Terbaru/News

Restoran Meet & Dine Beri Kelainan Perkenal Set Talam Berkonsep “ramadan Feast Of Meat And Sea”

Restoran Meet & Dine Beri Kelainan Perkenal Set Talam Berkonsep “ramadan Feast Of Meat And Sea”


Sempena dengan Ramadan 2024 Restoran Meet & Dine tampil kelainan dengan memperkenalkan set talam “Ramadan Feast of Meat and Sea. Lari dari pesta hidangan buffet, Set Talam Ramadan Feast Restoren Meet & Dine tahun ini memberi pilihan kepada orang ramai untuk berbuka dengan hidangan daging atau makanan laut atau kedua dua sekali dengan harga yang berpatutan, berbaloi dan rasa yang amat enak.






Setiap Set talam untuk hidangan kongsi antara empat ke enam orang. Set Talam daging berkonsep hidangan barat didatangkan dengan Daging Panggang, Kambing Panggang, Sayap ayam , Itik Panggang, Pasta Aglio Olio, Kentang Putar, dan Kentang Goreng “curly”. Sudah pasti bila melihat sahaja hidangan ini tersedia di meja makan kecur air liur di buatnya.Ditambah lagi dengan aroma makanan yang sangat sedap.



Manakala Set Makanan Laut bercirikan sentuhan masakan thai pada setiap talam dihidangkan dengan Ikan Siakap masak Thai Style, Udang Panggang Berlidi , Sotong Goreng Tepung, Hormok (otak otak thai style), Vietname Roll Udang, Nasi Daun Talang, Nasi Goreng Pedas Ala Thai, Kerabu Somtam berserta kuah lemak, thai sos merah yang pasti buat anda teringat ingat kelazatan serta kesegaran makanan laut yang disajikan.

Setiap set talam juga dihidangkan bersama hidangan kurma, kuih muih tradisional seperti buah melaka, kasui, ketayap, bubur kacang durian dan juga air sirap bandung selasih. Untungnya air sirap bandung selasih boleh diisi ulang sepuas puasnya.



Menurut Pengarah Syarikat juga merangkap Ketua Eksekutif Chef Restoran Meet & Dine , Chef Bo Ibrahim “tahun ini mereka tampil beri kelainan dengan memperkenalkan set talam untuk memberi kepuasan dalam menikmati setiap hidangan waktu berbuka puasa tanpa perlu beratur, memilih dan berfikir atau pening untuk memilih juadah untuk berbuka”.

Tambah Chef Bo Ibrahim , “di Meet & Dine kami mahu setiap pelanggan menikmati hidangan dengan satu nikmat kepuasan pada setiap hidangan menu utama disamping menu sampingan seperti kuih muih, bubur, menu pembuka selera dan hidangan air yang serba lengkap dan cukup segalanya.



Apa yang menarik dan menjadi pembuka selera setiap set talam turut disertakan bersama pelbagai sos dan kuah khas seperti kuah lemak kuning, sos “chili oil”, sos thai merah, sos black paper dan sos cendawan.


Restoran Meet & Dine yang terletak di Budiman Business Park, Batu 9 , Cheras yang berkonsep casual dan semi fine dine memiliki ruang makan yang amat selesa cantik dan luas. Meet & Dine juga mempunyai bilik privasi untuk tempahan berkumpulan. Ia turut mempunyai ruang parkir yang luas dan banyak , surau yang besar dan selesa juga tandas yang yang bersih dan selesa.



Restoran Meet & Dine menawarkan harga tempahan awal atau early bird pada harga untuk set talam daging RM 220 , dan set talam makanan laut RM 198.

Tempahan awal boleh di buat dari 15 Februari 2024 hingga 10 Mac 2024. Harga asal untuk set talam daging adalah RM299 dan set talam makanan laut pada harga RM288.

Selain daripada tawaran tempahan awal , Restoren Meet & Dine juga menawarkan harga promo tawaran kurang 30% dengan menggunakan code *Dboystudio* selepas 10 Mac 2024. Ramadan Feast of Meat and Sea akan bermula daripada 13 Mac 2024 hingga 7 April 2024 .Untuk tempahan dan pertanyaan boleh hubungi 017 335 9422.

📍Restoren Meet & Dine beralamat di Budiman Business Park, Jalan Budiman, Taman Desa Baru, 43200 Bt 9 Cheras, Selangor.

Sedikit info tentang Chef Bo Ibrahim, beliau berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang culinary dan perhotelan . Berkhidmat di hotel hotel bertaraf 5 bintang di dalam dan luar negara antaranya di UK, Norway, Maldives, Brunei dan di beberapa rangkain Hard Rock Café dalam dan luar negara. Pernah mengikuti latihan di 3 Michelin New York.

No comments

I want you to know how much I value your support.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM.

KARNIVAL MAAL HIJRAH 2.0 ANJURAN PERKIM DATUK KERAMAT DAN MASJID NURUL ISLAM. PERKIM Datuk Keramat Dengan kerjasama Masjid Nurul Islam Desa ...