Kempen SPX Delivers Love: Pelanggan Seluruh Negara Menghargai Kurier Sepanjang Bulan
Kempen SPX Delivers Love: Pelanggan Seluruh Negara Menghargai Kurier Sepanjang Bulan
Logistik menyeluruh menghubungkan pembeli dan penjual dengan penghantaran pantas di seluruh Malaysia
SPX Express (SPX), rakan logistik Shopee meraikan kempen SPX Delivers Love sepanjang bulan November 2023, dengan mengajak pengguna di seluruh negara untuk menyapa dan mengucapkan terima kasih kepada penghantar kurier ketika bungkusan mereka dihantar, memberi testimoni di media sosial. Sementara itu, SPX memberi hadiah sebagai tanda penghargaan kepada pekerja berprestasi cemerlang semasa kemuncak 11.11. Terkini, syarikat ini telah menerima lebih 2,000 testimoni positif dan gambar-gambar dari pelanggan mengucapkan terima kasih kepada kurier sama ada secara peribadi atau melalui mesej teks atas komitmen menghantar bungkusan secara selamat dan pada waktu yang ditetapkan. Keraian ini dilangsungkan selepas setahun SPX menunaikan janjinya untuk meningkatkan perkhidmatan logistik, membolehkan sistem automasi, dan mengembangkan kecapaian kepada 130 hab seluruh negara.
Rangkaian logistik SPX memastikan penjual kecil-kecilan tempatan dan bebas, jenama, dan pelanggan mempunyai akses kepada perkhidmatan penghantaran yang boleh dipercayai, mampu milik, dan efisien, tidak mengira lokasi. Dengan teknologi dalaman yang membolehkan pengagihan automatik di Pusat Pengagihan SPX Express di Pulau Indah (Selangor), dan komitmen penuh komuniti SPX yang semakin berkembang dengan kurier dan pengagih dari pelbagai latar belakang, penjual boleh mengekalkan perkembangan berjangka masa panjang dengan penghantaran lebih pantas dari biasa untuk pesanan e-dagang.
"Kurier kami adalah tulang belakang infrastruktur logistik yang kami sediakan yang membantu ramai penjual kurang dalam ekonomi digital Malaysia,” kata Cheah Lee Sun, Ketua SPX Malaysia. "Kami menggalakkan orang ramai untuk meluangkan beberapa minit untuk mengucapakn terima kasih kepada kurier yang telah banyak berkorban dan memandu ke kawasan terpencil, sama ada hujan atau panas, untuk membina hubungan kuat dengan komuniti yang kami sediakan perkhidmatan.”
Sejak 2021, SPX komited dalam mempromosikan keterangkuman di tempat kerja, melancarkan inisiatif yang membawa fleksibiliti dan memupuk pembinaan komuniti dalam kalangan pengagih, kurier, ‘rider’, penyelia, dan ketua syif. SPX telah menunjukkan rekod yang terutamanya dalam menyokong wanita, dengan 40 kali ganda peningkatan dalam pengambilan pekerja wanita, dalam semua peranan pengurusan dan peranan operasi. Terkini, SPX merekodkan 40% pengagih dan 13% kurier adalah wanita.
Siti Nurul Shakila, pemandu kurier sepenuh masa di hab SPX Subang Bestari, memegang Lesen Memandu Vokasional (GDL) dan memandu lori Luton untuk menghantar bungkusan di komuniti Setia Alam. “Waktu kerja fleksibel membolehkan saya menyusun masa untuk menjaga kakak saya yang sakit di Hulu Langat dan menghantar bungkusan. Walau apa-apa pun, saya pastikan saya memenuhi KPI harian saya dengan memastikan kesemua bungkusan dihantar kepada pelanggan sebelum hari berakhir.”
Berkenaan bagaimana Shakila menerima sambutan ketika bulan SPX Delivers Love, Shakila berkata, “Saya menghantar purata 200 bungkusan setiap hari ke rumah, pejabat, dan pangsapuri. Jumlah ini mungkin meningkat semasa waktu kemuncak seperti Jualan Pay Day. Walaupun mempunyai jumlah bungkusan yang banyak, saya komited untuk memberi khidmat pelanggan terbaik dalam mengendalikan bungkusan dengan baik dan ingat setiap kecenderungan dan instruksi pelanggan. Saya amat mengutamakan ini kerana ia membina hubungan dan kepercayaan kepada pelanggan semasa saya menghantar bungkusan.”
Sebelum kurier menghantar bungkusan kepada pelanggan, terdapat pekerja seperti Numy Elwin Mohd Deli, Penyelia Pemunggahan, yang memastikan setiap bungkusan dikendalikan secara betul dalam setiap langkah: “Saya mengekalkan pendekatan tegas kerana saya percaya terhadap kepentingan bersifat serius ketika bekerja. Saya juga mementingkan rasa hormat sesama rakan sekerja sambil membantu mereka yang mungkin penat terutamanya ketika terdapat jumlah bungkusan yang tinggi. Ini terutamanya penting dalam memupuk persekitaran kerja positif dan operasi lancar.”
Mesej penghargaan terhadap kurier diterima dalam masa beberapa jam selepas galak SPX terhadap penduduk di kawasan luar bandar di Kedah, Kelantan, Terengganu, Melaka, dan Lembah Klang. “Terima kasih kerana selalu menghantar barang saya dalam keadaan selamat ke rumah saya. Semoga Encik Kurier dilanjutkan umur, murah rezeki, dan sentiasa sihat, dan semoga segala urusan dilancarkan di dunia dan akhirat. 🙂🙂🙂” kata pelanggan di Hulu Langat, Selangor.
Mengenai SPX
Dilancarkan pada 2020, SPX menawarkan perkhidmatan penghantaran berkos efektif dan boleh dipercayai di seluruh Asia Tenggara, menyokong perniagaan SME, jenama, dan penjual. Di Malaysia, SPX mengendalikan 130 hab rangkaian pusat penghantaran seluruh negara. SPX komited untuk terus inovasi perkhidmatannya, memperkenalkan teknologi baharu, dan memupuk bakat tempatan untuk memberi khidmat terbaik kepada pelanggan seluruh negara. https://spx.com.my/
No comments
I want you to know how much I value your support.