River OF Life Fun Run 2023 (ROLFR23)
Larian River OF Life Fun Run 2023 (ROLFR23).
Setiap individu memerlukan bekalan air yang bersih serta berkualiti, dan ini bermula dari sumber air yang tidak dicemari dan dipelihara. Sungai menjadi antara sumber utama, bekalan air dapat disalurkan kepada pengguna dan menjadi tanggungjawab bersama untuk memelihara dan memastikan sungai tidak dicemari. Selain kebersihan, keindahan sungai juga perlu dijaga setiap masa bagi mengekalkan kecantikannya. Bekalan air bersih dapat memberikan jaminan terhadap kesihatan tubuh badan.
Selain air yang bersih, amalan gaya hidup yang sihat juga menjadi penyumbang utama kepada kesihatan. Menyedari kepentingannya, Zamara Biz dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia berganding bahu menganjurkan River OF Life Fun Run 2023 (ROLFR23).
Selari dengan matlamat untuk memperkukuhkan kesedaran dalam kalangan masyarakat, penganjuran ROLFR23 dapat menjadi platform membina perpaduan dan persefahaman bagi mencapai tujuan tersebut. Adalah menjadi aspirasi penganjur, seramai 500 perserta dan pengunjung yang mengambil bahagian dapat berkongsi pengalaman dan informasi melalui platform media sosial sebagai satu usaha berterusan memperkasa tanggungjawab sosial dan akauntabiliti dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Jarak larian 6.5 kilometer yang ditetapkan penganjur cukup bersesusaian untuk merangsang sistem tubuh badan bagi tujuan mengekalkan kesihatan dan kesegaran. Turut berlangsung, acara ‘KL Car Free Morning’ yang bermula dari jam 7:00 pagi to 9:00 pagi di sekitar ibu kota. Ini juga merupakan satu lagi usaha pihak penganjur untuk memastikan udara bersih dan segar serta melatih tingkah laku berjalan kaki sebagai satu usaha yang boleh di jadikan amalan.
Dalam pada itu, satu pameran turut dianjurkan oleh pihak penganjur bagi menyampaikan informasi-informasi yang berkaitan. Inisiatif tambahan ini dilakukan bagi mempengaruhi emosi dan tingkah laku bukan sahaja peserta, malah semua yang hadir untuk mendalami keperluan dan kepentingan sungai sebagai satu ekosistem yang perlu diberikan penjagaan yang lebih sempurna sebagai satu keterjaminan kesejahteraan, keselamatan, ketenangan dan kesihatan.
Menerusi satu kempen “Impian Kita bersama”, keterlibatan, sumbangan dan komunikasi di antara pelbagai pihak amat penting dalam memastikan kelestarian sungai di Kuala Lumpur sentiasa terpelihara.
KONSEP ROLFR23, Impian Kita Bersama
River of Life Fun Run 2023 mengambil tempatnya buat kali pertama meraikan dan menginspirasikan kira-kira 300 peserta termasuk pengamal media terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, agama dan bangsa di Dataran Bandaraya Kuala Lumpur.
Kempen Impian Kita Bersama - Zamara Biz dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia mempersembahkan kempen ‘Impian Kita Bersama’ sebagai landasan menuju kemajuan, perpaduan dan kemakmuran secara kolaboratif dan kreatif menerusi empat asas utama, Bandar Alam, Bersatu dan Bersama, Tanggungjawab dan Akauntabiliti, Gaya Hidup Sihat serta Keterlibatan, Sumbangan dan Komunikasi.
Kelestarian Alami - Matlamat utama penganjuran ROLFR23 adalah untuk memberikan sumbangan aktif kepada Sustainable Development Goals (SDGs) ke arah Bandar Alami menjelang tahun 2050 selepas Malaysia menyatakan komitmennya untuk menjadi sebuah negara bebas karbon. Inisiatif ini diusahakan melalui ROLFR23 dalam mempromosikan kelestarian di samping meningkatkan kerjasama dalam negeri bagi memastikan usaha ini di peringkat global tercapai.
Gaya Hidup Sihat - Larian sejauh 6.5 kilometer menjanjikan satu pemandangan yang berbeza, selain sungai, keindahan dan keunikan bandar Kuala Lumpur yang pastinya menjadi tarikan utama. Pengalaman seperti ini dapat mengeratkan lagi perpaduan bukan sahaja dalam kalangan perserta, malah turut mempengaruhi perubahan perlakuan. Sokongan pengamal media turut mengambil bahagian memberi impak besar terhadap ROLFR23 ke arah membangun dan mengekalkan Kuala Lumpur sebagai nadi utama pengerak kemajuan negara.
Pengurusan Sumber - Kerja-kerja pemuliharaan dan penyelenggaraan sentiasa digerakkan oleh pihak berkenaan bagi memastikan kelestarian sungai sentiasa terpelihara. Adalah menjadi tanggungjawab dan akauntabiliti semua masyarakat Malaysia membangunkan kelestarian sungai, Kuala Lumpur khususnya untuk berswafoto dan berkongsi setiap saat yang dilalui bersama diraikan dan dikongsi secara kreatif sebagai panduan bukan sahaja kepada masyarakat malaysia tetapi juga kepada pelancong-pelancong yang merancang Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan.
Bersatu dan Bersama - Pemandangan, sinaran matahari dan udara bersih mempengaruhi gaya hidup sihat. Pameran dan informasi menjadi satu lagi usaha yang digerakkan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat informasi yang berkaitan sebagai satu langkah memberikan kesedaran dan pendidikan kepada masayarakat Malaysia serta memastikan idea-idea utama dan warisan River Of Life akan berterusan dan dapat dikekalkan.
Tahniah kepada semua peserta Larian Fun Run River of Life Run 2023 Kuala Lumpur dengan larian sejauh 6.5 km. Pelbagai aktiviti menarik seperti zumba, pertunjukan muay thai dan cabutan bertuah. Tahniah juga kepada pihak penganjur River of Life, Zamara biz dengan kerjasama DBKL dan semua pihak yg terlibat untuk event menarik kali ini.
No comments
I want you to know how much I value your support.