bawah tonggak pendidikan ialah penumpuan terhadap isu kemiskinan malnutrisi yang memberi impak kepada fizikal dan tumbesaran kognitif di kalangan pelajar. Kita harus bertindak sewajarnya dan kami mengalu-alukan program seumpama ini untuk menangani isu ini bersama.

Program sebegini membantu pelajar lebih fokus pada intipati kehidupan dan sangat membantu dalam membina negara yang lebih sihat. Marilah kita bersama-sama berganding bahu dan mengingatkan satu sama lain tentang kepentingan menjalani gaya hidup sihat,” kata Dr. Zalina.

Program Kecemerlangan “Nutrisi Seimbang, Murid Cemerlang” Bersama Gardenia Breakthru 2023

Menurut Ena, program itu bertujuan memberi kesedaran kepada pihak dekolah tentang kepentingan gaya hidup sihat. “Kami menggalakkan semua pelajar sekolah untuk mengatasi setiap halangan dalam kehidupan seharian mereka. Amat penting untuk kita terapkan budaya pemakanan sihat dari usia muda agar ia menjadi satu tabiat yang perlahan-lahan akan bertukar menjadi gaya hidup apabila dewasa kelak. Hashtag untuk kempen ini, #MengatasiSetiapHalangan, secara tidak langsung mengajar mereka untuk membuat pilihan pemakanan yang lebih tepat dan pada masa yang sama, memupuk minda yang berdaya tahan. Semua sifat ini mendorong pelajar untuk lebih berdisiplin dalam mengatasi setiap halangan dalam kehidupan,”tambah Ena.


Program ini melibatkan 69,000 orang pelajar dari 55 buah sekolah menengah terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia merangkumi peserta berumur di antara 13 hingga 17 tahun. Program ini dimulakan dengan 8CTIVETM School Tour untuk berkongsi kepentingan amalan gaya hidup sihat. 8CTIVETM School Tour ini merangkumi sesi perkongsian tentang amalan pemakanan dan gaya hidup sihat selain permainan interaktif yang menarik bersama para pelajar. Poster dan papan tanda tentang pemakanan sihat juga dipamerkan di kantin dan sekitar pekarangan sekolah sebagai peringatan berterusan tentang perkara ini.

Salam

Para pelajar juga digalakkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan media sosial program ini. Bertemakan hashtag #MengatasiSetiapHalangan dan #BreakThroughAllBarriers, pelajar hanya perlu memuat naik video atau gambar rutin harian mereka menjalani gaya hidup sihat. Jumlah penyertaan terkumpul dengan catatan tertinggi dari sekolah yang sama akan memenangi jersi eksklusif Gardenia Breakthru yang akan diberikan kepada setiap orang pelajar dari sekolah tersebut.


Kemuncak Program Kecemerlangan “Nutrisi Seimbang, Murid Cemerlang” Bersama Gardenia Breakthru ini ialah peraduan video pendek bertemakan “Kisah Kejayaan Mengatasi Setiap Halangan”. Untuk menyertai pertandingan ini, pelajar dikehendaki menghantar video pendek berdurasi di antara 3 hingga 5 minit, sunting video tersebut berlandaskan keaslian dan kreativiti masing-masing lalu menghantar video tersebut melalui e-mel kepada pihak penganjur. 


Tiga daripada video terbaik layak memenangi hadiah menarik daripada Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. Juara peraduan video pendek “Kisah Kejayaan Mengatasi Setiap Halangan” akan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM3,000.00, trofi dan sijil penyertaan untuk setiap ahli pasukan; diikuti dengan hadiah wang tunai bernilai RM2,000.00, trofi, dan sijil penghargaan bagi pemenang tempat kedua; dan pemenang tempat ketiga akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM1,000.00, trofi, dan sijil penyertaan. Selain itu, hadiah wang tunai bernilai RM1,000.00, trofi, dan sijil penyertaan menanti pelajar untuk Video Paling Kreatif.


No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...