Terbaru/News

TENA MEMPERJUANGKAN ‘ACTIVE AGEING’ DENGAN PELANCARAN LAPORAN PENUAAN TERKINI MALAYSIA 2023

TENA MEMPERJUANGKAN ‘ACTIVE AGEING’ DENGAN PELANCARAN LAPORAN PENUAAN TERKINI MALAYSIA 2023 DISOKONG OLEH JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT MALAYSIA

TENA teruskan usaha untuk memperjuangkan Active Aging (penuaan aktif), laporan ini merangkumi statistik populasi penuaan Malaysia, pandangan dan cabaran penduduk yang semakin menua dan amalan terbaik untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.


Dalam usaha untuk memperjuangkan “active ageing” (penuaan aktif) di Malaysia, TENA, jenama peneraju dalam penjagaan inkontinen, melancarkan Laporan Penuaan Malaysia yang disokong oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, mengenai kesihatan & kesejahteraan geriatrik dengan tujuan untuk mewujudkan kesedaran tentang populasi menua dan menyebarkan mesej untuk menjalani kehidupan terbaik dari aspek mental dan fizikal dengan sehabis baik apabila anda meningkat usia.


Majlis pelancaran tersebut berlangsung di Ibu Pejabat Vinda Asia Tenggara di Klang dan dihadiri oleh Encik Arfan bin Sulaiman, Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Su Ting Nee, Presiden, Vinda SEA, Encik Ahmad Tarmidi Nawawi bin Abdul Razak, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Warga Emas, Jabatan Kebajikan Malaysia, kakitangan pengurusan utama TENA dan rakan-rakan media.

Laporan Penuaan Malaysia ialah satu inisiatif oleh TENA dan sebuah kumpulan penyelidikan swasta untuk mengetengahkan peningkatan yang tidak dapat dielakkan dalam kalangan populasi warga emas Malaysia, pandangan menarik mengenai perspektif warga emas Malaysia terhadap ‘active ageing’, cabaran kepada masyarakat dan penjaga serta langkah yang boleh kita laksanakan untuk memastikan kita kekal aktif dan menjalani kehidupan yang terbaik seiring dengan peningkatan usia.

Pada awal tahun ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif TENA di bawah payung ‘active ageing’, mereka turut melancarkan kempen TENA Heroes. Kempen ini menampilkan tiga penyokong ‘active aging’ dan kisah mereka dalam mengharungi kehidupan dengan menerapkan semangat penuaan aktif dalam kehidupan seharian mereka. Ini adalah antara usaha bagi memberi inspirasi dan menggalakkan masyarakat untuk menyesuaikan gaya hidup aktif secara mental dan fizikal tanpa menjadikan usia sebagai penghalang. Ini kemudiannya diikuti dengan kejayaan pelancaran pencarian kumpulan muzik pertama di Malaysia untuk mereka yang berumur 50 tahun dan ke atas, TENAcity.


Acara hari ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Su Ting Nee, Presiden, Kumpulan Vinda Asia Tenggara diikuti dengan ucapan Encik Arfan bin Sulaiman. Ketika berucap, Su Ting Nee, Presiden, Kumpulan Vinda Asia Tenggara, berkata, “Pelancaran Laporan Penuaan Malaysia TENA ini merupakan kemuncak usaha kami pada tahun ini. Objektif utama kami adalah untuk menyebarkan mesej ‘active ageing’ kepada seramai mungkin rakyat Malaysia. Selepas kejayaan pelancaran TENA Heroes dan TENAcity, laporan ini bakal memberi penekanan kepada cabaran yang diakibatkan oleh peningkatan populasi menua. Ini juga merupakan penyelesaian yang membolehkan warga komuniti kita untuk menjalani kehidupan dengan gigih tanpa halangan seperti faktor umur dan status sosioekonomi, sekaligus memelihara kesejahteraan mereka dan meninggalkan impak yang berterusan.”


Beliau juga berkata, “Saya amat berbesar hati dan teruja untuk bersama-sama Encik Arfan bin Sulaiman, Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Sokongan beliau terhadap usaha kami dalam memperjuangkan ‘active ageing’ benar-benar.mengesahkan dan mengukuhkan usaha yang telah kami laksanakan setakat ini dan kami percaya bahawa melalui perkongsian ini, kami bukan sahaja dapat membawa mesej kepada lebih ramai orang tetapi melaksanakan langkah-langkah yang nyata dan dapat terus dilaksanakan untuk memastikan komuniti kita mendapat sokongan penuh yang mereka perlukan apabila mereka menua.”


Ucapan perasmian tersebut diikuti dengan perbincangan panel, yang dikendalikan oleh wartawan berpengalaman dan terkenal, Ibrahim Sani. Panel ini terdiri daripada Su, Encik Ahmad Tarmidi Nawawi bin Abdul Razak, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Warga Emas, Jabatan Kebajikan Malaysia dan Sherry Aljeffri, TENA Hero dan pelakon, bagi membincangkan Cabaran Penuaan dan Bagaimana Rakyat Malaysia Boleh Kekal Aktif Apabila Usia Meningkat. Semasa.sesi perbincangan yang bernas ini, banyak aspek positif telah dibangkitkan oleh semua pihak mengenai kemungkinan yang mungkin dihadapi daripada populasi yang menua, cabaran yang dihadapi oleh penjaga, implikasi ekonomi kepada masyarakat bersama-sama dengan cadangan tentang cara untuk mendekati dan menguruskan halangan ini.


Semasa berucap, Yang Berusaha Encik Arfan bin Sulaiman berkata “Dalam melangkah ke arah Negara Tua, tidak dapat dinafikan bahawa masih terdapat sejumlah rakyat Malaysia yang bergelut dengan cabaran yang hebat bagi memastikan mereka dapat terus menampung kelangsungan kehidupan harian terutamanya dengan usia yang kian meningkat. Terus mendepani cabaran ini, usaha kolektif perlu digembleng dalam merangka pelan, inisiatif dan strategi jangka panjang buat golongan warga emas di negara kita”


Beliau turut berkata bahawa “Selari dengan inisiatif kerajaan, kami percaya agar ‘Active Ageing’ atau Konsep Penuaan Aktif perlu terus diketengahkan bagi memastikan golongan warga emas di Malaysia dapat terus menjalani kehidupan secara aktif serta dengan kadar kebergantungan yang minimum. Kami menyambut baik usaha TENA Malaysia bagi membangunkan usaha seperti in bagi membantu golongan warga emas dan berharap lebih ramai pihak akan turut mendukung usaha murni ini”


Sebelum penyampaian laporan kepada Encik Arfan bin Sulaiman, tetamu telah dipersembahkan dengan barisan tarian muhibbah, yang dipersembahkan oleh kumpulan tarian warga emas, mempamerkan semangat ‘active ageing’ melalui gabungan tarian yang merentasi semua budaya. Ini diikuti dengan pengenalan filem jenama TENA, yang merangkumi usaha terkini TENA dalam memperjuangkan ‘active ageing’, serta persembahan bertenaga oleh kumpulan TENAcity buat kali pertama sejak dinobatkan sebagai juara.

TENAcity juga akan menjelajah negara dengan persembahan di 5 bandar utama bermula pada bulan Jun hingga Oktober 2023 dan warga emas Malaysia dijemput untuk hadir dan menyertai pelbagai aktiviti yang disusun khas untuk menggalakkan ‘active ageing’. Rakan kongsi rasmi kami, Kumpulan Farmasi Caring, juga akan hadir di lokasi jelajah untuk menyediakan pemeriksaan kesihatan dan ceramah untuk tetamu yang hadir.

Laporan Penuaan Malaysia TENA akan tersedia dalam 3 bahasa; Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina untuk kegunaan awam melalui laman web TENA. Untuk mengikuti perkembangan terdahulu, terkini dan masa akan datang daripada TENA bagi memperjuangkan ‘active ageing’.

Sila layari laman Facebook TENA di www.facebook.com/TENA.Malaysia atau laman web TENA di www.TENA.com.my.

No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...