Terbaru/News

WOMEN:girls SAMBUT ULANG TAHUN KE-10 DENGAN PELANCARANKEJAR KERJA, KERJASAMA DENGAN NIVEA DAN WATSONS, PACU AGENDA PEMERKASAAN WANITA

WOMEN:girls SAMBUT ULANG TAHUN KE-10 DENGAN PELANCARANKEJAR KERJA, KERJASAMA DENGAN NIVEA DAN WATSONS, PACU AGENDA PEMERKASAAN WANITA


WOMEN:girls, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk memperkasakan wanita dan gadis, dengan sukacitanya mengumumkan pengenalan semula program yang ditunggu-tunggu, Kejar Kerja. Dengan kerjasama NIVEA dan Watsons, program yang diilhamkan bagi memperkasa wanita berumur antara 18 hingga 30 tahun yang menetap di sekitar Lembah Klang dan Selangor ini bakal menyediakan peluang kerjaya dalam industri kecantikan dan kreatif pada mereka yang layak. Program ini telah dirasmikan di ibu pejabat baharu Watsons di ibu negara, disaksikan oleh tetamu kehormat, Pengurus Serantau untuk Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Ng Hock Guan; Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh dan Pengarah Eksekutif WOMEN:girls, Izza Izelan.


Program yang dirangka dengan berteraskan prinsip setiap wanita muda berhak mendapat peluang untuk mencapai impian dan memperoleh masa depan yang cerah, WOMEN:girls memperkenal program Kejar Kerja dengan sokongan NIVEA pada 2016. Melalui Kejar Kerja, peserta akan digandingkan dengan mentor dan tokoh-tokoh terkemuka dalam industri solekan, fesyen dan kecantikan. Tokoh-tokoh ini akan menawarkan bimbingan, pandangan serta ilmu yang berharga sepanjang tempoh perantisan mereka. Di samping itu, para peserta bakal mendapat manfaat daripada latihan kemahiran yang disesuaikan dengan permintaan dan trend terkini bidang kecantikan dan kreatif bagi memastikan jaminan pekerjaan.


Dalam usaha sama untuk memantapkan program Kejar Kerja, orang ramai juga boleh memainkan peranan dan terlibat secara aktif untuk membawa perubahan dengan membeli produk NIVEA bernilai RM20 di mana-mana Watsons di seluruh Malaysia. Dengan setiap pembelian, RM1 akan didermakan ke arah inisiatif bermakna ini, sehingga jumlah mencecah RM140,000. Dengan mengambil bahagian dalam inisiatif ini, pembeli bukan sahaja menyumbang kepada usaha amal tetapi turut memupuk semangat kemasyarakatan, membawa perubahan positif secara kolektif dan membolehkan wanita muda terus berkembang maju dan cemerlang dalam mengejar aspirasi mereka.


“Tahun ini amat bermakna buat WOMEN:girls sempena meraikan ulang tahunnya yang ke-10. Kamiamat berbesar hati kerana pastinya tiada cara yang lebih baik untuk meraikannya selain dari kerjasama dengan dua nama jenama besar yang tidak asing lagi; dalam membantu individu kelihatan cantik, dan merasa yakin. Dengan sokongan NIVEA dan Watsons, WOMEN:girls sekali lagi dapat membawakan program Kejar Kerja, setelah terpaksa dihentikan buat sementara waktu ketika pandemik melanda. Kami amat teruja untuk meneruskan komitmen kami bagi menyediakan peluang untuk belia wanita terus berkembang dalam industri dandanan, fesyen dan kecantikan,” kata Izza Izelan, Pengarah Eksekutif WOMEN:girls.

Sokongan NIVEA yang tidak berbelah bahagi selama ini telah memainkan peranan penting dalam misi WOMEN:girls bagi memperkasa wanita muda dan melakukan perubahan yang berkekalan untuk komuniti yang kurang diberi keprihatinan.


Pada majlis perasmian tersebut, Pengurus Serantau untuk Beiersdorf Malaysia dan Singapura, Ng Hock Guan berkata, “Sebagai jenama Penjagaan Kulit No. 1 di dunia, NIVEA telah membantu orang ramai berasa selesa dengan kulit sendiri selama lebih 100 tahun. Kami amat komited dalam usaha untuk memperkasa individu dan menggalakkan perubahan positif. Kerjasama NIVEA dengan WOMEN:girls dan Watsons untuk program Kejar Kerja ini juga sejajar dengan nilai teras kami.

Perkongsian ini membolehkan NIVEA memainkan peranan penting dalam mewujudkan perubahan sosial yang berkekalan, merungkai segala rintangan dan memberi inspirasi kepada wanita muda generasi baharu untuk menjadi lebih yakin dan berkemahiran, sekaligus memperkasa mereka dalam bidang kecantikan dan kreatif.

WOMEN:girls turut mengalu-alukan penyertaan Watsons, peruncit produk kecantikan dan kesihatan terkemuka Asia sebagai rakan kongsi dalam program Kejar Kerja edisi 2023 dan berharap bukan sahaja untuk memanfaatkan rangkaian pakar industri Watsons tetapi juga kemahirannya dalam memupuk bakat dan menggalakkan perkembangan profesional. Penyertaan Watsons dalam program ini juga mencerminkan dedikasi peruncit terkemuka itu dalam mencipta impak sosial yang positif, selain mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pemain industri kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan yang terbaik dalam negara.



“Kami sangat teruja dan berbesar hati dapat bergabung tenaga bersama NIVEA untuk memulakan perjalanan penuh inspirasi dengan menyertai program Kejar Kerja WOMEN:girls. Watsons Malaysia amat berbangga dengan kepakaran kami yang tiada tandingan dan sumber yang mencukupi, yang mampu memberi impak mendalam bagi membentuk industri kesihatan dan kecantikan dengan memperkasakan pemimpin masa hadapan. Misi kami bukan sahaja untuk memperkasakan mereka dengan kemahiran asas dan ilmu pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai cita-cita mereka, malah kami juga mahu menyemai keyakinan dan kepercayaan diri dalam menggapai impian masing- masing,” kongsi Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia.


Melalui program Kejar Kerja, WOMEN:girls berharap untuk terus memberi inspirasi kepada wanita muda dengan harapan mahu melihat wanita berdiri teguh, bersatu dan terus melangkah jauh mengejar cita-cita.

“Sepanjang 10 tahun perjalanan kami, WOMEN:girls telah berjaya memberi impak positif kepada lebih 20,000 individu. Kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa sokongan padu daripada rakan strategik kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada NIVEA dan Watsons kerana terus bersama kami dalam usaha memperkasa dan mencorakkan kehidupan wanita muda di Malaysia,” tambah Izza lagi.


Program Kejar Kerja terdiri daripada tiga fasa utama – pengambilan, orientasi dan perantisan. Calon peserta yang berminat digalakkan untuk memohon semasa fasa pengambilan pada bulan Ogos dan September. Calon yang terpilih kemudiannya akan ke fasa orientasi pada bulan Oktober, diikuti dengan fasa perantisan, yang akan dijalankan dalam tempoh dua bulan terakhir tahun ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Kejar Kerja WOMEN:girls dengan Kerjasama NIVEA danWatsons, lawati laman sesawang www.womengirls.org atau hubungi WOMEN:girls melalui platform media sosial, Instagram (@womengirls), Twitter (@WOMENgirls_), Tiktok (@_womengirls) dan Facebook (@WOMENgirlsInspire).

No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...