Terbaru/News

Karnival Haji, Umrah Dan Pelancongan 19 Hingga 20 Januari 2024 Menanti Pengunjung.

Karnival Haji, Umrah Dan Pelancongan 19 Hingga 20 Januari 2024 Menanti Pengunjung.


Jom kita memeriahkan Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 2024 yang merupakan anjuran tahun kedua ini yang akan diadakan bermula daripada 19 hingga 21 Januari 2024 di Movenpick Hotel and Convention Centre (MHCC), Sepang bakal menghimpunkan 25 syarikat pelancongan tempatan yang telah diberikan lesen Pengelola Jemaah Haji ( PJH ) untuk musim Haji 1445H / 2024 di mana syarikat-syarikat ini akan mempromosikan pelbagai pakej menunaikan haji untuk ditawarkan kepada bakal - bakal jemaah haji.

Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 2024 di anjurkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Persatuan Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia atau Bumitra Malaysia.




Menurut Presiden Bumitra Malaysia, Harun KC Ahmmu, penganjuran karnival tahun ini membawa kelainan kerana para pempamer akan turut mempromosikan tawaran menarik untuk pakej umrah dan juga pelancongan yang disediakan oleh syarikat masing - masing.

"Bumitra Malaysia amat berterima kasih kepada pihak TH yang menyediakan peluang bagi memperkenalkan syarikat-syarikat PJH untuk berkongsi kepada bakal-bakal haji secara khususnya dan kepada masyarakat secara umumnya tawaran pakej haji swasta yang ditawarkan bagi memberi lebih pilihan serta nilai tambah kepada mereka mengikut kemampuan serta tawaran pelbagai pakej umrah dan pelancongan merentasi serata negara".



"Kami percaya dengan persediaan yang rapi di samping tempoh pameran yang lebih panjang , pengisian yang padat dan menarik serta kawasan pameran yang lebih luas memuatkan sehingga 140 reruai akan dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk penganjuran tahun ini.

Selain daripada penyertaan kesemua 25 syarikat PJH sebagai pempamer, kami juga berbesar hati dengan sokongan daripada syarikat-syarikat seperti Bank Islam, AMAL (Malaysia Airlines), Takaful Malaysia Berhad dan Saudi Tourism Authority yang turut menyertai karnival ini sebagai pempamer", ujarnya lagi.



Pengarah Eksekutif Haji, Dato' Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman pula berkata karnival tahun ini diadakan sebagai kesinambungan atas kejayaan penganjuran pertama pada tahun lepas di samping ingin meningkatkan kesedaran masyarakat umum kepentingan untuk memilih syarikat pengendali Haji yang menerima lesen PJH.

"Alhamdulillah , penganjuran pertama Karnival PJH pada tahun 2023 yang lalu telah mencapai sasaran dan menerima kehadiran lebih 5,000 orang pengunjung. Atas permintaan dan maklumbalas ramai, kami teruskan karnival ini pada tahun ini dengan membawakan pelbagai kelainan dan penambahbaikan".

"Karnival ini juga menjadi serampang dua mata iaitu selain mempromosi pakej haji, umrah dan pelancongan, ia juga menjadi salah satu platform untuk menyampaikan kepada orang ramai bahawa hanya syarikat berlesen sah sahaja yang boleh menawarkan perkhidmatan pengelolaan haji ", katanya.



Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan 2024 yang akan diadakan selama tiga hari ini adalah terbuka secara percuma kepada pengunjung dan akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 9.00 malam pada 19 dan 20 Januari. Manakala, pada 21 Januari pula, karnival akan bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.


Selain daripada tawaran pakej haji, umrah dan pelancongan, pelbagai aktiviti menarik turut disediakan buat para pengunjung antaranya program simulasi haji untuk kanak-kanak, persembahan daripada artis nasyid terkenal, program bual bicara, kuiz dan juga cabutan bertuah khusus untuk para pengunjung dengan tawaran hadiah yang lumayan termasuklah pakej menunaikan umrah.

No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...