ECOTRAIL® PUTRAJAYA: A GREEN RACE FROM EUROPE TO MALAYSIA
ECOTRAIL® PUTRAJAYA: A GREEN RACE FROM EUROPE TO MALAYSIA
ECOTRAIL® PUTRAJAYA: A GREEN RACE FROM EUROPE TO MALAYSIA merupakan acara perlumbaan larian denai terbesar yang unik dan telah berjaya dalam penganjurannya sejak penciptaan acara ini yang menggabungkan pelancongan sukan, pembangunan mampan dan tanggungjawab terhadap alam semulajadi.
Lokasi perlumbaan dipilih berhampiran dengan bandar-bandar utama dan pinggir bandar seperti di Wilayah Persekutuan Putrajaya. Objektif Ecotrail adalah gabungan perlumbaan larian sihat di samping memberi peluang kepada para peserta untuk mendekatkan diri dengan warisan semula jadi dan budaya sesebuah bandar.
Pemilihan Wilayah Persekutuan Putrajaya sebagai lokasi penganjuran acara tersebut adalah kerana Putrajaya merupakan bandar ultra-moden yang masih dikelilingi dengan taman-taman alam semulajadi di samping mampu memberi peluang kepada para peserta untuk melihat Putrajaya dari pelbagai sudut dan perspektif. Ini memberi peluang untuk Putrajaya menonjolkan kelebihan dan keindahannya dan seterusnya mempromosikan lokasi ini sebagai lokasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi.
Selain itu, sehingga bulan Mac 2023, jumlah tetamu yang menginap di hotel sekitar Putrajaya adalah sebanyak 148,437 orang, berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2022, jumlahnya telah meningkat sebanyak 157.3%.
Perlumbaan EcoTrail® telah mula diperkenalkan dan diadakan di bandar Paris, Brussels, Reykjavik, Oslo, FunchalMadeira Island, Madrid, Geneva, Florence, Stockholm, Copenhagen, Oslo, Putrajaya dan Chiang Mai. Pada tahun 2023, EcoTrail® akan diadakan di Putrajaya (Malaysia) pada 29 Julai, Wicklow (Ireland) pada 30 September, Funchal - Madeira Island pada 21 Oktober dan Valencia (Spain) pada 29 Oktober 2023.
EcoTrail® Putrajaya telah mula memasuki Asia pada tahun 2019 dengan penganjuran pertamanya telah dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan syarikat Ten Senses (M) Sdn. Bhd. Perlumbaan ini melibatkan larian sejauh 10km, 30km, 50km dan 80km.
Melalui penganjuran acara Ecotrail® Putrajaya pada tahun 2019, seramai 900 peserta telah menyertai acara tersebut termasuklah penyertaan daripada peserta antarabangsa. Edisi kedua penganjuran EcoTrail® Putrajaya 2023 telah menyaksikan penyertaan seramai 1,300 peserta dengan 200 penyertaan dari negara Belanda, Amerika Syarikat (expat), Singapura, China, Filipina, Thailand, Jepun, Indonesia dan lain-lain lagi.
Acara pelepasan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Datuk Mohd Zamri Bin Mat Zin dan Peserta Ecotrail Putrajaya teruja serta terpegun dengan landskap serta pemandangan mengujakan bila melalui laluan ecotrail. Tidak menyangka Putrajaya memiliki khazanah alam semulajadi yang tidak ternilai. Datuk Tksu turut bersama berlari dalm kategori 10km bersama pegawai dari Motac yg lain.
Setiap peserta yang mengikuti penyertaan EcoTrail® Putrajaya ini menerima baju, bib perlumbaan dengan cip masa, pingat, sijil elektronik dan snek ringan. Para peserta yang berjaya menamatkan larian dalam masa terpantas layak menerima hadiah berupa finisher tee, pingat, baucar tunai, trofi, hamper dan banyak lagi hadiah sumbangan pihak penaja seperti Decathlon, GARMIN, Silva, Domino’s Pizza, Heat Tone Nona Roguy dan lain-lain penaja.
Ujar, Mohd Bukhari Ismail sebagai penganjur turut menceritakan acara Ecotrail® Putrajaya dilakukan larian dalam bandar dan tidak pernah orang terpikir ada trail yang cantik. hebahan dari mulut ke mulut, pihak media, tousrim dapat mempromosikan Putrajaya sebagai bandar yang unik untuk dinikmati oleh pelancong. Ecotrail® Putrajaya berdaftar dengan ITRA - International Trail Running Association untuk menjayakan Ecotrail® Putrajaya yang dapat mengumpulkan pelari sekitar asia untuk berlari.
Tahniah kepada semua pemenang yang berjaya menamatkan larian dan pihak-pihak yang menjayakan EcoTrail® Putrajaya . Untuk mklumat lanjut sila layari laman web: www.motac.gov.my Facebook, Instagram & Twitter: @mymotac
No comments
I want you to know how much I value your support.