Terbaru/News

WONDA COFFEE KEMBALI MENARIK PERHATIAN DI PENTAS GLOBAL DENGAN REKOD DUNIA GUINNESS SEBAGAI MAJALAH TERPANJANG DI DUNIA DENGAN KERJASAMA MARKETING MAGAZINE

WONDA COFFEE KEMBALI MENARIK PERHATIAN DI PENTAS GLOBAL DENGAN REKOD DUNIA GUINNESS SEBAGAI MAJALAH TERPANJANG DI DUNIA DENGAN KERJASAMA MARKETING MAGAZINE

Sebagai jenama kopi sedia diminum terkemuka di Malaysia, Wonda Coffee terus mengembangkan kehadiran mereka di peringkat global dengan inovasi dan kolaborasi terbaik dalam industri.


Wonda Coffee, salah satu jenama kopi sedia diminum terkemuka di Malaysia kini memecahkan satu lagi Rekod Dunia Guinness untuk ‘Worlds Longest Magazine’. Dengan kerjasama Marketing Magazine Malaysia, majalah terbitan September edisi khas telah dihasilkan dalam gaya akordion berukuran 751.2cm panjang dari sampul hingga penutup apabila dibuka sepenuhnya.




Berikutan pencapaian Rekod Dunia Guinness mereka untuk ‘The Largest Online Video Chain of People Performing Football Juggle’ pada Mac 2023 yang disertai oleh peminat bola sepak di seluruh Malaysia, pencapaian menakjubkan ini telah dibangunkan bersama rakan media mereka untuk mencipta Kopi Tarik dengan sebuah majalah bagi mengatasi pemegang rekod semasa dengan pencapaian sepanjang 16 kaki. Sebagai jenama kopi sedia diminum (RTD) yang terkemuka di Malaysia, WONDA menjangkau batasan melalui inovasi dan kolaborasi yang merentasi industri.

Rekod Dunia Guinness ini adalah sebahagian daripada visi meluas untuk meningkatkan kehadiran global mereka sebagai pengganggu yang berdaya saing dalam industri kopi. Ini dapat dilihat melalui kerjasama mereka dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Astro Radio untuk kempen OR1 FM.


Naib Presiden Pemasaran Etika, Amy Gan berkata, “Sepanjang dekad yang lalu, Wonda Coffee dengan bangganya berdiri sebagai satu jenama yang inovatif. Sebagai perintis kopi tarik dalam tin yang paling digemari di Malaysia dan juga pencipta Rekod Dunia Guinness semasa Piala Dunia pada 2023, kami cukup teruja untuk memegang rekod dunia dengan ‘Majalah Tarik’ kami yang merupakan majalah terpanjang yang pernah diterbitkan.”



“Pengiktirafan daripada Rekod Dunia Guinness ini adalah batu loncatan ke arah mencipta legasi yang dapat dirasakan di seantero dunia. Sambil meraikan peristiwa penting ini, kami juga berazam untuk meneruskan usaha bagi meningkatkan kehadiran kami di peringkat global dan meninggalkan kesan yang berpanjangan dalam dunia kopi.”

Tambah beliau, "Ini semua hanya dapat dicapai dengan adanya rakan kongsi yang berkongsi visi sama untuk inovasi dan menjangkaui batasan. Sebagai jenama yang sentiasa menerajui industri pemasaran, kami bersyukur kerana dapat berganding bahu dengan Marketing Magazine dan meraikan pencapaian
ini bersama-sama. Kami cukup teruja untuk menjalankan lebih banyak kerjasama pertama dalam industri bersama dengan Profesor Ham dan pasukannya."


Ketua Editor dan Pengasas Marketing Magazine, Prof Harmandar Singh berkata, “Daya kreatif dan semangat inovatif yang dimiliki Wonda Coffee adalah sejajar dengan visi kami di Marketing Magazine.

Berdasarkan perkongsian kami sebelum ini dengan Wonda Coffee, di mana kami menghasilkan 3,000 muka depan majalah yang diperibadikan untuk penggerak industri pengiklanan dan pemasaran Malaysia, Marketing Magazine telah mengiktiraf keupayaan Wonda Coffee untuk mengubah idea
menjadi pengalaman yang menjangkau rakyat Malaysia. Kami amat menantikan buah fikiran
seterusnya daripada Wonda Coffee.”



Rekod Dunia Guinness yang disampaikan oleh Pengadil Rekod Dunia Guinness, Sonia Ushirogochi yang diadakan di Tiffin-at-the-Yard, juga menyaksikan Wonda memperkenalkan wajah serba baharu bagi rangkaian produk Wonda Coffee dengan janji yang sama untuk menyampaikan rasa kopi seperti baru dibru.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/WondaCoffeeMalaysia/

No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...