MBPJ TUAN RUMAH 1st ASIA PACIFIC YOUTH FOLKLORE FESTIVAL 2023
MBPJ TUAN RUMAH 1st ASIA PACIFIC YOUTH FOLKLORE FESTIVAL 2023
Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan kerjasama International Council of Organizations of Folklore Festival and Folk Arts (cioff) Malaysia (official partner of unesco) telah diberikan kepercayaan mewakili Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran “1st Asia Pacific Youth Folklore Festival 2023” yang akan diadakan pada 21 hingga 26 September 2023 (Khamis hingga Selasa) di Pusat Bandar Seksyen 52, Petaling Jaya.
Selaras dengan aspirasi pelan strategik Petaling Jaya pintar, mampan dan berdayatahan 2030 (pjssr 2030), dasar pelancongan negara 2020-2030 (dpn) dan dasar kebudayaan negara 2021 (daken) dalam usaha memacu industri pelancongan negara yang berteraskan kelestarian pembangunan budaya, seni dan : warisan, penganjuran festival kesenian rakyat oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada tahun ini lebih berprestij dan berimpak tinggi.
Kerajaan negeri Selangor pada tahun 2015 telah mengisytiharkan bandar raya petaling jaya sebagai sebuah kota bandaraya petaling jaya dalam usaha mempromosikan bandaraya petaling jaya khususnya, dan negeri Selangor serta malaysia amnya sebagai sebuah destinasi pelancongan antarabangsa yang berteraskan kepada keharmonian dan kelestarian seni dan budaya sejagat khusus melalui penganjuran “PJ International Folklore Festival" sejak tahun 2013 lagi.
Festival kesenian rakyat ini telah diklasifikasikan sebagai “government to government cultural project” dan pada tahun 2018 telah diiktiraf sebagai “international cultural exchange program oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)".
Bertemakan “menghayati budaya & warisan"
(embracing culture & heritage), matlamat utama penganjuran festival kali ini ialah memupuk dan menzahirkan rasa cinta dan saling memahami bermula dari usia muda lagi terhadap kepentingan melestarikan kepelbagaian dan keunikan budaya, seni dan warisan dalam memupuk keharmonian dan perpaduan masyarakat global.
Majlis mensasarkan penyertaan dari 26 kumpulan kebudayaan dari negara-negara di rantau asia pasifik di bawah pengurusan international council of organizations of folklore festivals and folk arts (cioff) malaysia. sehinga kini, sebanyak 19 kumpulan kebudayaan antarabangsa dari 13 buah negara telah mengesahkan penyertaan mereka.
Antaranya China, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Thailand, Iran, Filipina, Uzbekistan, Sri Lanka, Singapura, Brunei dan Qatar.
8 Jenis Program / Aktiviti Sepanjang Festival;
i. Persembahan kebudayaan antarabangsa
il. “Pocket show" di sekolah-sekolah terpilih sekitar Petaling Jaya.
iii. Pameran, jualan dan demonstrasi pembuatan produk seni, kraft angan dan makanan tradisional
iv. “PJ International art conference 2023"
v. Seminar kerjaya seni
vi. Mayor and City Managers : Round Table Discussion
vii. Pertandingan “PJ best Tari”
viii. Majlis perasmian, konsert ceritera rakyat oleh artis terkemuka tanah air dan pertunjukan bunga api.
Acara ini sudah tentunya ditunggu-tunggu kerana MBPJ sering menampilkan artis-artis terkenal bagi menghiburkan warga penduduknya. Antara yang pernah beraksi ialah Datuk Ramli Sarip, Datuk M. Nasir, Zamani Slam, XPDC dan tahun lalu kumpulan rock terkenal Wings.
Untuk kali ini, barisan artis yang ditampilkan sememangnya tidak asing lagi dikalangan peminat industri hiburan tanah air iaitu Datuk Ahmad Azhar Othman (Datuk Awie), Siti Roziana Zain (Ziana Zain), Nor Zila binti Aminuddin (Ella) dan Datuk Mohd Shukri Shahabudin (Dato Hattan). Kesemua mereka mempunyai nama dan profil yang sangat besar bermula dari era 1990-an dan kekal bertahan sehingga kini.
Konsert yang dianjurkan secara percuma ini akan berlangsung pada Ahad, 24 September 2023, jam 8.30 malam di Laman MBPJ, Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya.
MBPJ berharap agar semua peminat muzik samada di Petaling Jaya atau kawasan berdekatan agar tidak melepaskan peluang menyaksikan konsert hebat ini.
Orang ramai amat digalakkan untuk terus berinteraksi, bersama MBPJ di media sosial rasmi MBPJ iaitu di Facebook; Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Instagram dan twitter; pjcitycouncil serta laman sesawang MBPJ www.mbpj.gov.my
No comments
I want you to know how much I value your support.