KEMPEN “GOLDEN TICKET” MENAWARKAN BAUCAR BELI-BELAH BERNILAI LEBIH RM600,000 UNTUK DIMENANGI
KEMPEN “GOLDEN TICKET” MENAWARKAN BAUCAR BELI-BELAH BERNILAI LEBIH
RM600,000 UNTUK DIMENANGI
Tiket “Super Golden” Yang Terbaru Menawarkan Ganjaran Sehingga RM10,000!
Bermula dari 2 sehingga 25 Jun 2023, Kumpulan Suria KLCC yang merupakan destinasi utama untuk membeli belah, kembali dengan Kempen ‘Golden Ticket’ yang bakal menawarkan ganjaran yang lebih besar dan lebih menarik. Kempen ‘The Golden Ticket’ kini muncul untuk kali yang keempat lanjutan dari sambutan hebat yang diperkenalkan kepada para pengunjung pada tahun 2020.
Kempen yang sememangnya dinanti-nantikan ini akan berlangsung menerusi tiga peringkat yang bermula dengan Majlis Media pada 2 Jun diikuti oleh Tebusan ‘Golden Ticket’ yang akan bermula pada 3 sehingga 24 Jun dan akan berakhir dengan Majlis Pengharagaan Pembeli yang akan diadakan pada 25 Jun.
Acara tebusan ‘Golden Ticket’ akan berlangsung di Suria KLCC ‘Centre Court’ yang mana 100 kotak misteri akan tersedia untuk aktiviti cabutan bertuah buat para pelanggan. Setiap kotak mengandungi sekeping ‘Golden Ticket’ yang bernilai RM5,000 atau sekeping ‘Purple Ticket’ yang bernilai RM50.
Pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah ini dan dapat menikmati ganjaran melalui tebusan eBaucar yang dimenangi. Pentas utama kempen ini aka mempersembahkan sambutan yang meriah diiringi musik kemenangan yang membangkitkan semangat untuk tontonan para pengunjung bagi setiap cabutan ‘Golden Ticket’ yang berjaya ditebus.
Para pemenang ‘Golden Ticket’ bakal dirai apabila setiap dari mereka berpeluang untuk menyertai sesi fotografi dan setiap dari gambar para pemenang akan dilayarkan di skrin digital berputar yang bertempat di ‘Centre Court’ dan juga di setiap skrin digital yang tersedia di sekitar pusat beli-belah.
Satu sesi cabutan bertuah untuk setiap hari minggu akan diadakan di antara jam 12pm sehingga jam 8pm, manakala dua sesi cabutan bertuah akan diadakan untuk setiap hujung minggu yang mana sesi pertama akan diadakan di antara jam 10am sehingga jam 2pm dan sesi kedua di antara jam 5pm.sehingga jam 9pm.
100 keping tiket akan ditambah pada setiap sesi manakala lebihan tiket yang tidak.dicabut akan digabungkan bersama tiket yang lain pada keesokannya. Tidak kurang dari ganjaran tebusan tiket, 50 orang pelanggan yang paling banyak berbelanja semasa tempoh tebusan ‘Golden Ticket’ akan diundang untuk menyertai Majlis Penghargaan Pembeli pada 25 Jun. Majlis sambutan ini akan dilengkapi dengan jamuan koktel yang akan menghidangkan pelbagai juadah ‘canapés’ tidak ketinggalan penampilan DJ yang akan membuat persembahan secara langsung.
Bagi memeriahkan tandnpenghargaan dari warga kerja Suria KLCC juga, seorang pelanggan setia yang bertuah berpeluang untuk memenangi ‘Super Golden Ticket’ yang bakal memberi ganjaran e-Baucar hebat yang bernilai RM10,000 tanpa perlu menambah nilai perbelanjaan. Sementara itu, pelanggan terhormat yang lain akan menerima sekeping e-Baucar yang bernilai RM50 sebagai token penghargaan.
\
“Kempen ‘The Golden Ticket’ adalah upacara tradisi tahunan yang amat berprestij dan sentiasa menantikan kehadiran pelanggan terhormat. Sepanjang keberlangsungan kempen sejak tiga tahun lepas, kempen yang sangat bermakna ini telah memberi ganjaran hebat kepada pelanggan setia dan telah mencatat nilai melebihi RM1 juta untuk baucar beli-belah yang berjaya diberikan.
Melihat dari sasaran impak ekonomi, kebanyakkan rakan perniagaan Suria KLCC telah mencatat peningkatan dari sudut jumlah pelanggan dan jualan terus,” ujar Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.
Alamanda Shopping Centre
Bertempat di Pusat Beli-Belah Alamanda, Putrajaya, kempen ‘Golden Ticket’ yang berlangsung dari 26 Mei sehingga 18 Jun menjanjikan pelbagai tawaran dan ganjaran menarik buat para pelanggan. Seiringan degan Kempen ‘Golden Ticket’ di Suria KLCC, pelanggan yang berbelanja berbelanja RM500 dan keatas dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi baucar beli-belah Alamanda.
Sebanyak 101 tiket akan dicabut untuk setiap hari yang mana setiap cabutan akan membawa cabutan "Golden Ticket’ yang utama dan bernilai RM1,000 bersama 100 cabutan ‘White Ticket’ yang bernilai RM50.
Lebihan tiket yang tidak dicabut akan digabungkan bersama tiket yang lain untuk cabutan keesokan harinya bagi meningkatkan jumlah tiket yang tersedia. Setiap pelanggan hanya berpeluang memenangi sebuah hadiah untuk setiap hari, selagi stok masih ada.
Pusat Beli-Belah Mesra di Kemaman, Terengganu akan menjayakan Kempen ‘Golden Ticket’ untuk 30 hari bermula dari 2 sehingga 31 Julai 2023. Melihat kepada sambutan yang amat memberangsangkan pada kempen tahun lepas, konsep yang sama masih dikekalkan. Para pelanggan yang berbelanja RM300 dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk menyertai kempen cabutan bertuah untuk memenangi baucar BeliBelah yang bernilai RM1,000 atau RM30.
Resit tulen daripada mana-mana kedai terpilih di Pusat Beli-Belah Mesra perlu disertakan semasa pendaftaran penyertaan kempen.
Untuk info lanjut, sila layari:
Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall
No comments
I want you to know how much I value your support.