Terbaru/News

Pacific Senior Living Memperkenalkan Acacia: Kediaman Premium Dibantu Dan Berdikari Warga Emas Yang Sulung

Pacific Senior Living Memperkenalkan Acacia: Kediaman Premium Dibantu Dan Berdikari Warga Emas Yang Sulung

Mentakrif Semula Kehidupan Yakin dan Ceria untuk Negara Menua Malaysia


Menjelang 2030, penduduk Malaysia diunjur menjadi masyarakat menua dengan mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas merangkumi 15% daripada jumlah keseluruhan penduduknya. Tambahan pula, dengan gaya hidup generasi muda yang berfokuskan kerjaya, warga emas di Malaysia akan sering menghadapi cabaran yang timbul daripada persepsi ketidakupayaan dan kebergantungan 24 jam mereka. Bagi menangani penuaan penduduk dan sekaligus menyediakan persekitaran hidup yang lebih kondusif bagimereka, adalah ketara bahawa keperluan untuk menyediakan lebih banyak kediaman sepenuh masa di Malaysia semakin meningkat.


Pacific Senior Living, sebuah jenama memuncul dalam kediaman warga emas di bawah Columbia Pacific Management Group, telah secara rasmi memperkenalkan kediaman warga emas pertamanya, Acacia, di Bandar Diraja Klang, Malaysia. Hartanah mercu tanda ini telah dirasmikan oleh Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.

Kedudukan strategiknya di pusat bandar Klang dan tidak jauh dari bandaraya Kuala Lumpur, Acacia menawarkan kesejahteraan holistik dan nafas baharu kepada warga emas, dengan kepakaran dan kualiti perkhidmatan yang terbukti. Kediaman ini mewakili pendekatan terobosan dalam gaya hidupwarga emas, menampilkan suasana seolah-olah sebuah resort, kemudahan perubatan terkini dan perkhidmatan premium yang direka teliti untuk individu berumur 60 tahun ke atas. Di sebalik persekitarannya yang indah, lokasi utama ini menawarkan ketenangan kepada penghuninya menginap di persekitaran yang penuh bersejarah. Selain itu, penghuni juga dijamin kebolehcapaian mudah kepada kemudahan serta perkhidmatan kritikal.




Menurut unjuran Bank Dunia, Malaysia bakal mencapai status negara sangat menua (super-aged nation) menjelang 2056, di mana 20% daripada penduduknya akan berumur 65 tahun dan ke atas.1 Sebagai tindak balas kepada peralihan demografi ini, Ketua Pegawai Eksekutif Pacific Senior Living Sdn. Bhd.,
Carl Nicholas Isaac melahirkan komitmen beliau dengan menyatakan bahawa, "Kami sangat teruja untuk memperkenalkan Acacia, kediaman dibantu dan berdikari sulung kami di Lembah Klang yang dibina khas. Ketika Klang semakin menghampiri pengiktirafan sebagai bandar raya keempat di Selangor dan ke-20 di negara ini, kami yakin Klang mampu menyediakan perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan bertaraf antarabangsa yang akan membantu memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi kemudahan kehidupan warga emas yang inovatif di Lembah Klang.”




Sebagai sebahagian daripada pendekatan kemampanan Pacific Senior Living dan komitmen terhadap daya tahan perubahan iklim, Acacia telah diberi nafas baharu melalui pengambialihan bekas Hotel Merrida yang bertaraf 4 bintang. Acacia menawarkan sejumlah 136 bilik yang direka teliti, menampilkan tiga susun atur berbeza berukuran 312 kaki persegi hingga 592 kaki persegi, yang termasuk pilihan Bilik Superior, Eksekutif dan Premier. Kediaman serba moden ini telah direka bentuk dengan penuh teliti, menggabungkan elemen yang memberi perhatian kepada perincian seperti kelengkapan dan perabot anti-jatuh serta susun atur ergonomik. Residensi ini menawarkan pelbagai kemudahan yang komprehensif, termasuk kolam renang, jakuzi panas, kawasan barbeku, bilik hiburan (karaoke dan bilik tayangan), serta meja biliard dan mahjong, antara lain. Acacia juga menawarkan kemudahan khusus seperti perkhidmatan fisioterapi dalaman dan bengkel hobi, untuk memenuhi pelbagai minat penghuni.

Pacific Senior Living juga dengan bangganya memperkenalkan ‘Silver Club,’ perkhidmatan jagaan harian inovatif dalam memastikan penghuninya mendapat penjagaan menyeluruh dan menyertai aktivitiaktiviti yang menarik. Perkhidmatan unik ini mewujudkan persekitaran yang mesra dan menarik di mana warga emas boleh menikmati pelbagai aktiviti , bersosial dan mendapat penjagaan profesional
di bawah satu bumbung. Menerusi pelbagai program dan perkhidmatan, Silver Club dirancang untuk mempromosi kesejahteraan fizikal, mental dan emosi, segalanya dengan fleksibiliti pilihan jagaan harian.



Ciri tambahan ini meningkatkan keselesaan dan ketenangan fikiran bagi mereka yang ingin
mendapatkan penyelesaian penjagaan warga emas yang komprehensif dan fleksibel. Ia merupakan bukti dedikasi Pacific Senior Living untuk meningkatkan kualiti hidup warga emas.
“Kami memberi penekanan yang amat penting untuk menyampaikan sokongan holistik bagi kedua-dua kehidupan berdikari dan dibantu, terutamanya bagi individu yang bergelut dengan isu seperti gangguan pendengaran, batasan pergerakan dalam rutin harian mereka dan isu mobiliti. Perkara sebegini adalah isyarat jelas tentang perlunya penjagaan khusus. Dengan kerjasama Columbia Asia, penyedia penjagaan kesihatan strategik kami, kami komited untuk memastikan setiap penghuni di Acacia mendapat akses kepada sumber penjagaan kesihatan dan kesejahteraan yang luar biasa di pintu depan mereka," tambah Carl.

Acacia menawarkan pelbagai perkhidmatan yang merangkul komitmen tanpa batasan Pacific Senior Living dalam memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan warga emas yang terbaik yang juga meliputi kesejahteraan holistik. Perkhidmatan yang disediakan termasuk, penilaian pra-perubatan sewaktu daftar masuk, lawatan berjadual daripada profesional penjagaan kesihatan, akses 24/7 kepada ‘Wellness Associates,’ (‘caregivers’) pemberian ubat dan suplemen di bawah pengawasan, hidangan khas (gourmet) yang dirancang teliti oleh pakar pemakanan. "Pengerusi kami, Encik Dan Baty mengasaskan hospital Columbia Asia di Kuala Lumpur hampir 30 tahunl alu. Kami tertarik kerana Malaysia menyediakan persekitaran pelaburan yang menggalakkan, penduduknya yang berperibadi mulia, dan peluang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan mampu milik yang berkualiti tinggi. Kami berbangga dengan kejayaan hospital Columbia Asia yang telah menyediakan perkhidmatan kepada jutaan pesakit sedekad lalu. 

Hari ini, kami berbesar hati kerana Columbia Asia berkhidmat sebagai rakankongsi perubatan kepada Pacific Senior Living. Dengan pembukaan residensi komuniti warga emas pertama kami di Malaysia, kami sedar bahawa banyak faktor yang berpengaruh masih tidak berubah seperti iklim pelaburan yang kukuh, peningkatan permintaan untuk perkhidmatan kediaman warga emas bertaraf antarabangsa yang berkualiti tinggi, dan, sudah tentunya, kemesraan, layanan baik dan dedikasi rakyat Malaysia,” kongsi Nate McLemore, Pengarah Urusan Global, Columbia Pacific Management.

“Ada banyak persamaan dalam kejayaan hidup warga emas tidak kira jika anda berada di New York, Seattle, Shanghai atau Bangalore. Tidak kira budaya, warga emas ingin menjalani kehidupan yang cergas dan bermakna sepanjang zaman keemasan mereka. Mereka mahu dilayan dengan hormat serta bermaruah. Keinginan warga emas yang mahu berhubung dengan rakan penghuni, kakitangan, serta keluarga dan sahabat handai yang berkunjung perlu dilayan juga selain daripada memenuhi keperluan perubatan dan menghulur bantuan dalam kehidupan seharian mereka. Program aktiviti yang mantap juga membantu mengekalkan minda dan badan yang aktif," tambahnya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang semua perkhidmatan yang ditawarkan, Acacia PSL menjemput orang ramai untuk bagi mengenali secara lebih dekat gaya hidup dan persekitaran yang luar biasa yang disediakan dengan memohon lawatan peribadi. Rebut peluang promosi tempahan awal apabila anda hadir untuk mengecapi kehidupan berkomuniti di kediaman sulung berdikari dan dibantu yang dibina khas Pacific Senior Living.

No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...