Terbaru/News

MILO® Menganjurkan Kejuaraan Surf Skate Terbesar Kali Pertama dan Karnival Keluarga 2-Hari Sempena Hari Malaysia

MILO® Menganjurkan Kejuaraan Surf Skate Terbesar Kali Pertama dan Karnival Keluarga 2-Hari Sempena Hari Malaysia


Pada hujung minggu yang lalu, MILO® telah mengadakan karnival keluarga selama dua hari berturut-turut di samping menggelar Kejuaraan Surf Skate yang pertama dan terbesar dalam usaha untuk merayakan Hari Malaysia bersama rakyat Malaysia di lokasi

berprestij iaitu Putrajaya Challenge Park. Inisiatif ini mencerminkan dengan jelas sokongan kukuh dan komitmen tinggi MILO® terhadap sukan dan kecergasan melalui kempen #MalaysiaBolehBersamaMILO, yang tidak hanya memberikan dorongan besar kepada industri surf skate di Malaysia, malah memperkukuhkan ikatan negara dalam semangat kesukanan yang penuh bermakna.


MILO® sentiasa komited terhadap perkembangan industri sukan dan kesihatan, dengan tekad untuk membantu rakyat Malaysia mencapai potensi penuh mereka, melalui pemberian tenaga yang tidak terbatas, mendorong percubaan perkara baharu, serta menjelajahi setiap peluang yang ada. Tahun ini, MILO® telah menggerakkan komuniti sukan surf skate dengan mengadakan Kejuaraan Surf Skate yang pertama dan terbesar, berkolaborasi erat dengan Wavvy Hub Surf Skate Club.

Inisiatif luar biasa ini menerima reaksi hangat dari peminat surf skate di seluruh negara dan rantau Asia Pasifik, yang berkumpul untuk bersaing dalam acara selama dua hari. Peserta-peserta berbakat ini juga telah mengagumkan kemahiran unik dan teknik-teknik surf skate yang penuh tenaga, menunjukkan semangat serta dedikasi tinggi dalam dunia sukan yang begitu memukau ini.


Kejuaraan Surf Skate ini telah menghimpunkan hadiah-hadiah yang cukup menggiurkan dengan jumlah keseluruhan lebih RM40,000. Hadiah-hadiah ini dibahagikan kepada empat kategori yang berbeza iaitu Piala Terbuka Lelaki dan Wanita, Plat Terbuka Lelaki dan Wanita, Kategori Kanak-kanak, serta Kategori Khas yang memberi penghargaan kepada pencapaian istimewa. Muhamad Nor Afiq Haikal dan Faye Tan dari Malaysia yang bergelar juara bagi kategori Piala Terbuka Lelaki dan Wanita, telah menerima hadiah wang tunai bernilai RM3,000 setiap seorang RM3,000 setiap seorang serta barangan tajaan lain seperti pakej 1 tahun Pendaftaran Masuk PERCUMA ke Wavvy Club, satu tiket untuk pakej 3H2M Surf Perhentian, satu set lengkap YOW Performance Board, baucar tunai Rip Curl berjumlah RM500 dan kontrak duta dengan Chillax (Cariuma) selama 1 tahun serta dua pasang Cariuma. 

Manakala Nitinai Sorrawit Jinyong dari Thailand dan Cmylia Lai dari Malaysia yang dinobatkan sebagai juara Plat Terbuka Lelaki dan Wanita, telah menerima baucar tunai Rip Curl bernilai RM400 dan barangan tajaan lain.


Di samping itu, juara bagi Kategori Kanak-kanak juga turut disampaikan dengan hadiah menarik yang merangkumi satu set lengkap YOW Board, pakej 3 bulan Pendaftaran Masuk PERCUMA ke Wavvy Club, dan baucar tunai bernilai RM200 dari Rip Curl. Para pemenang Kategori Khas seperti Best Flow dan Best Newcomer, Sorrawit Jinyong dari Thailand, Kimi Lim dari Malaysia, dan Strala dari Singapura, juga turut menerima penghargaan yang sangat eksklusif, antaranya termasuk YOW Surf Wheels untuk memberikan kelancaran luar biasa dalam aksinya, YOW Surf Deck dan topi keledar keselamatan yang tidak hanya bergaya tetapi juga memberikan perlindungan maksimum semasa mereka menjalani pengembaraan mereka di atas papan surf skate.

Pegawai Eksekutif Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen, menyatakan bahawa, "Kami di MILO® meyakini bahawa pembelajaran melalui sukan adalah langkah penting dalam perkembangan kanak-kanak. Sama ada melalui sukan surf skate, badminton, bola sepak, atau mana-mana sukan asas, aktiviti-aktiviti ini membentuk kemahiran, ketabahan, dan keyakinan diri, sambil menghimpun nilai-nilai positif seperti komunikasi, semangat bekerjasama, dan tanggungjawab. Kami sungguh bersyukur dengan sokongan luar biasa yang diberikan oleh komuniti surf skate, rakan kongsi, penaja, dan peserta yang telah menjayakan acara ini. Memandang kepada perjalanan MILO® di Malaysia sejak dahulu, slogan 'Malaysia Boleh' yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 1992 sempena Sukan SEA 1993, masih menyiratkan makna besar serta membangkitkan semangat perpaduan di kalangan kami sebagai rakyat Malaysia. Saya berharap ia akan terus memberi motivasi kepada kita semua untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dan menjadi sejarah yang bermakna. Mari kita terus mencapai kejayaan bersama-sama di bawah slogan #MalaysiaBolehBersamaMILO.”

Selain daripada Kejuaraan Surf Skate yang berlangsung, terdapat juga pelbagai aktiviti yang seronok seperti cabutan bertuah dan persembahan telah dianjurkan oleh MILO® dan pihak pengunjung. Nestlé Harvest Gourmet, Nestlé Ice Cream, LlaoLlao, dan Tealive adalah antara jenama-jenama yang turut hadir dalam Fun Fair Hari Malaysia MILO® dan menawarkan menu MILO® edisi terhad menggunakan produk MILO®.


Trak MILO® Goodness yang terkenal turut memeriahkan acara tersebut dengan menyajikan pengalaman 360˚ kepada orang awam, memungkinkan mereka untuk menyelami seluk-beluk proses pembuatan MILO®. Selain itu, trak-trak MILO® yang ikonik juga turut hadir pada hari tersebut untuk memberikan peluang kepada semua untuk mencuba MILO® secara percuma.

Acara dua hari ini menerima sambutan yang amat positif dari orang awam dan mendorong MILO® untuk kekal komited dalam menganjurkan lebih banyak acara sukan dan aktitviti dalam masa yang terdekat untuk belia dan komuniti-komuniti sukan. Langkah yang diambil MILO® ini akan terus mendayakan rakyat Malaysia untuk kekal aktif dan mengejar cita-cita mereka. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web MILO® Malaysia di www.milo.com.my.

No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...