International Café & Beverage Show (ICBS) 2023 Kembali Ke Kuala Lumpur Convention Centre dari 25 hingga 27 Mei 2023
Pameran Kafe & Minuman Antarabangsa Kembali Di Kuala Lumpur Convention Centre dari 25 hingga 27 Mei 2023
‘Roaster’s Pavilion’ popular ICBS 2023 kembali dengan pelbagai acara kegemaran lain
Kuala Lumpur, Malaysia, 3 Mei 2023 – International Café & Beverage Show (ICBS) 2023 (Pameran Kafe & Minuman Antarabangsa 2023), pameran utama bagi produk makanan, minuman dan kafe artisan, kini kembali ke Kuala Lumpur Convention Centre dari 25 hingga 27 Mei 2023. Di samping itu, ‘Roasters Pavilion’ (Pavilion Pengeluar Kopi Panggang) juga kembali untuk menyediakan cara yang menjimatkan kos bagi syarikat-syarikat pengeluar kopi panggang lebih kecil untuk mengetengahkan perisa kopi unik masing-masing. Pavilion tersebut ialah tempat yang ‘wajib dikunjungi’ di ICBS 2023, di mana pengunjung boleh mencuba antara kopi paling kreatif dan inovatif yang dihasilkan oleh lebih 15 syarikat yang menyertai pameran.
Josh Teo, Pengarah HisBrew, salah satu daripada syarikat pengeluar kopi panggang yang menyertai ‘Roasters Pavilion’ di ICBS 2023, berkata, “Sebagai Syarikat Pengeluar Kopi Panggang Istimewa dari Malaysia, ICBS bukan sahaja memberi peluang kepada kami untuk berkongsi wawasan dan kopi kami dengan pasaran, tetapi juga membantu kami berhubung dengan individu (seangkatan yang turut hadir, untuk berkongsi idea dan bekerjasama demi menambah baik dan memajukan industri kopi di Malaysia.”
ICBS 2023 dan Cafe Culture Malaysia, laman direktori kafe terbesar di negara ini, juga sedang bersiap sedia untuk pameran dengan menghadiahkan Cawan Kopi Montigo Sense bernilai RM150 setiap satu kepada 10 pemenang bertuah! Proses pemberian sudah bermula dan untuk mengambil bahagian, layari https://woorise.com/myr/icbs-2023-x-cafe-culture-malaysia-giveaway. Di samping itu, peserta juga akan menerima ‘cenderahati’ daripada Dankoff Coffee Specialist & Monin Asia di ICBS 2023 apabila anda mengambil bahagian dan mengunjungi pameran!
Christopher McCuin, Pengarah Urusan Montgomery Asia, penganjur acara berkata, “Kami teruja dengan sambutan positif kepada ICBS 2023 dan berbangga kerana telah mengesahkan penyertaan banyak pempamer baharu dan lama pada tahun ini. Ruang pameran yang tinggal kini sedang dipenuhi dengan pantas. Hubungi pasukan kami dengan segera untuk menyertai 250 jenama dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Australia, Belanda dan Itali yang turut serta. Dengan hanya sebulan lagi sebelum acara dibuka secara rasmi, kami tidak sabar-sabar untuk mengalu-alukan pengunjung Malaysia, peserta industri kafe dan kopi serantau dan antarabangsa, dan juga para penggemar kopi, ke ICBS 2023.”
Selain daripada pameran, penganjur (Montgomery Asia) telah sekali lagi berganding bahu dengan Persatuan Kopi Istimewa Malaysia (MSCA) untuk menganjurkan pertandingan separuh akhir dan akhir Kejohanan Kopi Kebangsaan Malaysia (MNCC) edisi ke-8. Barista ‘juara kebangsaan’ (dalam tiga kategori – Kejohanan Barista Malaysia Gigi Coffee 2023, Piala Pembuat Kopi Malaysia Falcon Coffees 2023 dan Kejohanan Seni Latte Malaysia Gigi Coffee 2023) akan mewakili Malaysia di Kejohanan Kopi Dunia (WCC) 2024.
Mengulas mengenai MNCC, Kelvin Ngow Wai Hng, Presiden Persatuan Kopi Istimewa Malaysia (MSCA), menambah, “Debaran kian memuncak memandangkan kita semakin menghampiri tarikh Kejohanan Kopi Kebangsaan Malaysia (MNCC) edisi ke-8 di ICBS 2023. Pada tahun ini, 76 barista telah menyertai peringkat awal MNCC. Seramai 12 barista dalam setiap satu daripada tiga kategori telah melayakkan diri ke pertandingan separuh akhir, di mana mereka akan bersaing untuk menjadi ‘juara kebangsaan’ dan mewakili Malaysia di Kejohanan Kopi Dunia 2024.”
Di pameran tahun ini, Montgomery Asia akan memperkenalkan siri pendidikan bertajuk "Cafe Talk @ ICBS 2023", yang akan melibatkan 14 bengkel dan ceramah sepanjang pameran. Antaranya termasuk bengkel daripada Barista Guild Asia, yang akan menganjurkan dua kursus – ‘Pengenalan Kopi’ bagi mereka yang benar-benar berminat dengan dunia kopi yang lazat dan mahu memahami cara untuk menyediakan kopi yang hebat dan juga ‘Anda nak buka kafe?’, yang disediakan untuk sesiapa yang mahu membuka kafe tetapi tidak pasti di mana selok-beloknya. Dankoff Coffee Specialist juga akan menganjurkan ‘Bilik Pancaindera Bersama DC Academy’, yang membolehkan peserta mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk mengenal pasti perisa dan aroma kopi dan teh.
Mengulas mengenai penyertaannya di ICBS buat pertama kali, Dini Aryani Criddle, Presiden dan Pengarah, Tanamera Coffee Indonesia, berkata, “Berkekalkan matlamat tunggal untuk menjadikan Indonesia sebuah negara yang terkenal dengan kopi istimewa, kami telah memilih ICBS 2023 sebagai wadah untuk melancarkan perniagaan runcit, borong dan peralatan memanggang di Malaysia. Acara ini adalah sebuah pameran bertaraf dunia yang membolehkan kami berhubung dengan pelanggan dan komuniti kopi.”
ICBS 2023 dianjurkan dengan kerjasama MSCA dan telah sekali lagi mendapat sokongan kukuh daripada penaja dan peserta pameran. Para penaja acara termasuk Bean Brothers, Claytan, Dutch Lady Professional, Falcon Coffees, Gigi Coffee, Hario, Monin, Cafetto, dan Marco oleh Dankoff Coffee Specialist, La Cimbali oleh Coffex Coffee, Mazzer oleh Classic Fine Foods Malaysia, Vitasoy dan Watch Water. Antara para peserta pameran termasuk Frad Coffee, K Hub, Qube Apps, Eciatto, Green Pot Tea, Conx Design, Forest Cloud, HisBrew, Da Di Coffee, Niju Coffee, LewisGene Roasters, Gourmet Partner, Global Coffee Resources, Organic 7 Days, Asia Hegner, Big Fame, Stallion Creation, Necessary Provision, MPFA Trading dan SEA Global.
Rakan kerjasama lain bagi ICBS 2023 termasuk Persatuan Kopi ASEAN, Persatuan Pengeksport dan Industri Kopi Indonesia, Persatuan Barista Thailand, Persatuan Hotel & Restoran Filipina, Lembaga Kopi Filipina, Persatuan Kopi Lao, Persatuan Kopi Myanmar, Persatuan Kopi Singapura, Persatuan Kopi Istimewa Indonesia, Persatuan Kopi Thai dan Persatuan Kopi Koko Vietnam.
Pameran ini akan diadakan di Dewan 4 & 5, Kuala Lumpur Convention Centre, dengan tumpuan kepada pengunjung perdagangan dan industri pada dua hari pertama (25 dan 26 Mei – 10.00pg hingga 6.00ptg). Pada hari ketiga dan terakhir (Sabtu, 27 Mei – 10.00pg hingga 5.00ptg) acara ini terbuka kepada orang ramai, dan mereka boleh menjamu selera mereka dengan sajian terbaik yang ditawarkan oleh industri kopi dan kafe. Sesiapa yang berminat untuk mengunjungi atau menyertai pameran ICBS boleh melayari www.intl-cbs.com untuk membuat prapendaftaran kunjungan mereka dan mendapatkan berita dan maklumat terkini.
Mengenai Pameran Kafe & Minuman Antarabangsa (International Café & Beverage Show - ICBS)
Dengan tumpuan terhadap kopi istimewa, gaya hidup, perkhidmatan dan peralatan kafe, ICBS akan menganjurkan pameran bertaraf antarabangsa dalam sektor ekonomi gaya hidup yang sedang pantas berkembang. ICBS menjadi titik tumpuan pemilik kafe, pengurus dan kumpulan lain komuniti F&B untuk membina jaringan dan membeli produk bermutu tinggi. Pameran ini akan memberi peluang kepada pembekal untuk membina jenama dan mendapatkan penajaan dalam komuniti yang relevan dan terkhusus.
Mengenai Montgomery Asia
Montgomery Asia yang ditubuhkan pada 2016, ialah anak syarikat milik penuh Montgomery Group, sebuah kumpulan berpangkalan di UK dan merupakan salah satu syarikat pameran paling dihormati di dunia sejak 1895. Montgomery Asia memberi tumpuan terhadap pasaran Asia yang semakin berkembang maju, dengan usaha membawakan acara-acara penting di bawah penganjuran kumpulan ke rantau ini dan juga merancang pameran-pameran perdagangan baharu yang memenuhi keperluan pasaran Asia, dengan cara yang selamat dan terkawal dalam suasana sukar masa kini.
Mengenai Persatuan Kopi Istimewa Malaysia (MSCA)
Persatuan Kopi Istimewa Malaysia (MSCA) telah ditubuhkan dengan wawasan untuk membina dan menjamin pertumbuhan industri kopi istimewa Malaysia. Persatuan ini dianggotai profesional kopi, pembekal, pengedar, juruteknik, barista dan banyak lagi individu muda yang berbakat. Laman web: www.msca.org.my
No comments
I want you to know how much I value your support.