Terbaru/News

Filem Banglo Seksyen 12 Bakal Ditayangkan 25 Januari 2024

Filem Banglo Seksyen 12 Bakal Ditayangkan 25 Januari 2024



Malam Gala Tayangan Perdana Filem Banglo Seksyen 12 yang dihasilkan khusus bagi memberisokongan kepada filem tempatan diterbitkan oleh pelakon yang tidak asing lagi namanya dalam industri seni tanah air Malaysia iaitu Intan Ladyana. 



Beliau yang terkenal dengan lakonannya dalam filem-filem terkenal seperti Jangan Pandang Belakang dan Banglo Berkunci. Filem Banglo Seksyen 12 yang bakal menghantui peminat 25 Januari 2024 ini merupakan filem pertama terbitan Intan Ladyana.



Pihak produksi PRISMA PICTURES SDN BHD serta edaran METROWEALTH mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) melalui PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) atas DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) yang telah dibelanjakan bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan dan dapat menemui penonton di pawagam.



Dharma Nasution, pengarah bersama Intan Ladyana mempertaruhkan barisan pelakon yang tidak asing lagi di dalam industri tanah air sepertiIntan Ladyana dan Mustaqim Bahadon sebagai tunjang utama Filem Banglo Seksyen 12 ini.




Filem ini dibantu oleh barisan pelakon yang sedang meningkat naik seperti Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Aniq Suhair, Faez Malek, Farah Yasmin, Faris Fitri dan ramai lagi. Filem Banglo Seksyen 12 mengisahkan tentang pembunuhan misteri sekumpulan remaja pada tahun 2006 di sebuah banglo menjadi lokasi kegemaran kumpulan paranormal untuk membuat penggambaran sebagai kandungan di platform digital mereka.






Prisma Pictures Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua media cetak dan media elektronik, bloggers, influencer termasuk mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan filem ini.


Nantikan filem Filem Banglo Seksyen 12 Bakal Ditayangkan 25 Januari 2024 di semua pawagam berhampiran anda.

No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...