Penjenamaan Dan Pendigitalan Maju Mampu Ke Tahap Membina Semangat Para Usahawan Bersama Usanita.
Penjenamaan Dan Pendigitalan Maju Mampu Ke Tahap Membina Semangat Para Usahawan Bersama Usanita.
USANITA Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka di Hotel Pullman Kuala Lumpur. Majlis turut di meriahkan dengan pengacara Awal Ashaari, Zoey Rahman, dengan kemunculan Selebriti seperti Datuk Rosyam Nor, Chef Zam, Nabila Razali, Hael Husaini, Muaz dan ramai lagi turut hadir meraikan rumah terbuka 2023 USANITA Mall.
"Alhamdullilah sudah hampir setahun program penjenamaan dan pendigitalan bermula sejak tahun lepas. Bermula dengan proses tapisan daripada 1000 penyertaan daripada seluruh negara, akhirnya kami pilih 50 Usahawan IKS". ujar Dato Adzliana CEO USANITA
Peningkatan jualan bulanan yang positif di mana ada Perintis yang sehingga hari ini telah buat penjualan sebanyak RM300,000 dan kami mensasarkan akan terus meningkat menjelang malam Aspirasi Perintis USANITA yang akan berlangsung pada julai 2023.
Dato Adzliana , CEO USANITA turut berkerjasama bersama Awal Ashaari, Zoey Rahman, dan Datuk Rosyam bagi menguatkan lagi usanita. Sepanjang setahun ini usanita dan Datuk Rosyam telah menjalankan aktiviti diantaranya adalah :
a) Jalankan Bootcamp di Dewan WTC KL pada julai 2022
b) Proses Redesign Packaging untuk menggunakan wajah Jenama Datuk Rosyam. USANITA beri khidmat nasihat untuk memberi khidmat packaging nampak lebih menarik.
c) Majlis Tanda Tangan Kontrak.
d) Shooting Street Smart bersama Suhan, dimana jumlah Tontonan di YouTube Suhan dan USANITA telah mencecah sebanyak 3.5 juta Tontonan penonton.
e) Produk-produk terpilih juga telah di sesi Photoshoot oleh USANITA untuk menjaga kualiti Gambar yang lebih baik.
f) Master Clique USANITA di Bentong Pahang, Aktiviti Team Bonding yang banyak buat Outdoor.
g) Monitor Sales Report setiap bulan.
Ada juga yang selama ini berniaga secara kecil-kecilan dan kini sudah masuk pasaraya, ada yang juga menggunakan peluang ini untuk memperkenalkan produk mereka kepada dibawah Jenama Artis Tempatan.
Pada malam Aspirasi nanti kami akan menobatkan 10 Perintis yang Terbaik dan Top 3 Perintis akan menerima Wang Tunai sebagai Ganjaran pada mereka. Antara Kategori yang akan dipertandingkan ialah seperti Anugerah Jualan Terbaik, Anugerah Pemasaran Terbaik, Anugerah Jumlah Tontonan Terbanyak dan banyak lagi.
USANITA MALL : PLATFORM E-DAGANG PILIHAN IKS MALAYSIA
usanitamall.com kini sudah sedia digunakan dan kini dah ada lebih dari 50 Merchant yang berdaftar, mereka ini terdiri daripada Perintis USANITA juga. Ada juga VIP Merchant yang berdaftar dengan USANITA Mall seperti Adraa by Datuk Rosyam Nor, RR daripada Rizman Ruzaini, Mikaseries daripada Zoey Rahman.
Platform yang dibina 100% oleh Developer tempatan ni mensasarkan ada lebih 300 Merchant pada hujung tahun ini dan pada masa akan datang "Touch N Go" eWallet akan bersama-sama USANITA Mall untuk menjadi salah satu Payment Gateway yang akan memudahkan semua pihak, sama ada Pembeli atau Penjual. Kini USANITA Mall boleh dimuat turun di "Google Play Store" dan "Apple Apps Store".
Salah satu Projek yang bakal meletop tahun ini adalah Rancangan YouTube USANITS bersama Datuk Rosyam melalui Suhan Channel. Rancangan yang bertajuk "Hitam Putih" ini berkongsepkan Podcast, dimana membincangkan topik-topik yang lebih ke arah kehidupan semasa, tidak terikat dengan perbualan Bisnes semata-mata.
Sasaran tontonan lebih meluas daripada Remaja hingga ke Dewasa boleh bersama dengan topik yang kita kupas. Para KOL atau jemputan yang kita jemput pun memang orang yang tepat untuk memberi respon pada tajuk yang dibincangkan. Mula ditayangkan pada 21 Mei 2023 pada jam 8 malam, program "Hitam Putih" ini akan disiarkan setiap hari Ahad jam 8 malam di Youtube Channel "Suhan Channel".
Alhamdullilah tahun ini cukup bermakna buat USANITA, kerana terpilih untuk mengelolai Program Usahawan yang tidak asing lagi iaitu Masterclass Buletin FM. Masterclass Buletin FM yang dijangkan akan bermula penggambaran pada Jun nanti akan menyaksikan Format yang Baharu mengikut acuan USANITA Sdn Bhd. ujar Dato Adzliana CEO USANITA
Kali ini cabaran akan lebih Fokus pada sesuatu bidang dalam keusahawanan seperti contoh cabaran pemasaran secara fizikal atau produk branding packaging. Pada cabaran kali ini juga ada beberapa cabaran baru yang akan diperkenalkan, iaitu cabaran atas lapangan. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari https://www.usanita.com/
No comments
I want you to know how much I value your support.